Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Catatan Akhir Latihan Amali 2013

Gambar ketika mula - mula menjalani LI di Unit Hasil 2013
Assalamualaikum dan Selamat Petang kepada semua yang masih lagi mengikuti perkembangan saya melalui blog ini. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..
Hari ini merupakan hari terakhir saya menjalani Latihan Amali di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh Kelantan. Selama kurang lebih dua bulan, bermula pada 2 September 2013 yang lalu dan telah berakhir pada hari ini. Memang kalau nak katakan, banyak kenangan pahit dan manis yang telah saya dapat semasa menjalani Latihan Amali di sini. Kenangan itu akan menjadi memori indah yang tak mungkin akan dapat dilupakan seumur hidup saya nanti.

Antara yang telah menjadi tulang belakang saya dan telah mengajar saya sepanjang menjalani LI ini adalah mereka yang berada dalam gambar diatas dan tak lupa juga kepada Pn Nazimah bt Abdullah atas bimbingan beliau untuk melatih saya bekerja di Unit Hasil selama 3 bulan ini. 
Di Unit Hasil ini, saya ditugaskan untuk memasukkan …

Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) UiTM 2013

Assalamualaikum dan Selamat Pagi kepada semua. Hari ini merupakan hari pengundian Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) UiTM seluruh Malaysia. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengundi dan memilih serta selamat bertugas kepada yang dipilih nanti.
Dalam kesempatan ini, saya kongsikan 4 orang calon JPP yang akan bertanding mewakili Fakulti masing - masing. Keempat - empat mereka merupakan sahabat dan rakan seperjuangan saya sewaktu memimpin Jawatankuasa Perwakilan Kolej Jasmine suatu masa dulu.


Beliau merupakan mantan Sekretariat Perhubungan Luar dan Antarabangsa JPK Jasmine


Beliau merupakan mantan Exco Kerohanian JPK Jasmine


Beliau merupakan mantan Exco Publisiti dan Multimedia JPK Jasmine

Beliau merupakan mantan Naib Yang Dipertua JPK Jasmine
Kebolehan dan kemahiran mereka dalam memimpin dan menjadi ahli JPK Jasmine suatu masa dulu memang terbukti baik. Tak perlulah saya huraikan disini kerana saya bukanlah pasukan kempen dan pemilih bagi pemilihan kal…

Bagaimana menjadi Imam?

Bagaimana untuk menjadi Imam dalam Solat?

Apa perkara yang perlu dititikberatkan oleh kita untuk menjadi seorang Imam yang terbaik?
Antara yang perlu diambil berat seperti:
1. Wajib menjaga Bacaan Wajib dalam solat. Takbiratul Ihram: Perlu dijaharkan/dinyatakan dengan jelas sebagai Imam.Bacaan Al Fatihah (Perlu dijaga 5 Perkara dalam bacaan Al Fatihah)1. Jangan tertukar huruf atau tertukar baris dengan sengaja. 2. Bacaan didengar secara betul oleh makmum (kuatkan suara untuk solat malam dan jumaat). 3. Jaga syaddah (sabdu) dalam Al Fatihah: ada 14 tempat dalam Al Fatihah. 4. Tertib. 5. Menambah huruf dengan sengaja dalam Bacaan Al Fatihah boleh membatalkan solat.
2. Bacaan Sunat Solat.
Imam perlu bezakan antara Solat Jahar (Solat Baca Kuat) dengan Solat Baca Perlahan 3. Berhenti sebentar selepas bacaan Al Fatihah (Saktah)

Terdapat empat tempat yang perlu diambil perhatian oleh Imam selepas bacaan Al Fatihah dengan berhenti sebentar selepas:

Takbiratul IhramSelepas Bacaan Al Fatihah ImamSelepa…

10 Amalan Tingkatkan Darjat

10 Amalan yang boleh dilakukan untuk meninggikan dan meningkatkan darjat kita disisi Allah s.w.t

1. Bersedeqah dengan apa yang paling disayang.

2. Bangun Malam ketika orang lain sedang tidur (Solat Malam).

3. Baca Al Quran (1 hari 200 ayat).

4. Duduk bersama Orang Soleh/Ulama' (Kelas Agama).

5. Menghubungi Kaum Kerabat (Ziarah Menziarahi).

6. Rajin - rajinkan tengok Orang Sakit.


Kenang dia sakit dan boleh mengubati sakitnya,Bagi memberi peringatan bahawa kita juga akan sakit suatu hari nanti.

