Kerana Aku Orang Kelantan?

Setiap negeri yang berada dalam Malaysia mempunyai keunikan dan kelebihan masing - masing. Bukan sahaja setiap negeri dengan negeri yang lain, malahan setiap daerah dalam negeri pun ada mempunyai perbezaan dan keunikan masing - masing. Samalah juga dengan Negeri Kelantan yang semua sedia maklum bahawa Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang ini, mempunyai seribu satu keunikan yang tersendiri yang saya pasti semua sudah maklum akan hal ini.

Cuma, untuk entri kali ini, Insyallah saya akan nukilkan beberapa perbezaan atau keunikan yang ada di negeri ini yang berbeza dengan negeri lain. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja. Mungkin pandangan pembaca tidak sama dengan saya. Dan mungkin ada perkara yang tidak disentuh dalam tulisan kali ini.

Laras Bahasa / Loghat Yang Berbeza

Antara keunikan yang paling ketara bagi kami ore kelate adalah berbeza bahasa pertuturan dengan negeri lain. Saya ada ramai kawan dari negeri - negeri luar Kelantan, bukan rakyat tempatan sahaja. Kebanyakan mereka tidak beberapa faham dengan "loghat Kelate" kalau dituturkan dengan laju. Kalau cakap laju - laju menggunakan dialek Kelate yang pekat dan likat, mereka yang mendengar pun pasti terlopong..tak faham apa bende pun...

Sebab tu, masa belajar di UiTM dulu, saya selalu nasihatkan kepada rakan - rakan senegeri agar cakap dalam bahasa KL untuk memudahkan pemahaman rakan dari negeri lain semasa berkomunikasi.

Kalau tak, macam itik cakap dengan ayam lah jawabnya...

Makanan Yang Serba Manis

Semua tahu bahawa masakan dan kuih muih di Kelantan semuanya manis - manis belaka. Tidak dapat dinafikan hakikat ini. Dan pelbagai jenis makanan serta kuih muih yang boleh didapati di Kelantan dengan harga yang murah berbanding dengan negeri lain.

Majoriti Melayu

Kalau diikutkan dalam Pilihanraya ke 13 (PRU 13) yang lalu, komposisi pemilih bagi kaum Melayu di Kelantan adalah sebanyak 94.46% atau 853,609 orang. Kelantan adalah antara negeri yang mempunyai penduduk Melayu antara yang teramai di Malaysia..

# Keunikan Kelantan
# I Love Kelantan
# Anak Kelate

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan