Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Kuliah Maghrib UAI

Imej
Tanggal 24 Januari 2013 yang lalu menyaksikan puluhan ribu orang berkumpul di Masjid Ibrahimi, Bandar Pasir Puteh untuk mendengar kuliah maghrib daripada Ustaz Azhar Idrus serta menderma bagi menyiapkan Madrasah Tahfiz Masjid Ibrahimi yang terletak di perkarangan masjid yang memerlukan belanja lebih kurang RM 300,000 untuk disiapkan. Saya, Ibu, Ibu Saudara dan adik saya tidak melepaskan peluang untuk bersama – sama dalam majlis tersebut. Memang sesak…Penuh masjid, perkarangan masjid pun penuh. Kalau saya boleh anggarkan, memang tak boleh nak anggarkan sebab saya ada kat dalam masjid. Hebat. Ini kali kedua Ustaz Azhar Idrus datang ke Masjid Ibrahimi. Usai Solat Maghrib berjamaah, semua jemaah menunggu kehadiran UAI. Saya pun tak terkecuali. Sebelah saya ada saudara sedang main handset Samsung dia. Memang tergugat rasa diri ini. Nak beli jugak. Ha3….    Mengikut sumber dari Facebook Ustaz Azhar idrus, kahadiran dianggarkan seramai 25,000 orang dengan

Laut…..

Imej
Laut….. Hari ini aku hadir di sisimu Laut… mengintai damaimu Merasai kedinginanmu… Terimalah cemar kaki ini Hari ini, esok Atau mungkin untuk  selamanya Dodoikan aku …wahai ombak Hangatkan aku…wahai pantai Berikan aku ketenangan Damaikan aku seketika Untuk mencari penawar duka Terima kasih atas izinmu…. Untuk aku beradu Di halus butir pasirmu…

Khaled: Mahasiswa perlu bijak pilih aktiviti luar - Nasional - Sinar Harian

Imej
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin   KUANTAN - Golongan mahasiswa perlu bijak dan matang dalam membuat keputusan berhubung kegiatan luar yang ingin disertai, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.    Beliau berkata walaupun mereka bebas membuat pilihan, keutamaan dan tumpuan perlu diberi kepada pelajaran terutama pada musim peperiksaan.    "Mahasiswa digalak menyertai program khidmat masyarakat terutama dalam membantu mereka yang menghadapi musibah kerana program-program seumpama itu boleh membentuk sahsiah diri pelajar yang menyertainya," katanya.    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan bantuan kepada

Sonamu: Rakyat Kelantan jangan panik

Imej
Salmah Mat Husain, 08 Jan 2013                  KOTA BHARU: Masyarakat Kelantan diminta bertenang serta tidak panik berhubung penyebaran ribut tropika Sonamu. Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, belum menerima sebarang kenyataan berhubung perkara itu apa lagi meminta masyarakat membuat persediaan keselamatan. Pengerusinya, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, ketika memberitahu media berkata, belau sendiri telah menghubungi pihak Jabatan Meteorologi Kelantan untuk bertanyakan berhubung perkara itu. Beliau juga turut mengingatkan masyarakat Kelantan supaya tidak mengambil ‘maklumat’ dari pihak luar, sebaliknya melalui stesen radio atau alat sebaran yang sah. “Jabatan metereologi hanya meramalkan sahaja, bukan sesuatu perkara yang pasti, kita kena faham,” ujarnya. Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya ia berlaku, pihak MKN telah mempunyai kaedahnya untuk menangani masaalah itu. “Jadi

Dakwah Islam

Imej
Daripada Abu Said al Khudri r.a, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mencegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan itulah selemah lemah iman.  Hadis Riwayat Sahih Muslim. MENCEGAH KEMUNGKARAN DENGAN TANGAN Maksud: Mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing - masing. Contohnya:  IbuBapa mencegah dan melarang kemungkaran yang dilakukan oleh anak - anaknya Guru menegur perkara mungkar yang dilakukan oleh anak - anak muridnya Pemerintah menegur kemungkaran yang dilakukan oleh rakyatnya MENCEGAH KEMUNGKARAN DENGAN LIDAH Maksud: Memberi nasihat dan bimbingan yang baik kepada orang yang melakukan perkara yang tidak baik MENCEGAH KEMUNGKARAN DENGAN HATI Maksud: Membenci sesuatu kemungkaran yang

Semuanya sudah selesai...

Imej
Gambar masa di Melaka, Semester 2 Assalamualaikum dan Selamat Pagi diucapkan buat semua penonton dan pembaca blog ini. Semoga dirahmati Allah selalu. Alhamdulillah, setelah berhempas pulas dalam semester ini, hari ini tibalah hari yang amat bermakna buat saya dan rakan - rakan yang lain sebab dah habis semester 5. Maknanya, kami masih lagi berbaki 2 semester. 1 Semester pengajian dan satu semester praktikal. Memang banyak suka duka yang dilalui sepanjang berada dalam semester 5 ini. Rasanya biarlah pengalaman dan suka duka itu menjadi kenangan sahaja. Selesai juga final exam untuk IMR 605, yang telah berlangsung pada 5 Jan 2013 yang lalu dan semalam 8 Jan 2013 telah selesai juga final exam IMS 552. Alhamdulillah. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang buat semua rakan saya. "Jalan kejayaan memang susah. berbatu batu dan berliku liku barulah kita akan temui penghujung kejayaan. Jalanlah dengan selamat agar suatu masa nanti kita akan menemui simpang kejayaan. Insyalla

Pahang 3-2 Johor Darul Takzim | Liga Super 2013 - Gol R Surendren

Imej
Sumber: Sokernet.com

140,000 Banjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam Sambut Tahun Baru

Imej
SHAH ALAM, 1 JAN: Lebih 140,000 orang dari pelbagai lapisan usia hadir membanjiri Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi memeriahkan Program Jom Santai Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Negeri sempena ambang 2013 di sini malam tadi. Program GeMS – Generasi Idaman Selangor, itu diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Ia ternyata mendapat sambutan hebat dan ia memberi nafas baru kepada penganjuran majlis. Terdahulu, program terbabit berlangsung selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Disember dengan pelbagai program menarik termasuk Karnival Pendidikan Selangor- EduSEL Fair 2012. Selain itu, turut diadakan ceramah santai yang bertajuk SPIES membentuk masyarakat sejahtera yang menampilkan Dr Ruziah Ghazali, Ustaz Shukri Yunus dan Ustaz Fauzi Mustafa. Forum Jom Bercinta yang membariskan panel Ustazah Fatimah Syarha dan pelakon, Shamsul Ghau-Ghau dan ceramah ilmuan bersama Ustaz Datuk Ismail Kamus. Manakala, sambutan kemuncaknya

Ustaz Azhar Idrus Kemeriahan Countdown 2013

Imej
Doa Penutup oleh Ustaz Azhar Idrus