Alhamdulillah, kalau nak dikira ini tahun ke 2 saya menulis dalam Blog Serai Kayu 123 ini selepas dibuka pada tahun 2012 yang lalu, kalau tak silap dalam bulan Februari 2012. Tujuan blog ini dibuka hanya untuk suka suka saja. Orang kata sebagai "diari bergerak". Kalau dulu, segala aktiviti yang dibuat dan akan dibuat ditulis dalam buku diari untuk peringatan. Sekarang, smartphone pun boleh jadi diari kita. Siap boleh set remainder lagi untuk setiap perkara. Kalau disoroti dalam internet, pelbagai jenis blog yang terdapat sekarang ini. Ada blog Peribadi, blog Kembara, Fesyen blog, blog Masakan, blog Informasi, blog Politik dan macam - macam lagi. Ada juga yang menjadikan blog sebagai kerjaya, boleh buat duit hanya dengan menulis. Saya punya blog namanya "Blog Ikut Suka". Bab nak tulis entri terbaru kadang kala menjadi masalah jugak. Ada masa malas nak update entri terbaru walaupun banyak idea mencurah - curah untuk menulis. Kadang kala sebab tak ada mood ...