Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kenangan

Kursus Usahawan Muda 2016

Imej
Alhamdulillah, pada 9 - 10 Mac 2016 yang lalu, penulis berkesempatan menghadiri Kursus Usahawan Muda yang dianjurkan oleh Bahagian Usahawan PKINK dengan kerjasama Akademi Usahawan Muda Dewan Pemuda PAS Kelantan. Program selama 2 hari 1 malam itu diadakan di Min House Camp, Kg Pulau, Kubang Kerian.  Turut serta adalah selebriti Undangan yang juga merupakan Penceramah kami pada 2 hari tersebut adalah Fadzli Aziz UNIC yang merupakan consultant di Soul Power Consultant.. Alhamdulillah, pengisian program yang amat bermanfaat buat usahawan dan bakal usahawan yang telah menceburi bidang perniagaan. Insyallah nanti saya akan kongsikan tips dan petua yang dikongsikan. Selain itu, turut dikongsikan tentang bagaimana untuk menubuhkan syarikat, taklimat pembiayaan dari MARA dan SME Bank serta perkongsian pengalaman dari pemenang Rural Business Challenge (RBC) dari kelantan dulu. Insyallah saya akan kongsikan nanti... Perkongsian dari wakil MARA Menerima Sijil Penye...

[Throwback]: Balai Seni Lukis Kelantan

Imej
[Throwback]: Balai Seni Lukis Kelantan Lawatan ke Balai Seni Lukis Kelantan telah berlangsung sama tarikh dengan Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Kelantan pada 10 Disember 2015 yang lalu. Cuma saya buat entri yang berasingan bagi mengulas tentang lawatan di Balai Seni lukis ini dengan lebih mendalam sikit. Jom kita baca dulu tentang Balai Seni Lukis Kelantan ni sebagaimana yang terdapat dalam risalah Muzium Kelantan yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Bangunan asal Balai Seni Lukis Kelantan ialah di Bangunan Muzium Perang (Bank Kerapu) yang terletak di Jalan Post Office Lama, Kota Baharu. Balai Seni Lukis Kelantan telah disempurnakan perasmiannya oleh KDYMM Raja Perempuan Kelantan pada 10 Syaaban 1408 Hijrah bersamaan dengan 28 Mac 1988. Pada tahun 1992, Balai Seni Lukis Kelantan telah dipindahkan ke Muzium Negeri Kelantan kerana kerja – kerja pengubahsuaian Bank Kerapu telah mula dilakukan untuk dijadikan Memorial Peperangan Dunia...

[Throwback]: Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Negeri Kelantan

Imej
[Throwback]: Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Negeri Kelantan Pada 10 Disember 2015 yang lalu, saya bersama - sama dengan kakak saya serta 3 orang anak sedara saya telah melawat Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Negeri Kelantan. Program dengan tajaan penuh kakak saya ini memaparkan pameran Misteri Firaun: Musuh Para Nabi, Tok Janggut: Pahlawan Melayu Kelantan dan Pameran Sultan Muhammad Al Fateh: Penakluk Konstantinopel. Pameran ini telah berlangsung pada 20 Oktober 2015 sehingga 31 Januari 2016 nanti. Kepada yang belum pergi dan berminat untuk ke pameran berkenaan, saya alu - alukan kedatangan anda ke Muzium Negeri Kelantan. Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Muzium Negeri Kelantan ini. Sedikit maklumat tentang muzium ini sebagaimana yang terdapat dalam risalah Muzium Kelantan yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Bangunan ini pada asalnya adalah merupakan Pejabat Majlis Band...

[Throwback]: Pengembaraan Naik Kereta Api di Tanah Merah

Imej
[Throwback]: Pengembaraan Naik Kereta Api di Tanah Merah Pada 17 Disember 2015 yang lalu, saya dengan beberapa orang peserta rombongan dari KG Chengal Pulas seramai 14 orang naik Kereta Api bersama - sama anak sedara telah menempuhi pengalaman yang menyeronokkan dalam perjalanan Kereta Api dari Tanah Merah ke Tumpat dan berpatah balik dari Tumpat ke Tanah Merah. Sekadar untuk pengalaman anak - anak sedara lah yang tak pernah naik pengangkutan awam ini. Secara jujurnya, penulis pun pertama kali menaiki Kereta Api selama hidup 25 tahun ini. Selalu naik bas lah yang menjadi pengangkutan awam semasa belajar dulu. Sebenarnya, dah lama rancang nak naik Kereta Api ni. Dah beberapa bulan lalu lagi nak naik. Sebab dah ada orang kampung saya yang dah naik Kereta Api ni. Bila dengar pengalaman yang dikongsikan, rasa nak naik jugak lah. Alhamdulillah, cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga dan beberapa orang lain (waris terdekat) berkesempatan naik Kereta Api. Saja lah nak am...

1MET 2015: Unleash Your Potential (Throwback)

Imej
Pada 13 – 14 November 2015 yang lalu, saya telah menyertai program 1 Malaysia Entrepreneur (1MET) 3.0 yang telah diadakan di Villa Danialla Beach Resort, Jalan Tok Bali, Bachok Kelantan. Program selama 2 hari itu adalah suatu program keusahawanan yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk berkongsi tentang ilmu keusahawanan kepada peserta yang terlibat. Dianggarkan sekitar 200 orang peserta yang telah menyertai bootcamp ini. Ada kalangan peserta yang sudah mempunyai perniagaan dan ada jugak yang sekadar untuk menimba ilmu tentang keusahawanan semata – mata. Dalam program yang berlangsung selama 2 hari tersebut, kami didedahkan tentang pelbagai ilmu untuk menjadi seorang USAHAWAN yang berjaya. Cuma ada beberapa saranan yang boleh dilakukan oleh pihak penganjur dalam memastikan program ini mendapat manfaat kepada golongan sasaran. 1. Saya perhatikan peserta yang menyertai program berkenaan terdiri dari 2 kelompok yang berbeza. Satu kumpulan yang SUDAH MEMPUNYAI P...

