Monday, 26 May 2014

[Entri Tertunda]: Telesales Executive Maybank



Assalamualaikum W.B.T

Hari ini ingin dikongsikan tentang interview yang saya hadiri bersama - sama Mohd Azwan bin Sobri di Kelly Services (M) Sdn Bhd di Level 29, Menara Bank Islam, No 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur pada 21 Mei 2014 yang lalu untuk jawatan Telesales Executives. Ini adalah temuduga kedua saya selepas Prism beberapa bulan yang lalu. 

Bila pertama kali saya lihat jawatan ini dalam Jobstreet, tergerak hati untuk memohon jawatan ini walaupun tak tahu apa benda jawatan dan skop kerja. Saya mohon jawatan ni dalam Jobstreet pada 20 Mei 2014 yang lalu dalam sekitar jam 7.30 pagi. Dah siap mohon, study sedikit berkenaan dengan tugasan jawatan ini. Dipendekkan cerita, 21 Mei dapat panggilan dari En Mohd Izuan dari Kelly tentang jemputan untuk menghadiri temuduga di Menara Bank Islam tu. Agak terkejut sebab tak sampai sehari isi jawatan dah dipanggil untuk temuduga.

Sebelum pergi temuduga tu, saya studylah sedikit berkenaan dengan jawatan ini. Secara mudahnya, tugas Telesales Exec ini untuk mempromosikan dan menjual produk dari Maybank dengan telefon. Memang 50 - 50 nak terima ke tak. Akhir sekali, kami berdua pergi menghadiri temuduga itu. Siap temuduga dalam pukul 1.30 petang, kami makan tengahari dan solat zohor. Insyallah dalam 2 minggu lagi pihak Maybank akan telefon samada berjaya atau tidak. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak ada pun, sekurang - kurangnya ada pengalaman hadir temuduga.

Banyak perkara yang kami belajar semasa menghadiri sesi temuduga ini. Pengalaman naik LRT dan berjalan kaki sekitar KL, bertanya dengan orang asing tentang lokasi temuduga antara yang akan diingati sampai bila - bila. Ini kali kedua saya naik LRT. Maklumlah, orang kampung katakan. Memang kami banyak belajar tentang pelbagai perkara baru.

Dalam sesi temuduga itu, antara soalan yang ditanyakan kepada saya adalah berkenaan dengan "what do you think about credit card?". Soalan dan jawapan dalam BI. Memang kena speaking lah katanya. Walaupun BI saya tak lah power sangat, tapi rasa boleh lah...

Saya jawab kad kredit ada pro dan kontra. Ada keburukan dan kebaikan. Kalau pandai urus bajet bulanan dan boleh bezakan antara barang keperluan dan kehendak, boleh bayar setiap bulan kad kredit tu, tidak menjadi masalah untuk menggunakannya. Dari segi keselamatan pun lebih selamat dari membawa wang tunai untuk membeli belah. Apa pun, bergantung pada diri sendiri. Kalau pandai urus, boleh guna kad kredit. Kalau sebaliknya, baik tak payah. Bak kata orang putih "If you are fail to plan, you are planning to fail". Semua bergantung pada diri sendiri.                  


Sunday, 25 May 2014

[Entri Tertunda]: Malam Puncak Perdana Beristighfar 2014


Kad Jemputan & Peta Laluan ke Majlis untuk saya

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni, saya akan kongsikan berkenaan dengan kalian semua tentang Majlis Puncak Perdana Beistighfar 2014 yang telah selamat berlangsung pada 15 Mei 2014 yang lalu bertempat di Kolej Jasmine, UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor. Program anjuran Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapat sambutan yang hangat dari warga kolej dan warga sekitar Puncak Perdana.

Saya dimaklumkan oleh pengacara majlis, terdapat juga hadirin dari UiTM Puncak Alam, UiTM Shah Alam dan juga dif - dif kehormat dari Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA). Alhamdulillah, program ini merupakan program kedua yang dianjurkan oleh JAIS di Kolej Jasmine seingat saya. Program pertama adalah Zina: Maksiat Paling Dilaknat Allah s.w.t. Pada program tersebut, saya bertindak sebagai Moderator Forum yang diadakan di Surau Iqra', Kolej Jasmine.

