Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Latihan Industri 2013

My Industrial Training Presentation Day

Imej
Assalamualaikum semua... Nak kongsikan gambar yang diambil sebelum kami present case study pada 17 Disember 2013 yang lalu... Lambat update sebab malas nak update blog..... Stress nak cari kerja... Credit: Tqa Nur

Kisah Latihan Amali 2013

Imej
Assalamualaikum dan Selamat Pagi buat semuanya...Semoga berada dalam keadaan sihat   sejahtera hendaknya.. Dikesempatan ini bolehlah dicoretkan catatan penuh 3 bulan sepanjang saya berada di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir P uteh Kelantan bagi menjalani Latihan Amali disana.  Industrial Training merupakan satu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar Pengurusan Rekod dan batch saya merupakan pioneer dalam subjek ini. Kisah Latihan Industri in bermula pada 25 Jun 2013 yang lalu setelah kami mendengar Taklimat Latihan Industri dari En Mohd Zairol Masron, selaku Penyelia Industri kami. Usai taklimat, kami dikehendaki untuk menyenaraikan tempat - tempat untuk menjalani LI. Memang banyak tempat yang kami masing - masing tulis untuk praktikal disana... Saya masih ingat lagi bahawa saya memilih untuk praktikal di Pejabat Pelajaran Cameron Highlands, Arkib Negara Malaysia Kuala Terengganu dan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh Kelantan. Walau bagaimanapun, Pej...

Catatan Akhir Latihan Amali 2013

Imej
Gambar ketika mula - mula menjalani LI di Unit Hasil 2013 Assalamualaikum dan Selamat Petang kepada semua yang masih lagi mengikuti perkembangan saya melalui blog ini. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.. Hari ini merupakan hari terakhir saya menjalani Latihan Amali di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh Kelantan. Selama kurang lebih dua bulan, bermula pada 2 September 2013 yang lalu dan telah berakhir pada hari ini. Memang kalau nak katakan, banyak kenangan pahit dan manis yang telah saya dapat semasa menjalani Latihan Amali di sini. Kenangan itu akan menjadi memori indah yang tak mungkin akan dapat dilupakan seumur hidup saya nanti. Dari Kanan: Pn Hjh Rokiah, Pn Nik Noraini, Pn Nor Suhazlini dan Pn Zarina Antara yang telah menjadi tulang belakang saya dan telah mengajar saya sepanjang menjalani LI ini adalah mereka yang berada dalam gambar diatas dan tak lupa juga kepada Pn Nazimah bt Abdullah atas bimbingan beliau untuk melatih...

Latihan Industri 2013

Imej
Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan ke 56 bagi semua rakan tak kira dimana sahaja anda berada. Semoga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Tak lupa nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 56 bagi Malaysia. Semoga kemerdekaan sebenar akan kita kecapi suatu hari nanti... Saya dan rakan - rakan yang lain akan menghadapai Latihan Industri (LI) di organisasi yang telah membenarkan kami menjalankan LI disana. Alhamdulillah, semuanya telah berjalan lancar dengan kami sudah mendapat pengesahan persetujuan daripada organisasi yang terlibat yang membenarkan kami menjalankan LI disana melalui pertolongan pensyarah - pensyarah kami selaku Koordinator bagi LI pada kali ini. Bagi batch saya, Record Management, ini merupakan LI yang pertama kali dijalankan bagi pelajar jurusan Record Management. Kami merupakan pioneer bagi LI ini. Kalau sebelum ini tiada, kamilah kumpulan perintis kepada program ini. Bagi saya, program ini amatlah baik kepada pelajar kerana membe...