Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) UiTM 2013
Assalamualaikum dan Selamat Pagi kepada semua. Hari ini merupakan hari pengundian Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) UiTM seluruh Malaysia. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengundi dan memilih serta selamat bertugas kepada yang dipilih nanti. Dalam kesempatan ini, saya kongsikan 4 orang calon JPP yang akan bertanding mewakili Fakulti masing - masing. Keempat - empat mereka merupakan sahabat dan rakan seperjuangan saya sewaktu memimpin Jawatankuasa Perwakilan Kolej Jasmine suatu masa dulu. Beliau merupakan mantan Sekretariat Perhubungan Luar dan Antarabangsa JPK Jasmine Beliau merupakan mantan Exco Kerohanian JPK Jasmine Beliau merupakan mantan Exco Publisiti dan Multimedia JPK Jasmine Beliau merupakan mantan Naib Yang Dipertua JPK Jasmine Kebolehan dan kemahiran mereka dalam memimpin dan menjadi ahli JPK Jasmine suatu masa dulu memang terbukti baik. Tak perlulah saya huraikan disini kerana say...