Program Malam Puncak Perdana Beristighfar yang diadakan mendapat sambutan baik dari pelajar di kolej. Pada anggaran saya, kehadiran pada malam tersebut ada dalam sekitar 700 orang - 900 orang. Ada makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur untuk menarik minat penonton.

Program dimulakan dengan Solat Berjamaah Maghrib yang diimamkan oleh Sheikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki, Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Alunan zikir munajat yang dialunkan oleh sheikh amat menarik sekali.

Sheikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki sedang mengalunkan zikir munajat

Sejurus usai zikir munajat, program diteruskan dengan Forum Isra' Mikraj di perkarangan Surau Iqra', Kolej Jasmine. Alhamdulillah, program mendapat sokongan yang baik dari warga kolej dengan ahli panel dan moderator yang sporting dan menarik. Selain itu, jamuan makan juga disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk 1000 orang.

Moderator & Panel di Pentas Utama Forum
Antara pengunjung yang menghadiri program malam tersebut
Antara AJK Program Malam Puncak Perdana Beristighfar
Adalah diharapkan agar program seperti ini dapat dijalankan pada masa - masa akan datang agar sinar Islam dapat ditegakkan di Bumi Puncak Perdana.

Ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki dalam program ini untuk masa mendatang...

p/s: gambar dari facebook AJK program:)


Thursday, 22 May 2014

[Entri Tertunda]: Konvokesyen ke 80 (Sidang 10)


Assalamualaikum W.B.T

Entri kali ini berkaitan dengan Konvokesyen ke 80 Sidang 10 yang telah selamat berlangsung pada 18 Mei 2014 yang lalu. Maklumlah, sebab tak ada kamera yang canggih atau monopod yang power, entri ini terpaksa ditunda bagi memberi laluan kepada gambar yang akan dipostkan oleh rakan - rakan yang lain. Dah diorang post dalam group facebook dan dekat wall masing - masing, inilah masanya nak ambik....hu3

Bila masa konvo tu, memang kelakarlah gelagat masing - masing. Nak pula kami sekelas memang "havoc" sebab semua satu kepala katakan walaupun ada geng masing - masing. Tengoklah gambar di bawah ni....

Dalam dewan pun boleh berselfie siap pakai monopod lagi tu....masa orang sedang naik pentas untuk terima Ijazah dan Diploma masing - masing. Sampaikan pensyarah kami memberikan isyarat untuk perlahankan suara kerana majlis masih berlangsung.

Apa pun, masing - masing sudah selamat berkonvo. Ada yang sudah bekerja dan ada juga yang masih mencari - cari kerja seperti saya. Insyallah, semua rezeki sudah ditetapkan oleh Alla s.w.t. Hanya usaha dan doa diperlukan untuk mendapatnya.

Semoga semua berjaya diluar sana nanti.

Gambar ketika perbarisan graduan
Gambar luar dewan bersama Asyraf dan Fazli
Gambar oleh Encik Zairol: Masa tengah ambil sijil dengan Pro Canselor







Gambar diatas semuanya diambil dari facebook rakan - rakan yang ambil gambar menggunakan telefon pintar dan monopod masing - masing. Maklumlah, saya tak ada telefon canggih lagi. Hu3...

Semoga kita berjumpa semula suatu hari nanti.

Gambar dari Monopod Afiqah Zubir.

Tuesday, 20 May 2014

Nafsu dan Vaksinnya...


Kenali Nafsu untuk Kendali Diri

Sebahagian ulama tasawuf membahagikan peringkat-peringkat nafsu pada tahap yang berikut:

