Sunday, 29 December 2013

Cari Kerja: Fresh Graduate vs Pengalaman Bekerja


Assalamualaikum dan Selamat Malam buat semua (post ini ditulis waktu malam). Tidak berapa lama lagi, kita akan menyambut kedatangan Tahun Baru 2014. Namun itu bukan isu yang akan ditulis untuk update kali ini. Lain kali kita cakap pasal Tahun Baru ye.


Untuk post kali ini, saya ingin kongsikan pandangan peribadi tentang kami para fresh graduate yang dalam proses mencari kerja setelah berhempas pulas belajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta selama beberapa tahun dalam jurusan yang berbeza.

Umum mengetahui bahawa sekarang ini, peluang untuk mendapatkan pekerjaan memang menjadi cabaran utama kepada para pelajar yang baru menamatkan pengajian masing - masing. Sudah tentu selepas menghabiskan pengajian, kita mengimpikan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan kita seberapa pantas yang boleh. Kalau ikutkan hati, lepas je habis, dah dapat kerja.

Namun, semua itu hanyalah ilusi yang tidak menjadi kenyataan hari ini. Terlalu banyak persaingan yang perlu dihadapi oleh kami para graduan dalam mencari kerja. Kelulusan Akademik, Peluang kerja yang sedikit, Keperluan membayar balik PTPTN dan Pengalaman Bekerja antara faktor penghambat yang perlu difikirkan oleh kami dalam mencari kerja dengan seberapa segera.

Di negara kita, terdapat pelbagai jenis IPTA/IPTS yang mengeluarkan pelbagai jenis graduan dalam bidang yang berbeza setiap tahun. Kami perlu bersaing untuk mendapatkan kerja yang semakin kecil untuk diisi oleh golongan graduan yang ramai. Setiap dari kita mengimpikan kerja untuk membayar balik Pinjaman PTPTN. 

Untuk post kali ini, saya hanya ingin fokuskan kepada Pengalaman Bekerja sahaja. Sesuai dengan tajuk lah kan Cari Kerja: Fresh Graduate vs Pengalaman. Yang lain boleh difikirkan sendiri. Tidak ingin mencari kesalahan mana - mana pihak, cuma menulis dari hati dan pengalaman sahaja.

Saya antara ribuan fresh graduate yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam Bidang Pengurusan Rekod dari UiTM Kampus Puncak Perdana dan dalam proses untuk memohon pekerjaan dari institusi kerajaan dan swasta. Alhamdulillah, saya dah hantar beberapa resume kepada syarikat yang berkenaan untuk memohon kerja. Kalau ada rezeki, insyallah ada.

Dalam pada saya melayari Internet untuk melihat kekosongan jawatan, majoriti pekerjaan memerlukan pengalaman bekerja, paling minimum 1 tahun pengalaman bekerja. Ada pengalaman, baru boleh mohon. Ini memang sukar kepada kami para graduan yang baru sahaja tamat pengajian. Mana ada pengalaman bekerja? Kalau tak beri peluang, mana nak dapat pengalaman?. 

Mungkin ada sebab organisasi inginkan orang yang sudah mempunyai pengalaman bekerja untuk diambil bagi mengisi kekosongan tertentu. Itu terpulang kepada setiap organisasi masing - masing. Apa yang boleh dibuat sekarang adalah mohon je apa - apa pekerjaan untuk dapatkan pengalaman. Itu pesanan pensyarah kepada saya.

Kalau dulu, yang dalam bidang pendidikan, memang dapat kerja. Tapi, sekarang sudah berubah. Graduan Perguruan tidak lagi berada dalam zon selesa. Mereka pun kena menerima hakikat ini. Perlu bersaing dengan orang lain untuk dapat kerja. 

Bagi kami dalam Bidang Pengurusan Rekod ini, memang tidak banyak jawatan yang ditawarkan samada di syarikat awam atau swasta. Setakat yang saya tahu, ada jawatan di Arkib Negara Malaysia serta di hospital sebagai Medical Record Officers dan juga beberapa jawatan seperti Document Controller untuk pelajar seperti saya di organisasi swasta. 

Pada pandangan saya, memang bidang ini kurang mendapat perhatian dari pihak - pihak tertentu tentang kepentingan pengurusan rekod yang baik dalam sesebuah organisasi. Rekod yang diurus dengan baik oleh orang yang berkelayakan akan membantu operasi sesebuah organisasi dengan baik, hasil dan pendapatan pun akan bertambah. Ada beberapa pendekatan yang boleh diambil oleh pihak - pihak yang berkaitan bagi memberi kesedaran tentang Bidang Pengurusan Rekod ini kepada umum.

