Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Penternakan Ayam Kampung

Up entri satuuuu.... Lama tak menulis dalam blog ini...
Alhamdulillah...
Ini adalah projek terbaharu saya iaitu Penternakan Ayam Kampung yang insyallah sudah bermula minggu lepas dan akan diteruskan lagi. Dalam proses untuk menyiapkan reban ayam kampung yang lebih besar dan selesa untuk menempatkan puluhan ayam lagi yang akan dibeli nanti. Insyallah... 
Alhamdulillah, reban ayam baru yang dibina oleh ayah saya sudah 90% siap.
Masih menanti untuk lengkapkan bahagian pintu dan finishing. Sudah siap semua, nanti boleh digunakan.
Sekaran ni, saya mencari kursus berkaitan dengan penternakan ayam kampung ini yang dianjurkan oleh pihak - pihak berkaitan. Kalau siapa - siapa ada maklumat, boleh kongsikan bagaimana nak pelihara ayam kampung ini.
Terima Kasih...

Mesyuarat: Jadikan IQ Rendah???

Penulis "ditag" oleh seorang kawan di facebook tentang Mesyuarat boleh Merendahkan Kadar IQ. Di sertakan juga satu keratan akhbar tentang kajian yang dibuat oleh Virginia Tech Crilion Research yang mengatakan bahawan mesyuarat boleh melemahkan IQ. Saya tidak menolak yang perkara ini boleh berlaku dan juga sebaliknya.
Boleh dipertikaikan cara kajian yang dilakukan oleh institut ini yang mungkin tidak mengambil kira beberapa aspek yang menjadi keutamaan dalam pengendalian sesuatu mesyuarat. Kekerapan mesyuarat, masa dan cara mengendalikan mesyuarat antara aspek yang perlu diambil berat.
Dalam Al Quran sendiri, dianjurkan untuk bermesyuarat sesama kita agar keputusan yang diambil itu lebih baik dan kolektif. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al Syura, ayat 38 yang bermaksud:
"Dan juga orang - orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan solat dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara mesyuarat bermesyuarat sesama mereka dan mereka pu…