Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Krisis Mesir: Sebuah Catatan Peribadi

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke 7 Umat Islam diseluruh dunia berpuasa. Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat seluruh Umat Islam di seluruh dunia yang menyambut ketibaan Tetamu Agung ini. Semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan mendapat pahala yang penuh dari Allah s.w.t nanti Insyallah.
Hari ini terasa nak kongsikan pandangan peribadi dengan rakan sekalian berkenaan dengan krisis yang melanda Mesir yang telah bermula pada malam 3 Julai 2013 yang lalu yang menyaksikan Presiden Sah Mesir, Dr Mohammed Morsi yang telah dipilih secara sah oleh rakyat Mesir dalam Pilihanraya Mesir telah digulingkan oleh tentera negaranya sendiri. Saya membaca beberapa kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pemimpin - pemimpin Islam dalam negara ini yang mengeluarkan pendapat masing - masing berkenaan dengan isu yang melanda Mesir ini. Saya bukanlah orang yang terbaik untuk mengulas isu ini kerana kekurangan fakta dan juga …

Surat Terbuka kepada PMH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua penggerak dan keluarga saya sekalian. Semoga masih berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Surat Terbuka  ini saya tujukan kepada Majlis Tertinggi, Exco PMH dan Penggerak PMH sekalian.
Mukadimah
Surat ini adalah lanjutan penjelasan secara bertulis cadangan yang saya kemukakan pada Mesyuarat Perdana PMH yang telah diadakan pada yang lalu. Oleh sebab masa yang mesyuarat yang agak lewat habis dan penjelasan lanjut tidak dapat saya bentangkan, saya mengambil keputusan untuk memberi penjelasan secara bertulis tentang cadangan yang telah saya kemukakan dahulu.
Untuk makluman semua, surat ini adalah cadangan daripada diri saya sendiri berdasarkan kepada pengalaman dan penglibatan selama lebih kurang 1 tahun setengah dalam PMH dan juga melalui pandangan saya sendiri. Ini adalah sekadar pandangan peribadi saya sahaja. Saya berharap agar segala apa yang dicoretkan di sini diambil serius dan dikaji secara mendalam apa yang saya tuliskan.
Sa…

Countdown to Ramadhan

Alhamdulillah, tidak berapa lama lagi, Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan tetamu agung Ramadhan Al Mubarak yang merupakan  suatu bentuk tarbiyah khas yang wajib dilalui oleh seluruh Umat Islam selama sebulan yang telah di rangka khusus oleh Allah s.w.t agar kita menjadi umat yang bertaqwa kepada Nya nanti.
Di kesempatan ini, saya ingin kongsikan beberapa perkara yang berkait rapat dengan Ibadat Puasa ini. Semoga memberi manfaat buat semua pembaca. Insyallah.
Definisi Puasa
Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri manakala puasa dari segi istilah syara’ pula bermaksud menahan diri dari segala sesuatu yang dapat membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai matahari terbenam dengan disertai dengan niat.
Jenis – jenis Puasa
Puasa Wajib seperti puasa Ramadhan, puasa NazarPuasa Sunat seperti puasa Isnin KhamisPuasa Haram seperti puasa Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha
Rukun Puasa
Niat pada malamnyaMenahan diri dari segala hal yang boleh membatalkan puasa bermula dari terb…

MUNAJAT PEMBEBASAN UMMAH 2013

Alhamdulillah, saya dan beberapa orang sahabat yang sempat menghadiri Program Munajat Pembebasan Ummah yangtelah diadakan pada Ahad, 30 Jun 2013 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam.

Program yang diadakan oleh Muslim Care Malaysia dengan kerjasama pelbagai NGO yang membantu Palestin dihadiri oleh:
Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Abdul Awang, Ahli Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al Quds Antarabangsa. 
Abdal Ghania I Yasin, Anak Kepada As Syahid Sheikh Ahmad Yasin.
Abdaallatif A M Rayyan, adik kepada As Syahid Dr Nizar A M Rayyan.
Ahmed Abu Ayesh Alnajjar, Pengarah Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin.
Program dimulakan dengan Ucapan daripada NGO - NGO yang terlibat. Antara yang memberikan ucapan termasuklah:

                               Ucapan YB Ustaz Salehin Mukhyi, EXCO Agama Selangor

Ucapan daripada Abdaallatif A M Rayyan 


Ucapan daripada Ahmed Abu Ayesh Al Najjar


Ucapan daripada anak Ahamd Yasin


Ucapan perasmian dan pelancaran PA…