1. Peranan Fakulti Pengurusan Maklumat

Fakulti memainkan peranan yang besar dalam memberi pendedahan tentang kepentingan pengurusan rekod kepada umum. Seminar, ceramah dan road tour ke setiap organisasi kerajaan tentang pengurusan rekod boleh dibuat bagi meningkatkan kesedaran tentang pengurusan rekod dalam organisasi kerjaan. Ini akan dapat menaikkan bidang ini dalam masyarakat. Kesedaran ini amat penting dalam menentukan kerjaya buat kami.

2. Peranan Kerajaan

Pihak kerajaan boleh memainkan peranan dengan mewujudkan post Pengurus Rekod atau apa nama sekalipun dalam agensi kerajaan. Biarlah kami yang menguruskan rekod kerajaan nanti jika jawatan ini boleh diwujudkan. Namun, itu memerlukan kajian yang mendalam sebelum jawatan ini diwujudkan.

3. Peranan Pelajar

Kami juga perlu memainkan peranan dalam menerangkan tentang pengurusan rekod kepada orang awam. Bila ada kesedaran, baru mereka sedar akan kepentingan pengurusan rekod yang baik. Pada masa itu, insyallah khidmat kita akan diperlukan.

Apa pun, ini semua sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. Ajal, maut, rezeki sudah ditentukan. Kita hanya perlu berusaha dan selebihnya, serahkan pada Nya. Insyallah ada rezeki nanti. Wajib percaya pada Qada' dan Qadar Nya. Usaha, doa dan tawakkal kepada Allah perlu agar kita mendapat pekerjaan nanti. Insyallah, ada rezeki untuk kita nanti

#Segala yang diutarakan adalah pandangan peribadi penulis sahaja. Kalau ada salah silap, mohon maaf#

Thursday, 26 December 2013

My Industrial Training Presentation Day




Assalamualaikum semua...

Nak kongsikan gambar yang diambil sebelum kami present case study pada 17 Disember 2013 yang lalu...

Lambat update sebab malas nak update blog.....

Stress nak cari kerja...





Credit: Tqa Nur

Sunday, 8 December 2013

10 Etika Mesyuarat


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh....

Insyallah hari ini saya ingin kongsikan 10 Etika Bermesyuarat yang perlu diketahui oleh setiap orang yang ingin menghadiri mesyuarat. Artikel asal dari Yahoo! yang diubah suai sedikit mengikut pengalaman sendiri. Semoga bermanfaat buat semua..

Antara 10 Peraturan Mesyuarat yang perlu diketahui adalah:
1. Be on Time/ Punctual on Time

Ini yang paling penting dalam pengurusan sesebuah mesyuarat. Ini kerana mesyuarat yang dijalankan tepat pada masanya akan dapat dihabiskan pada masa yang singkat. Kalau kehadiran ahli mesyuarat yang lambat, akan menyebabkan kelewatan pada masa mesyuarat. Lambat start, lambatlah habisnya...As simple as that.

Suatu ketika dahulu ketika memegang jawatan dalam JPK Jasmine, saya memang menitikbertakan tentang punctual on time. Kami siap buat dendan kalau yang datang mesyuarat lewat. Denda tu akan dimasukkan dalam Tabung JPK bagi mereka yang datang lewat. Itu sebenarnya antara langkah bagi mendidik para pemimpin untuk lebih menjadi seorang yang menepati masa.

Berkenaan dengan masa ini, saya selalu buat mesyuarat tidak lebih dari 2 jam melainkan terdapat banyak perkara yang perlu dibincangkan dan memerlukan tindakan segera. Ini akan dimaklumkan dahulu kepada semua ahli agar mereka dapat memberikan masa yang secukupnya dalam mesyuarat.

Saya juga tak suka buat mesyuarat jika tiada perkara besar dan penting untuk dibincangkan. Kalau hanya perkara remeh temeh sahaja, mesyuarat tidak akan diadakan. Perlu masa untuk belajar daripada membincangkan perkara remeh temeh.

2. Make Introduction

Ini perlu jika bermesyuarat dengan orang luar atau dengan orang luar. Kami di Barisan JPK Jasmine pernah bermesyuarat dengan Majlis Perwakilan Kolej Universiti Malaysia Terengganu semasa lawatan mereka ke Kolej Jasmine suatu ketika dahulu. Selain kami juga pernah mengadakan dialog bersama JPK Puncak Alam. Memang sebelum memulakan mesyuarat dan dialog, akan diperkenalkan diri masing - masing.

Kata orang, tak kenal maka tak cinta kan.... Bagi saya memang perlu diperkenalkan jika masih tidak kenal dengan ahli mesyuarat.

3. Have Strong Agenda

Agenda yang penting dan disusun kemas merupakan alat pembantu kepada perjalanan mesyuarat yang efisyen. Tanpa agenda yang kukuh, mesyuarat yang dijalankan hanya akan membuang masa dengan begitu sahaja. Tiada apa - apa yang terhasil nanti.

Biasanya, agenda akan dinyatakan dalam surat jemputan mesyuarat. Bagi saya, agenda mesyuarat akan dibentangkan sebelum mesyuarat dimulakan. Agenda yang penting perlu didahulukan untuk dibincangkan dalam mesyuarat dan diakhiri dengan agenda yang kurang penting. Elakkan bermesyuarat untuk agenda yang tidak penting atau agenda yang terlalu sedikit. Ini mungkin merugikan masa semata - mata.

4. Sit Appropriately

Duduk sengan posisi yang baik juga merupakan suatu etika yang perlu dipatuhi semasa bermesyuarat. Kalau kita duduk dengan posisi yang tidak baik, pengerusi mesyuarat boleh meneka bahasa badan sama ada kita suka atau tidak menghadiri mesyuarat tersebut, sukarela hadir atau paksa rela hadir. Bahasa badan boleh menentukan segalanya.

Duduk baik - baik dalam mesyuarat agar kita tidak dilabel kurang adab dalam mesyuarat oleh orang lain.

5. Speak Up

Dalam kalangan ahli mesyuarat, ada yang aktif dan ada yang pasif. Menjadi tanggungjawab pengerusi majlis untuk "mendiamkan" ahli yang terlalu aktif dan membuatkan ahli yang pasif untuk bercakap dan berkongsi pandangan dalam mesyuarat. 

Antara cara yang boleh dibuat adalah dengan meminta pandangan dari ahli yang pasif. Mungkin dengan cara ini boleh membuatkannya aktif sedikit.

6. Understand the unwritten speaking rules


Sebagai ahli mesyuarat, perlu untuk memahami undang - undang tak bertulis seperti masa untuk mencelah dalam mesyuarat. Ini penting bagi membolehkan kita mencelah pada perkara yang betul dan ditempat yang betul serta dengan orang yang betul.

7. Do not have your phone out

Nada deringan telefon memang akan membuatkan sesebuah mesyuarat menjadi terputus apabila ia berbunyi. Perlu diingatkan agar semua yang menyertai mesyuarat mesti meletakkan telefon dalam mode senyap atau tutup. Ini penting agar tidak mengganggu perjalanan mesyuarat nanti

Selain itu, perlu juga diingatkan agar dilarang sama sekali untuk bermain telefon semasa mesyuarat sedang dijalankan.

8. You can drink coffee, but you need permission for anything else

Ada perkara yang boleh dibuat dengan persetujuan bersama. Contohnya minum atau makan semasa mesyuarat dijalankan. Saya pernah mesyuarat sambil makan. Tidak menjadi kesalahan bagi mengelakkan rasa mengantuk atau letih dalam mesyuarat yang mengambil masa yang agak lama untuk makan atau minum yang ringan.

Dalam mesyuarat yang pernah saya hadiri juga, ada diletakkan secawan minuman dan kuih muih untuk ahli mesyuarat. Pandai - pandailah makan dan minum. Yang penting, jaga adab semasa makan dan minum dalam mesyuarat.

9. Clean up after yourself

Dah makan, simpanlah...Jangan buang merata - rata sampah yang dihasilkan tu.

10. Don't save all your questions for the end

Kalau ada soalan yang ingin diajukan, silakan berbuat demikian semasa mesyuarat masih berlangsung. Jangan ditunggu sehingga masa tamat. Mungkin akan terlupa apa yang hendak ditanyakan.

Sebelum selesai mesyuarat, round table lah dahulu kalau ada persoalan yang ingin diajukan oleh ahli mesyuarat. Ini lebih baik...

