Novel Sampaikan Salamku...

Cover page novel

Lama sungguh rasanya tak menulis dalam blog ini. Al maklumlah sibuk dengan "pelbagai urusan dunia" yang tidak akan pernah habis selagi kita belum "menutup mata". Alhamdulillah masih lagi diberikan kesihatan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan hari - hari mendatang dan semoga sempat bertemu dengan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi. Insyallah...

Hari ini saya nak promosikan sebuah novel nukilan sahabat saya di UiTM Puncak Perdana. Novel "Sampaikan Salamku" ini ditulis oleh MOHAMMAD FAKHRULRAZI B. MOHD FADIL atau nama panggilannya Reza Al Razi. Khabarnya novel terbitan JemariSeni ini sudah berada dipasaran. Dapatkan segera novel Sulung karangan Reza Al Razi ini.

Beliau merupakan seorang sahabat saya di Fakulti Pengurusan Maklumat dulu. Kami bersama - sama dalam Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) selama beberapa semester. Orangnya yang nampak agak pendiam tetapi bila berbicara, pelbagai butir mutiara yang dikongsikan bersama sahabat yang lain.

Soal menulis novel ni, memang saya pun ada cita - cita nak menulis sebuah novel atau buku motivasi sendiri. Entah bila akan dimulakan impian ini. Kata orang, nak tulis novel ni kena ada imaginasi dan fokus yang tinggi baru boleh hasilkan novel yang berkualiti tinggi. Kalau tulis dua tiga baris lepas tu tinggal, memang tak siap lah novel tu. Lagi satu, nak tulis novel ini memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. Hermmmm.....

Insyallah satu hari nanti ada impian untuk menulis. Mungkin bukan hari ini....

Apa pun, dapatkan novel Sampaikan Salamku dipasaran sekarang!!!

Sumber : Jemari Seni

Cerita JS

Bab Awal Novel

Ulasan

  1. Terima kasih Syawal tolong promote.. hehe.. Nak menulis ni bukan senang, tapi tak mustahil. Cuba perlahan-lahan dan banyakkan membaca karya penulis lain untuk panduan.. Dari situ boleh belajar macam mana nak buat ayat & macam mana nak kembangkan idea.. Moga dipermudahkan.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan