Thursday, 31 October 2013

Wednesday, 30 October 2013

PT oh PT: Nak ke Tak Nak?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan yang masih mengikuti perkembangan saya melalui blog ini. Semoga anda semua masih berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya...

Hari ini nak kongsikan cerita berkenaan dengan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)..

Sekarang ini saya dan rakan - rakan yang lain masih lagi dalam tempoh Latihan Industri selama 3 bulan dan masih lagi berbaki lebih kurang 1 bulan sahaja lagi. Masalah mula timbul bila batch saya merupakan pioneer kepada Latihan Amali selama 3 bulan ini. Masalahnya, PTPTN tidak ditawarkan kepada batch kami untuk semester 7 (Semester Latihan Amali) ini. Adalah perkara yang menjadi persoalan dan masalahnya. Tetapi eloklah ianya disimpan dalam diri saya sahaja..Tidak perlu diperbesarkan....

Ekoran masalah itu, kami semua mengambil keputusan untuk menjalani LI di kawasan masing - masing sebab kalau nak pilih di Selangor, kos agak tinggi dengan kebanyakan organisasi tidak memberikan sebarang elaun LI. Sebab itulah, tempat sendiri menjadi pilihan kami bagi mengurangkan kos perbelanjaan kami.

Isu PTPTN ini timbul awal September 2013 yang lalu. Tak nak cari salah siapa.

Saya dimaklumkan oleh rakan saya semalam bahawa PTPTN akan memberikan pinjaman tambahan untuk semester ini. Sejak dari dahulu, saya memang tak nak ambik duit ni. Memang duit diperlukan sekarang dengan kenaikan kos perbelanjaan harian ditambah pula dengan kami perlu hasilkan report LI dan Case Study nanti. Kena pergi Shah Alam lagi....Memang banyak perbelanjaan akan diperlukan....

Saya bukan tak nak ambik. Kalau diikutkan, memang nak ambik je...Tetapi bila memikirkan jumlah Pinjaman yang bakal bertambah, saya rasa tak nak ambil. Biarlah dengan duit yang ada sahaja, insyallah dapat menampung perbelanjaan saya.

Yang nak ambil, silakan...Saya hanya memberikan pandangan peribadi :)


Amalkan jimat cermat, Insyallah cukup.....

Monday, 21 October 2013

Soft Skills VS Academic Qualification



Employers Rank Soft Skills Above Academics

Posted on Sep 24, 2013 | Comments Off

KUALA LUMPUR, 23 September 2013- According to a recent JobStreet.com survey, employers are increasingly looking beyond academic results when it comes to hiring fresh graduates. The number one deciding factor is good interpersonal and communication skills, followed by a good command of English and the right salary expectation.

Over 85 per cent of the employers surveyed are looking at hiring fresh graduates as they can be easily trained and are quick to adapt to a company’s culture. The other 14 per cent believe fresh graduates lack the necessary experience, maturity and communication skills required for the job.

Every year about 180,000 students graduate from institutions of higher learning. There’s always been a gap between employers’ expectations of graduates and the quality of graduates produced. Nearly 70 per cent of employers think the level of quality among fresh graduates is only average. They said it’s not due to lack of academic qualification, but because of their bad attitudes or poor communication skills shown during interviews and/or at work. Here are the top five reasons for fresh graduate unemployment:

Top Reasons for Fresh Graduates Unemployment


Workplaces today are more complex and globalized, with managers expecting their staff to get up to speed much faster than in the past. Job candidates were shown to be lacking the most in written and oral communication skills, adaptability, multitasking, making decisions and problem solving.  Sadly, these are many of the skills employers need most.

“The work place, universities and society should work closely to narrow the gap of these expectations. Apart from universities needing to create more well-rounded graduates, graduates should also create opportunities for themselves to have proper career planning and seek to constantly improve their skills. Employers too need to step up and be more innovative in helping these young employees learn to resolve specific business problems,” said Ms. Chook Yuh Yng, country manager of JobStreet.com.

On the bright side, employers do not discriminate against graduates based on their educational background. A high 64 per cent indicated they don’t have any preference when it comes to hiring a graduate from a public university, private university or foreign university.

From: JobStreet.com

Monday, 14 October 2013

Teka Teki Ustaz Saibon Ismail



Teka Teki Ustaz Saibon Ismail 

Satu rombongan akan untuk membina sebuah resort di Pulau Perhentian akan bertolak ke sana minggu hadapan selama seminggu. Anda sebagai Pemandu Bot perlu membawa semua ahli rombongan ke sana dengan selamat. Namun, hanya enam orang sahaja yang boleh dimuatkan dalam bot anda sedangkan ahli rombongan seramai tujuh orang yang disenaraikan untuk dibawa ke sana. Ahli rombongan tersebut terdiri daripada:

1. Pemandu Bot: Anda
2. Jurutera
3. Tukang Masak
4. Doktor
5. Kontraktor projek
6. Mekanik
7. Ustaz

Sebagai Pemandu Bot, anda perlu membuat pilihan seorang yang akan anda tinggalkan daripada mengikut rombongan tersebut. Sila buat pilihan anda…….


Jawapan Teka Teki Ustaz Saibon Ismail

Teka teki ini hendaklah dilihat dalam makna yang tersirat, dan bukannya maknya yang tersurat sahaja….

Ada yang menjawab bahawa akan meninggalkan bot untuk ke destinasi yang ingin dituju. Mana mungkin kita meninggalkan kehidupan didunia ini untuk mencapai kebahagiaan di akhirat. Hal ini kerana dunia ini merupakan tempat kita melakukan segala pekerjaan yang boleh menyampaikan kita disyurga nanti. Bukankah dalam doa yang selalu dibaca kita meminta kepada Tuhan bahawa berilah kehidupan kita di dunia ini baik dan di akhirat juga baik.

Ada yang menjawab akan meninggalkan diri sendiri. Mana boleh kita meninggalkan diri sendiri dalam pelayaran kehidupan ini. Ini bermakna anda semacam tidak kisah dengan diri sendiri. Ibarat apa nak jadi, jadilah…

Makna yang ingin disampaikan dalam teka teki ini adalah kebanyakan manusia hari ini akan meninggalkan AGAMA dalam kehidupan mereka. Hal ini dijawab oleh jemaah yang menghadiri Kuliah Ustaz Saibon dahulu bahawa yang akan ditinggalkan adalah USTAZ dalam pelayaran itu.

Kalau kita lihat dengan sepintas lalu, memang benar agama sudah dikesampingkan dalam kehidupan sesetengah masyarakat kita hari ini. Mana tidaknya, agama hanya akan dipakai atau digunakan dalam tiga perkara sahaja iaitu ketika kecil diazankan dan diiqamatkan bayi, masa ingin berkahwin dan masa meninggal dunia agamalah yang akan dicari dan ustaz atau imam inilah yang akan dicari.

Nasihat ini ditujukan buat diri sendiri dan semua sahabat yang mengenali diri ini. Marilah kita bersama – sama bermuhasabah dalam memperbaiki hidup kita dalam kesempatan yang masih ada. Mohon maaf jika ada yang terasa.


Salam Aidil Adha buat semua…. 

Tuesday, 8 October 2013

Suka Duka Latihan Amali 2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang maasih mengenali diri ini. Semoga berada dalam keadaan sihat selalu hendaknya....

Dah lama tak update entri dalam blog ni. Maklumlah, masih dalam Latihan Amali yang sudah masuk minggu ke 6 dah. Tak boleh selalu nak online dan update blog ni, kadang kala boleh lah luangkan sedikit masa untuk update status kat facebook dan blog ni.

Saya sekarang sedang mengikuti Latihan Amali di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, Kelantan di Unit Hasil. Sebelum ini, semasa melapor diri untuk menjalani LI disini pada 2 September 2013, saya ditempatkan di Unit Pentadbiran PTJPP. Dah 2 hari berada disana, saya ditempatkan di Unit Hasil sehingga kini. Alhamdulillah....

Banyak yang dapat dipelajari semasa berada di unit ini. Saya ditugaskan untuk menyemak maklumat dalam file dengan yang ada dalam Sistem SPHT (Sistem Pungutan Hasil Tahunan) bersama dengan rakan saya, Izlan Kharfi Rashid. 

Selain itu, kadang kala juga saya berpeluang untuk bekerja di kaunter Terimaan Hasil dan di Kaunter Meteri Setem. Memang banyak perkara baru yang dipelajari disini walaupun sebelum ini saya tidak pernah terlibat secara langsung dan tidak pernah ambil tahu mengenai perkara ini. Maklumlah, kita kan bidang Pengurusan Rekod. tapi, ada perkaitan dengan apa yang saya belajar dulu.

Di sini, saya belajar "how to deal with customers". Memang banyak ragam pelanggan yang saya temui semasa berada disini. Ada yang tanya perkara yang diluar pengetahuan kita, ada yang nak cepat dan macam - macam lagi. Apa nak buat, kena hadapilah semuanya.

Inilah realiti sebenar yang perlu dihadapi dalam dunia pekerjaan ini. 

Di sini, saya amalkan sikap suka bertanya dengan staff di sini. Maklumlah, kita baru budak praktikal. Banyak yang perlu dipelajari dalam usaha mempersiapkan diri untuk menghadapi alam pekerjaan kelak.

Semoga kami semua berjaya dalam LI ini. Insyallah...

Gambar Sambutan Hari Raya Unit Hasil pada 4 September 2013 yang lalu...





Majlis Perpisahan Faiz pada 2 Oktober 2013 yang lalu...



Kredit: Kak Lini

Kutipan Derma