Monday, 2 December 2013

Kisah Latihan Amali 2013


Assalamualaikum dan Selamat Pagi buat semuanya...Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..

Dikesempatan ini bolehlah dicoretkan catatan penuh 3 bulan sepanjang saya berada di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh Kelantan bagi menjalani Latihan Amali disana. 

Industrial Training merupakan satu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar Pengurusan Rekod dan batch saya merupakan pioneer dalam subjek ini. Kisah Latihan Industri in bermula pada 25 Jun 2013 yang lalu setelah kami mendengar Taklimat Latihan Industri dari En Mohd Zairol Masron, selaku Penyelia Industri kami. Usai taklimat, kami dikehendaki untuk menyenaraikan tempat - tempat untuk menjalani LI. Memang banyak tempat yang kami masing - masing tulis untuk praktikal disana...

Saya masih ingat lagi bahawa saya memilih untuk praktikal di Pejabat Pelajaran Cameron Highlands, Arkib Negara Malaysia Kuala Terengganu dan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh Kelantan. Walau bagaimanapun, Pejabat Pelajaran Cameron Highlands menolak permohonan saya...apa nak buat, tak ada rezeki :)

Saya masih mengharapkan agar ditempatkan di Arkib Negara Malaysi Cawangan Kuala Terengganu bersama - sama Muhammad Asyraf bin Ahmad Royali dan Ab Shahmadhafsham Ab Shukor. Sebab kami dimaklumkan ada elaun dan boleh melawat jabatan kerajaan disana untuk melihat Pengurusan Rekod dijabatan kerajaan. Pada mulanya memang kami teruja jika dapat berpraktikal disana. Namun, apakan daya tiada rezeki, kami membawa diri masing - masing ke negeri masing - masing.

Saya mendapat tawaran di PTJPP. Memang kena pada masanya sebab Semester 7 ni tak ada PTPTN, jadi saya memang suka dapat praktikal dekat rumah, boleh save bajet sikit. Sama keadaan dengan kawan - kawan saya yang memilih untuk menjalani LI di kawasan masing - masing. Hari yang ditetapkan berkunjung tiba. Kami perlu melapor diri di tempat LI masing - masing pada 2 September 2013. Saya tiba ditempat kerja awal untuk melapor diri...

Tempat pertama saya ialah di Unit Pentadbiran, PTJPP bersama seorang lagi pelajar UiTM Machang. Dia budak sistem, minor Rekod. Dua hari tanpa kerja memang agak membosankan bagi kami semua. Setelah berlalu 2 hari, saya dipindahkan ke Unit Hasil sehinggalah tamat LI saya. 

Di Unit Hasil, saya ditugaskan untuk mengemaskinikan data dalam Sistem Pungutan Hasil Tahunan (SPHT) dan bertugas di Kaunter Hasil dan Kaunter Materi Setem. Pengalaman memang banyak didapati semasa berada disana. Berurusan dengan pelbagai jenis ragam manusia kadang kala melucukan dan kadang kala boleh membuatkan rasa nak marah. Namun, semuanya dapat diatasi dengan baik. Selalu berwajah senyum bila berurusan dengan pelanggan adalah kunci utama kejayaan di kaunter.

Kadang kala terpaksa jaga kedua - dua kaunter serentak bila staff cuti. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dibantu oleh staf yang lain. Saya sering bertanya kepada staff senior jika terdapat sebarang kemusykilan atau kekeliruan berkenaan dengan sesuatu. Ini kerana, ini bukan bidang saya. Bila kita bertanya, banyak yang dapat dipelajari....

Alhamdulillah, perbelanjaan saya disana tidaklah banyak sangat. Kadang kadang, dapat makan free bila staff belanja sarapan...ada jugak yang bawak makanan, boleh makan sekali...jimat bajet sikit....

Apa pun, Latihan Amali sudah berlalu. Kini masanya untuk menyiapkan segala tugasan yang berbaki. Penyediaan Laporan Case Study, Report LI dan Persediaan untuk Presentation mengambil tempat. Kadang terasa malas nak buat sebab tak ada kawan disisi yang boleh mendorong kita untuk buat...Apa pun, itu bukan penghalang untuk menyiapkannya....Insyallah akan berusaha untuk menyiapkan semua itu...

Akhirnya, doakan kejayaan kami semua untuk berjaya dalam LI ini dan Presentation pada 16 da 17 Disember 2013 nanti. Doakan kami berjaya dunia dan akhirat....

Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua...

Kutipan Derma