  1. Nafsu Ammarah;  nafsu yang sangat mengajak kejahatan. Merupakan nafsu yang berada pada tahap paling jahat dan hina. Orang yang mempunyai nafsu pada tahap ammarah seronok dan sangat berbangga melakukan maksiat, serta berusaha mengajak orang lain berbuat maksiat bersama-samanya.
  2. Nafsu Lawwamah;  bermaksud nafsu yang mencela. Nafsu pada tahap ini merupakan nafsu yang terbuai dengan kenikmatan dan maksiat yang dilakukan. Namun begitu orang yang melakukan maksiat akan segera insaf setelah berbuat dosa. Hatinya amat mudah tergoda dengan maksiat.
  3. Nafsu Mulhamah;  bermaksud nafsu yang telah mula jinak. Orang yang nafsunya berada pada tahap ini cenderung mendapat ilham untuk melakukan kebaikan. Mereka sering berusaha memperbaiki diri dan menutup peluang untuk terjebak dalam kancah maksiat. Namun awas, nafsunya masih belum stabil.
  4. Nafsu Mutmainnah;  nafsu yang terhasil setelah seseorang berjaya mengawal dan mendidik nafsunya dengan cara mujahadatunnafs iaitu melawan nafsu dengan konsisten sehingga seronok melakukan ketaatan kepada Allah. Hatinya sudah tenang kerana nafsu telah berjaya dijinakkan. Nafsu ini milik orang orang soleh yang dapat menewaskan musuh zahir iaitu orang-orang kafir dan musuh batin iaitu nafsu dan syaitan.
Vaksin Virus Nafsu

“Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati”. Hal ini samalah juga dengan penyakit yang dihidapi oleh manusia masa kini. Terdapat banyak ubat yang boleh digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit. Penyakit nafsu juga ada ubatnya. Berikut adalah sebahagian tips untuk mengawal hawa nafsu dan menjadi vaksin kepada diri iaitu:

  • Belajar mengenai sifat nafsu dan angkaranya.
  • Menjaga solat lima waktu kerana solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan tawaduk akan menjadi benteng daripada mendekati perkara-perkara yang mungkar dan keji.
  • Sentiasa meningkatkan tahap pendidikan termasuk ilmu agama agar menjadi suluhan kepada hati untuk mengenali dan membezakan yang baik dan keji sehingga dapat memelihara diri di dunia dan akhirat.
  • Rajin berpuasa kerana puasa akan melemahkan hawa nafsu yang liar.
  • Berkahwin adalah antara cara menjinakkan nafsu yang begitu liar. Nafsu seks dapat dihalakan ke arah yang diredhai Allah dan melahirkan ketenangan jiwa.
  • Berzikir tidak kira di mana jua kerana zikir memberi ketenangan jiwa dan fikiran dan penawar hati untuk jiwa yang resah gelisah.
  • Belajar al-Quran dan berusaha melazimkan diri membaca al-Quran setiap hari walaupun sedikit bagi mendapat keberkatan.
  • Memilih kawan dan sahabat yang baik kerana kita adalah sahabat kita.
  • Berdoa memohon bantuan Allah agar diberi kekuatan mengawal dan menguasai nafsu mengikut jalan yang diredhai Allah.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berada dalam keredhaan Allah bagi memastikan kita terhindar daripada melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t.

Sumber: Hafizah Abdul Shukor. (2011). Sinar rohanis: Pembimbing ummah. Waspada Virus Nafsu, 8, 12 - 14.



Friday, 16 May 2014

Selamat Hari Guru 2014




Assalamualaikum W.B.T kepada semua.

Bersempena dengan Sambutan Hari Guru Tahun 2014 ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru saya semasa saya belajar di PASTI Kampung Telipot, guru - guru di Sekolah Kebangsaan Telosan (1997 - 2002), Sekolah Menangah Kebangsaan Jeram (2003 - 2007) dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil (2008 - 2009).

Tidak lupa juga kepada semua pensyarah di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana yang pernah mengajar saya selama lebih kurang 4 tahun bermula 2010 - 2014.

Halalkanlah segala ilmu yang diajarkan selama ini, doakan kejayaan saya dunia dan akhirat. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera selamanya.

Dapat mencurahkan segala ilmu kepada anak bangsa yang lain.

Saya sayang cikgu!!!

