Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Jemput Pisang Bakar

Hari ni rasa nak update entri pasal masakan pulak. Sebab tak ada lagi entri lain yang hendak dipostkan dalam blog ini buat masa sekarang. Yang ni pun ok lah rasanya bagi mengelakkan blog ini dari bersawang sebab lama tak update. 
Resepi kali ini sebenarnya Jemput Pisang atau Cekodok Pisang. Kebiasaannya saya goreng je Cekodok ni. Tapi, kali ni nak buat kelainan sikit. Bakar dengan daun pisang. 
Alkisahnya, ada tengok rancangan masakan di TV1 baru - baru ni. Tak ingat apa nama resepinya. Tapi, bahan - bahan yang digunakan dan proses sama dengan apa yang saya buat lah..
Bahan - bahan:
Pisang yang dilecek halus (tidak kisah jenis pisang dan kuantiti ikut suka)Tepung gandum (secukupnya)GulaGaramDaun Pisang Muda (lap dengan tisu atau kain basah)
Cara - cara membuatnya:
1. Lecekkan pisang sehingga halus2. Masukkan garam dan gula secukup rasa3. Masukkan tepung gandum4. Gaulkan bersama sehingga sebati5. Ambil daun pisang dan letakkan adunan pisang dalam satu sudu besar6. Bakar sehingga masak atau s…