Tuesday, 10 September 2013

Diet Rasulullah....

















Alhamdulillah, bila duk ronda - ronda laman sosial ni, terjumpa pula post pasal Diet Rasulullah. Saya kongsikan disini. Moga beroleh manfaat buat penulisnya dan juga pembacanya nanti. Insyallah...

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah S.A.W. tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. 

InsyaAllah kalau ikut diet Rasullullah ini, korang takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

1. Barli : Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma : Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin: Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur : Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu: Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis): Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu : Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan: Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun: Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima: Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka: Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air: Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.

Monday, 2 September 2013

Tatacara Temuduga Bahagian 1



Temuduga adalah satu proses dua hala antara penemuduga dan juga yang ditemuduga atau majikan dengan calon pekerja yang memohon sesuatu pekerjaan atau jawatan.

Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam aspek temuduga oleh calon yang ingin menghadiri temuduga yang diadakan. Semoga sedikit maklumat ini akan memberikan sedikit pengetahuan dan motivasi untuk berjaya nanti..

Sebelum temuduga:
  1.       Buat kajian tentang syarikat atau bidang yang dipohon
  2.       Berlatih untuk jawapan yang sesuai
  3.       Semak resume sebelum dibawa untuk temuduga
  4.       Buat pengesahan tempat, masa dan tarikh untuk temuduga
  5.       Penampilan diri yang kemas dan sesuai
  6.       Yakin dengan diri sendiri
  7.       Doa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan

Tips – tips temuduga:

  1.      Tiba awal ditempat temuduga
  2.      Berpakaian kemas
  3.      Bersopan dalam komunikasi
  4.      Jawab soalan dengan yakin
  5.      Sentiasa senyum dan kawal gerakan mata semasa temuduga
  6.      Jangan duduk selagi tidak disuruh
  7.      Ucapkan terima kasih
  8.      Jangan alihkan kerusi
  9.      Jangan goyangkan kaki
  10.      Jawab dengan jelas, tenang, terang
  11.      Jangan pandang mata penemuduga (pandang tengah, antara 2 mata)

Antara aspek Penilaian yang diberi perhatian oleh panel penemuduga adalah:

        Rupa paras: kekemasan dan cara berpakaian

Tingkahlaku: keyakinan, kewibawaan, motivasi, pembawaan, kecerdasan, dan pengetahuan

Jangan pakai baju hitam. Pakailah baju plain kosong

Insyallah saya akan kongsikan beberapa perkara berkaitan dengan aspek temuduga dalam entri yang akan datang. Insyallah...



Kutipan Derma