*Di bawah ini adalah antara gambar cikgu - cikgu yang pernah mengajar saya selama 5 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram dahulu*


En Abdul Halim Abdullah, Pn Aimmah Muda, Pn Akmah Muda, Pn Amiza Adnan 
En Azmi Hamzah, En Azmi, Tn Hj Baniyamin, En Kashfi

Tn Hj Mohd Azmi Yatim, En Wan Abdullah, En Rustam, En Sabri Deraman 

Pn Dian, Pn Hamisah, Pn Latifah Saat, Pn Maznah Harun

Pn Wan Nazirah, Pn Nor Jihan Abdullah, Pn Hjh Rahayu, Pn Ramzainiah

En Shahrom, En Tengku Rosdi, Tn Hj Wan Azhar, En Wan Saari

Pn Hjh Ratifah Othman, Pn Roshabibah, Pn Hjh Ruslina Che Ali, Pn Hjh Ruhani Yusof

En Zaidie, Tn Hj Zainuddin, Pn Zaiton Zakaria, Pn Norzalilawati, Pn Zuriani Ilias



Wednesday, 14 May 2014

Ya Allah, Lemahnya Aku…


Sering kali aku bermimpi untuk mendapat syurga Firdaus Mu
Namun kenapa nafsu jahat masih menguasaiku?
Sering juga aku mendambakan pengampunan dosaku dari Mu
Namun kenapa aku masih memanjakan nafsuku?
Sering kali ku bermunajat padaMu di kala kesusahanku
Namun kenapa aku masih memilih nafsu daripada Mu?

Ya Allah….lemahnya aku..
Sering kali kutangisi dosa- dosaku pada Mu
Namun kenapa aku masih kembali kepada dosa itu?

Ya Allah…lemahnya aku..
Walaupun ku lemah
Namun
 Akan ku terus bermimpi untuk peroleh syurgamu..
Akan terus berjuang memohon keampunanmu..
Akan terus bermunajat pada-Mu selalu

Mog Engkau menolongku di kala kesusahanku
Bersamaku dikala kesenanganku

Ya Allah
Bantulah aku untuk mendekati Mu
Terimalah aku untuk meraih simpati Mu
Bantulah aku untuk memiliki kasih Mu

Ya Allah
Aku kan terus kuat untuk ku melupakan nafsuku..
Aku kan terus menggapai redha Mu sehingga aku menutup mataku..

Musafir Timur. (2011). Sinar rohani: Pembimbing ummah. Tuhan Lemahnya Aku, 8, 2.
           

Monday, 12 May 2014

Hari Ibu: Boleh ke Tidak Sambut?



Sambut Hari Ibu 'harus' bagi umat Islam: Mufti Kelantan

Beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak meraikan Hari Ibu bagi menghargai jasa insan istimewa itu yang banyak berkorban jiwa dan raga dalam mendidik serta membesarkan anak-anak. 
"Mengucapkan Selamat Hari Ibu dan meraikan ibu yang melahirkan kita dan bersusah-payah membesarkan kita, mandikan kita dan membersihkan najis kita semasa kecil, adakah ia satu kesalahan? 

"Perkara yang dilarang dalam Islam adalah menderhaka kepada ibu.

"Kalau kita lakukan sesuatu yang 'harus' dan dapat memberi kegembiraan kepada orang lain termasuk ibu sendiri ia merupakan sedekah dan dikira mendapat pahala," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan haram untuk umat Islam menyambut hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari 'Mother of Church'. 
Sambutan Hari Ibu tahun ini jatuh pada hari ini. 

Mohamad Shukri berkata, Islam tidak pernah melarang umatnya mencontohi kebaikan orang lain termasuk Barat, namun sebarang perbuatan yang menyerupai upacara keagamaan lain serta bertentangan dengan syariat Islam amat ditegah. 

Begitu juga menyambut Hari Ibu, beliau berkata umat Islam perlu memastikan pengisian sambutan itu berlandaskan syariat Islam sebenar, katanya. 

"Macam hendak sambut Hari Ibu pun perlu dengan cara yang dibenarkan syarak jangan langgar batas-batas dalam Islam termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan, ini tidak boleh," katanya. 

Mohamad Shukri berkata, walaupun tiada suruhan untuk meraikan Hari Ibu di dalam Al-Quran, namun terdapat ayat yang menekankan perlunya umat Islam berbuat baik kepada kedua ibu bapa. 

Katanya, Islam meletakkan ibu pada kedudukan tertinggi malah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: 

"Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?, jawab Rasulullah SAW: Ibumu. 

"Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. 

"Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. 

"Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu". - Bernama


Sejarah dan Hukum Hari Ibu


Penjelasan yang sangat menakjubkan oleh Sheikh Wahid 'Abdus Salam Bali dari Mesir tentang Sejarah Hari Ibu dan Hukum merayakan hari ibu bagi ummat Islam.

Semoga Bermanfaat untuk semua

Buatlah pilihan sendiri. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi.

Sumber: AbuAnasMadani

Harian Metro


Saturday, 10 May 2014

Thursday, 8 May 2014

Cari Kerja: Antara Jawatan, Gaji & Lokasi



Assalamualaikum W.B.T kepada semua

Dalam entri ini, saya ingin berkongsi pandangan peribadi tentang pekerjaan. Memangdangkan saya masih lagi tergolong dalam golongan penganggur, entri ini adalah berkaitan dengan pencarian kerja lah.

Ramai orang yang belum bekerja seperti saya disuruh untuk memilih apa - apa kerja yang ada sahaja. Jangan memilih kerja dan sebagainya.

Antara ayat yang biasa diungkapkan seperti "ko try je mohon, mana tahu dapat". Memanglah dalam dunia sekarang, mahasiswa/i yang baru bergraduasi tidak lagi terjamin kerjaya mereka dalam bidang yang diingini. Memang sekarang ini, mahasiswa tak boleh lagi memilih kerja yang diingini dalam bidang yang dipelajari masing - masing sahaja. Tak semestinya bidang yang dipelajari itulah yang akan kita kerja nanti. Sebagai contoh, lepasan perguruan mungkin menjadi seorang usahawan. Perkara yang tidak mustahil berlaku.

Dalam pada stigma yang mengatakan "jangan memilih kerja", ada bebeberapa faktor lain yang saya rasakan perlu diambil kira dalam mencari kerja, terutama bagi golongan "fresh graduates" seperti saya.

Jawatan

Dalam memilih pekerjaan, saya pasti salah satu aspek yang diambil kira oleh pencari kerja adalah jenis jawatan. Mestilah yang ingin dipilih itu bersesuaian dengan kelulusan yang diperoleh. Ijazah jawatannya Pegawai, Diploma sebagai Penolong Pegawai dan sebagainya. Ada kala sifat sebagini memang mempengaruhi pemilihan kerja.

Sektor pekerjaan samada kerajaan dan swasta juga memainkan peranan. Memang tidak dinafikan kebanyakan kami ingin bekerja dalam sektor kerajaan disebabkan beberapa kelebihan yang akan diterima sekiranya bekerja dalam kerajaan berbanding dengan kerja di sektor swasta. Banyaklah kelebihan yang diterima jika bergelar Penjawat Awam. Tak perlulah diulas disini apa kelebihan yang bakal diperoleh kerana saya tahu pembaca lebih arif tentangnya daripada saya.

Gaji

Gaji yang ditawarkan untuk suatu jawatan itu juga akan dinilai oleh pencari kerja. Memanglah, semua nak gaji atau bayaran yang sepadan dengan kelulusan. Nak gaji yang tinggi. Tak payah tipulah kalau ada yang berpuas hati dengan gaji rendah. Dengan kos sara hidup yang tinggi, keperluan untuk membayar pinjaman PTPTN, bayar sewa rumah dan pelbagai perkara lain yang perlu dilakukan menyebabkan kerja yang bergaji tinggi menjadi pilihan utama.

Lokasi 

Tempat kerja dan masa juga antara yang dilihat dalam memilih kerja. Tak boleh lah nak main redah je nak mohon sesuatu jawatan. Bagi saya sendiri, saya memilih untuk kerja di negeri Selangor dan Kelantan. Setakat ini, belum ada rasanya permohonan untuk bekerja di luar disebabkan oleh kekangan untuk mencari rumah dan kenderaan. Kalau di Selangor, ada kenalan yang sudah bekerja disini. Insyallah masalah ini boleh dikurangkan sedikit.

Setiap orang rasanya nak bekerja dekat dengan rumah masing - masing. Sama jugalah dengan saya. Namun, itu semua memerlukan penilaian yang cukup teliti dalam memilih tempat kerja. Saya cenderung untuk memilih kawasan yang kurang padat atau tidak mengalami kesesakan lalu linta yang teruk. Tapi, macam mustahil nak dapat tempat macam tu di Selangor ni.