7. Kurangkan bergaul dengan orang kaya yang gilakan dunia.

8. Banyakkan ingat Mati.


70 kali sehari

9. Kurangkan angan - angan.

10. Tawaddhuk (rendah diri).

Sumber: Kuliah Dato' Ismail Kamus
Masjid Jamek Ar-Rahmaniah, Kelang, Selangor.
Jumaat, 16 Disember 2011

UPSR & Konvokesyen: Antara Harapan dan Impian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ucapan tahniah kepada semua Pelajar UPSR yang telah mendapat keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah diumumkan. Tahniah juga ingin saya rakamkan kepada sahabat yang telah berjaya menjadi Graduan dalam Majlis Konvokesyen yang telah diadakan. Tahniah kerana anda telah menjadi seorang Graduan yang telah berjaya dalam pelajaran anda. Selamat berjuang kepada adik – adik yang sedang menjalani peperiksaan SPM. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang. Insyallah….
Pesanan buat insan tersayang….
Ibu Bapa
Insan yang paling banyak berkorban untuk kita dalam mencapai kejayaan yang ada ini pastinya adalah IBU BAPA kita. Pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan doa yang dipanjatkan oleh mereka ke hadrat Ilahi untuk melihat kita semua berjaya memang tidak dapat dibalas walau dengan segunung emas atau intan permata. Apa yang paling mereka harapkan adalah anaknya berjaya dalam kehidupan. Taatilah mereka sementara mereka masih ada. Kepada ya…

Wacana Ummah 2013: Suatu Pandangan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang masih mengikuti perkembangan blog ini. Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sebelum terlupa, Selamat Menyambut Maal Hijrah buat semua rakan yang mengenali mahupun yang tidak mengenali diri ini.
Hari ini saya ingin kongsikan berkenaan Wacana Ummah yang telah berlangsung di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh, Kelantan pada 1 November 2013 yang lalu. Program kerjasama dari Ngo - Ngo yang prihatin akan nasib ummah terutama di Mesir, Syria dan Palestin. Panel yang dijemput khas untuk membincangkan perkara ini memang seorang ahli dalam bidang analisis politik antarabangsa iaitu Dr Maszlee Malik, Ahli Akademik Politik Warga UIAM.

Ada beberapa  isi ceramah yang menarik yang telah disampaikan oleh Dr Maslee Malik yang boleh dijadikan panduan kepada kita semua. Semoga bermanfaat...
1. Banyak kesan buruk yang terjadi akibat daripada penggulingan Presiden Sah Mesir. Antaranya adalah Penutupan Sempadan Rafah yang telah ditutup semenjak …

Hudud di Brunei: Malaysia? Apa Citer.....

Negara Brunei Darussalam melakar sejarah apabila menggazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syari’ah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud mulai semalam, lapor poral berita rasmi Kerajaan Brunei, Pelita Brunei.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas 22 Oktober lalu.
“Dengan izin Allah juga, Akta Perintah itu mula digazetkan hari in, 22 Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa”
“Undang – undang Allah disyari’atkan, bukanlah untuk kepentinganNya sendiri. Allah sama sekali tidak mempunyai apa – apa hajat kerana Dia sendiri adalah Maha Sempurna. Yang berhajat itu ialah kita, para hamba, termasuk hajat untuk menikmati keadilan dan kesejahteraan”, titah baginda.
Baginda juga berharap agar rakyat dan penduduk Brunei sama – sama berdiri teguh dan berganding bahu dalam mendukung dan mengalu – alukan kelahiran Akta yang bersejarah ini.
Sepe…