Kacau Bubur Asyura 2015 (Throwback)

Imej
Pada 31 Oktober 2015 yang lalu, Madrasah (Balaisah) Kampung Chengal Pulas telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura secara bergotong royong yang diadakan di sekitar madrasah. Seingat saya, ini kali pertama kami buat Bubur Asyura di surau. Dan program ini adalah antar program yang terbesar pernah dijalankan di madrasah kami. Perancangan awal nak buat 2 kawah sahaja. Tetapi, bila fikir – fikir balik takut tak cukup, tambah lagi 1 kawah, menjadikan keseluruhan 3 kawah Bubur Asyura yang dimasak hari berkenaan. 2 kawah asyura daging dan satu kawah asyura kosong (tanpa daging). Memang kalau nak diikutkan, kacau asyura ni memakan masa yang lama. Masa kami buat dulu, mula kacau asyura (hidupkan api) jam 8 pagi dan selesai sekitar jam 6 petang. Sekitar 10 jam nak siapkan 3 kawah Bubur Asyura. Yang paling gembira bila buat gotong-royong ni adalah kerjasama dari semua pihak yang menjayakan program. Ada yang bagi sumbangan duit, ada yang bagi sumbangan bahan mentah dan j...

Catatan Ramadhan: Puasa di Puncak Perdana

Imej
Alhamdulillah, hari ini sudah 21 Ramadhan 1436H sudah. Cepatnya masa berlalu tanpa disedari. Ramadhan sudah difasa yang terakhirnya. Moga dipertemukan lagi dengan Ramadhan Al Mubarak di tahun - tahun mendatang. Insyallah... Hari ni teringat pengalaman terindah berpuasa di UiTM Puncak Perdana beberapa tahun yang lalu. Kalau tak silap ingatan, 3 ke 4 sem jugalah berpuasa di sana. Memanglah tak sama dengan berpuasa di kampung...tapi bestnya ada.. Teringat masa nak bersahur. Awal - awal masuk dulu boleh jugak beli di Kafe Puncak untuk makan sahur. Bungkus nasi dan lauk, untuk sahur. Kuah pun tak ada. Makan nasi kosong dengan lauk je. Kadang-kadang makan roti dan air jer untuk sahur. Telan jer asal dapat sahur. Waktu nak berbuka, ramai - ramai berkunjung ke Bazar Ramadhan depan KANDANG PUNCAK. Beli juadah. Nasi Tomato Uncle jadi pilihan sebab murah + sedap + banyak. Best. Dulu dapat kupon untuk berbuka dari CiTU Puncak Perdana. Makan di Dewan Serbaguna Kolej. Makan rama...

Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan.

Imej
Pandangan dari depan masjid Dah lama tak update blog ni. Sebab malas dan tak ada isu sangat yang nak dikongsikan. Ada cerita, boleh update lah blog ni... Semalam, 11 Mac 2015, saya bersama - sama "rakan sekerja di Allianz Malaysia Kota Bharu telah menerjah Pekan Rantau Panjang untuk edar risalah tentang Pelan Simpanan di Allianz Malaysia. Dalam perjalanan nak ke Pekan Rantau Panjang, kami singgah sebentar di Masjid Beijing untuk solat Zohor. Maklumlah, bertolak dari Kota Bharu pun dah pukul 12 tengahari. Memang panas terik cahaya matahari memancar diatas kepala. Sebelum solat, sempat ambil gambar masjid. Landmark Rantau Panjang Excited juga sebab pertama kali ke Masjid Beijing dan Pekan Rantau Panjang sepanjang umurku 25 tahun. Inilah kali pertama menjejakkan kaki ke Rantau Panjang. Orang kata, kala tak pergi sendiri tak tahu suasana macam mana. Kalau nak tahu tentang sejarah masjid ni, boleh tanya Pak Cik Google lah. Sebab tak berhasrat nak ceritakan disin...

Makan Malam di Wong Solo

Imej
Menu Makanan & Minuman Tadi, saya bersama rakan, Muhammad Asyraf makan malam di Restoran Ayam Bakar Wong Solo Sdn Bhd di Jalan DwiTasik 1, Dataran DwiTasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Tak ada plan - plan pun nak makan sekali. Duk main - main Whatsapp, tup - tup dia ajak saya keluar makan sambil borak - borak. Saya pun ok je lah kalau nak datang ambik. Dipendekkan cerita, dia datang dengan kereta dan kami ke Jalan DwiTasik untuk makan malam. (Kalau tak datang ambik, memang tak pergi. Kereta pun tak de). Lagipun dia tinggal dekat jer dengan rumah kakak saya di Kuaters Guru Bandar Sri Permaisuri ni. Pusing punya pusing di kawasan tersebut, ternampaklah sebuah restoran berwarna hijau yang nampak menarik pada pandangan mata kami. "Nak try yang ni ke?, tanya Asyraf. "Ok jer", jawabku dengan penuh selamba. Keluar dari kereta, tengok - tengok Restoran Ayam Bakar Wong Solo. Kami masuk je lah. Macam menarik dan paling penting Halal. ...