Apa yang perlu dibuat sekarang ini untuk sang pencari kerja adalah memohon kerja mengikut kelulusan yang diperlukan oleh syarikat tersebut. Ada syarat - syarat yang perlu dipenuhi sebelum memohon sesuatu jawatan samada dalam sektor awam atau swasta.

Selain panjatkan DOA pada ALLAH s.w.t agar dipermudahkan segala urusan kita.

ALLAH s.w.t adalah sebaik - baik perancang dan pemberi rezeki pada hamba - hambanya.

Monday, 5 May 2014

Konvokesyen Sidang 80: Semakin Membahang


Assalamualaikum semua. Semoga sihat sejahtera hendaknya.

Semalam, 4 Mei 2013, saya bersama - sama dengan beberapa orang rakan ke Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) di UiTM Shah Alam untuk ambil jubah kepada "teman istimewa" kawan saya. Makwe nya akan konvo 15 Mei 2014 yang akan datang. Saja lah temankan kawan sambil jalan - jalan makan angin. Memang ramai lah orang disana dengan pelbagai ragam dan perangai yang dapat disaksikan oleh kami. Ada yang mencuit hati dan ada juga yang agak pelik.

Insyallah, kami akan bergraduasi pada 18 Mei 2014 dengan didahului dengan rehearsal dan pengambilan jubah pada 17 Mei 2014 yang akan datang. Bila tengok orang lain dah ambil jubah dan dah selfie dengan jubah masing - masing, perasaan gembira dicampur dengan perasaan yang tidak menentu dalam menunggu giliran untuk berkonvo kali ini.

Alhamdulillah, saya sudah menyelesaikan segala urusan yang berkaitan dengan konvokesyen pada kali ini. Bayar Bil Konvo sudah, Kajian Pengesanan Graduan pun sudah buat serta Borang Konvo juga sudah siap diisi, hanya menanti masa dan waktu untuk majlis yang bersejarah bagi diri saya dan juga rakan - rakan yang lain nanti. 

Bila disemak Senarai Nama dalam Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-80 bagi Sidang 10 yang akan berlangsung pada 18 Mei 2014 (Ahad), ada 871 graduan yang akan meneria skrol masing - masing pada hari tersebut. Apa yang menjadi kesusahan kepada saya ketika ini adalah berkenaan dengan KAD JEMPUTAN dan PELEKAT KENDERAAN yang perlu dibawa oleh tetamu bagi menghadiri Istiadat Konvokesyen nanti. Kad dan pelekat kenderaan tersebut akan diberi kepada graduan semasa mengambil jubah akademik nanti.

Yang menjadi masalah sekarang adalah macam mana saya nak berikan kad jemputan dan pelekat kenderaan tu kepada keluarga saya yang insyallah akan berada dirumah kakak saya di Bandar Seri Permaisuri, Cheras nanti. Nak kena cari kenderaan nampak gayanya nak kesana. Insyallah, akan dibincangkan dengan ahli keluarga nanti macam mana nak selesaikan masalah ini.

Kepada rakan - rakan sekalian, mohon didoakan agar majlis yang akan berlangsung nanti dalam keadaan aman dan berjalan dengan lancar, diberikan kesihatan yang baik kepada semua graduan dan para tetamu yang akan hadir. 


Sunday, 4 May 2014

Syarikat 3 Tahun...



Assalamualaikum semua...Semoga sihat selalu. Fikir - fikir nak tulis apa ek??

Teringat post kat facebook yang dipost lama dulu.

Selama 3 tahun belajar di UiTM Puncak Perdana, telah banyak syarikat yang telah saya tubuhkan bersama - sama rakan kongsi.....Tetapi, hanya atas kertas sahaja...

Ini semua kenangan bila belajar di UiTM dulu. Kena buat group dalam subjek tertentu.


Kalau betul - betul, dah kayo den mungkin lebih kayo dari Bill Gates kot....


