Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Latihan Industri 2013

Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan ke 56 bagi semua rakan tak kira dimana sahaja anda berada. Semoga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.

Tak lupa nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 56 bagi Malaysia. Semoga kemerdekaan sebenar akan kita kecapi suatu hari nanti...

Saya dan rakan - rakan yang lain akan menghadapai Latihan Industri (LI) di organisasi yang telah membenarkan kami menjalankan LI disana. Alhamdulillah, semuanya telah berjalan lancar dengan kami sudah mendapat pengesahan persetujuan daripada organisasi yang terlibat yang membenarkan kami menjalankan LI disana melalui pertolongan pensyarah - pensyarah kami selaku Koordinator bagi LI pada kali ini.

Bagi batch saya, Record Management, ini merupakan LI yang pertama kali dijalankan bagi pelajar jurusan Record Management. Kami merupakan pioneer bagi LI ini. Kalau sebelum ini tiada, kamilah kumpulan perintis kepada program ini. Bagi saya, program ini amatlah baik kepada pelajar kerana memberikan kami p…

Memutuskan Hubungan Dengan Saudara Muslim

Antara langkah Syaitan untuk menggoda dan menjerumuskan manusia adalah dengan memutuskan tali hubungan antara sesama umat islam.
Anehnya, banyak yang terpedaya dengan ajakan Syaitan tersebut. Mereka tidak menegur saudara seislam mereka tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara’. Contohnya kerana harta, atau masalah lain yang tidak dibenarkan syara’.
Kadang kala, hubungan yang diputuskan itu boleh berjangkau berbulan – bulan, malahan bertahun – tahun. Bahkan ada yang bersumpah tidak akan menegur ajak berbicara dengannya sampai bila – bila. Jika terserempak di jalanan, dia segera memalingkan muka daripada rakan yang dimusuhinya dan tidak menghiraukannya.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidak halal seorang muslim memutuskan hubungan dengan saudara (sesama muslim) lebih dari 3 hari. Barangsiapa yang memutuskan lebih dari 3 hari, maka ia masuk neraka”.
Abu Khirasy Aslami berkata, Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa memutuskan hubungan dengan saudaranya selama setahun, maka i…

10 Perkara atau Perbuatan Yang Sia - Sia

Kali ini, marilah kita membicarakan tentang apakah perkara yang sia – sia yang ada dalam hidup kita seharian. Semoga dengan perkongsian ini, kita dapat menghindarkan perkara – perkara tersebut dalam hidup kita seharian. Insyallah….
Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:- Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyyatul masjid.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat …

Petua Imam Syafie

EMPAT PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan

Memakan dagingMemakai harumanKerap mandiBerpakaian daripada kapas Empat perkara melemahkan badan
Banyak berkelamin (bersetubuh)Selalu cemasBanyak minum air ketika makanBanyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata Duduk menghadap kiblatBercelak sebelum tidurMemandang yang hijauBerpakaian bersih Empat perkara merosakkan mata
Memandang najisMelihat orang yang dibunuhMelihat kemaluanMembelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran Tidak banyak berbual kosongRajin bersugi (gosok gigi)Bercakap dengan orang yang solehBergaul dengan para ulama’ EMPAT CARA TIDUR

TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumiTIDUR PARA ULAMA’ DAN AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malamTIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakanTIDUR SYAITANMenelengkup/ bertiarap seperti tidurnya ahli neraka

Isu Wang Hantaran Mahal

Beberapa hari yang lalu, atau lebih tepat lagi pada 10 Ogos 2013 yang lalu dalam akhbar Kosmo! Memaparkan tajuk “ Ramai membujang lantaran hantaran mahal” di muka hadapan akhbar tersebut. Kalau tidak silap saya, isu hantaran mahal ini sudah ditimbulkan dalam tahun 2012 tentang rungutan masyarakat mengenai hantaran kahwin yang mahal.
Hal ini semacam menjadi trend dalam kalangan masyarakat Melayu pada masa sekarang. Mereka lebih cenderung untuk meletakkan nilai hantaran yang tinggi bagi lelaki yang ingin mengahwini anak gadis mereka.
Manakan tidak, nilai wang hantaran diletakkan mengikut taraf pendidikan atau kelulusan dari universiti (lihat gambar).

Mungkin ini merupakan salah satu amalan yang menjadi ikutan bagi masyarakat di Malaysia. Mungkin juga perkara ini untuk menunjuk – nunjuk dan duit hantaran itu mungkin digunakan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang bersifat mewah dan eksklusif. Bukankan wang hantaran yang yang tinggi yang dikenakan kepada pihak lelaki akan menyebabkan mere…

Sebab Turunnya Bala

BILA AKAN TURUNNYA BALA DARIPADA ALLAH SWT????

Bersabda Rasulullah s.a.w antara lain maksudnya:"Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang - wenangnya melakukan 15 perkara ini:
1.Apabila kekuasaan dianggap keuntungan 2.Amanat dianggap ghanimah 3.Membayar zakat dianggap merugikan 4.Suami tunduk pada isterinya 5.Derhaka terhadap ibu 6.Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran 7.Menbenci ayah 8.Bersuara keras (menjerit jerit) di masjid 9.Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya 10.Orang ditakuti (dihormati) kerana kejahatannya 11.Minum arak berleluasa 12.Semakin ramai(lelaki) memakai sutera 13.Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa 14.Permainan muzik merata rata 15.Umat akhir zaman ini sewenang wenangnya mengutuk umat umat permulaan termasuk para sahabat Nabi s.a.w,tabi'in dan para imam muktabar
Maka ketika itu akan turunlah azab berupa angin merah,atau gempa,runtuhan atau kemusnahan" Hadis riwayat Altirmidzi dari Syaidina Ali r.a

T…