Sem 1: MGT 420 – Perdana Holding Berhad

Sem 2: ENT 300 - Billionaire Enterprise Sdn Bhd

Sem 2: IMR 454 - Excellent Records Center Sdn Bhd

Sem 3: IMR 505 – Excellent Archive

Sem 5: IMR 606 – E-Syahadah Techno Sdn Bhd

Sem 6: 3P – Focus Event Management (FEM) Sdn Bhd

Sem 6: IMR 665 – Care of Audiovisual Records (CARE) Archive

Sem 6: IMS 556 - Creative Consultation Sdn Bhd (CCSB)

Marah dan Pemarah?


Menangani Marah: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah

[Dipetik dari ceramah Dr Fadzillah Kamsah dan Ustaz Kazim Elias]


Cuba renungkan seorang diri, bilakah kesabaran anda yang terakhir tercabar? Meletup?

Ada sebab dan punca mengapa kita marah.

Punca hilang pertimbangan dan marah:
  1. Diganggu oleh orang lain
  2. Diejek perli, dikutuk, hina
  3. Tidak diendah oleh orang lain
  4. Orang lain ambil hak kita: parking kereta diambil orang
  5. Orang cabar kebolehan kita
  6. Orang tak hormat kita
  7. Diberi nasihat tanpa diminta oleh kita
  8. Bila bertungkus-lumus buat kerja, tak dihargai, malah dikomen
  9. Rendah diri keterlaluan
  10. Peristiwa lampau yang diingati
  11. Sebab masalah kesihatan, hormon tak seimbang
  12. Terlampau banyak stress
  13. Personaliti yang panas baran: cara dididik oleh orang tua, suasana dibesarkan, mak marah masa mengandung
  14. Sifat tak mahu kalah atau mengalah
Kesan – kesan marah
  1. Kesihatan fizikal dipengaruhi. kalau marah, mudah sakit
  2. Orang pemarah cepat tua
  3. Mudah kena sakit jantung
  4. Tekanan darah naik
  5. Marah tempat kerja: mudah batuk, lemah lutut
  6. Jangkitan kuman mudah, senang kena selesema
  7. Orang perempuan menyebabkan tulang makin rapuh
  8. Mematikan syahwat
  9. Merangsang tabiat buruk
  10. Wajah cepat hodoh dan tidak menarik
  11. Syaitan suka orang pemarah
  12. Hati kotor
  13. solat tak khusyuk
  14. Mudah hancur rumah tangga
  15. Kasih sayang makin pudar
  16. Anak jadi mudah berontak, tidak berdisiplin
  17. Persahabatan boleh tergugat
[Jangan marah, nanti cepat tua!]


Bagaimana menangani sifat marah

  1. Cuci hati [hati kotor boleh sebabkan marah]
  2. Fokus kepada setiap situasi atau tindakan yang dilakukan. [traffic jem: zikir, dengar lagu, ceramah dan sebagainya]
  3. Zikrullah. Ingat Allah, hati tenang
  4. Tukar paradigma minda: aku bukan pemarah
  5. Kalau orang lain, jangan marah semula
  6. Jangan harapkan kesempurnaan
  7. Sebarkan Salam
  8. Sayangi semua orang
  9. Pernafasan yang berkesan dapat kawal sifat mara
  10. Lakukan kegiatan fizikal semasa hendak marah: koyakkan benda yang tak berguna, melukis, menyanyi, cuci kereta, berkebun, buat regangan
  11. Menjaga diet: sarapan seimbang, sesuai. makan tengah hari sikit. makan banyak sayur, segar. kurangkan makan daging merah, yang ada bahan pewarna
  12. Ambil wudhuk/mandi/minum air masak
  13. Doa untuk kawal marah: Al Fatihah kat air, Surah Al Anbiya’, 69, Al haisyum, Al Syura, ayat 19, Ayat Kursi, 1000 dinar
Perasaan marah boleh dikawal dan perlu dikawal

Marah Tabiat Anak Adam: Ustaz Muhammad Kazim Elias

  • Cepat marah dan bila marah, cepat reda
  • Lambat marah dan bila marah, cepat reda
  • Cepat marah dan bila marah, lambat reda
Yang baik jadikan panduan dan teladan,
Teguran kearah kebaikan amat dialu - alukan.




Daulat Tuanku