Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Tazkirah Ringkas: Cara Kenal Orang Beragama

Cara Kenal Orang Beragama. Lihatlah pada 4 tempat:
1. Lihat Bila Marah: Bila marah, tak keterlaluan.
2. Lihat Waktu Sedih: Bersabar dengan dugaan.
3. Lihat Waktu Sakit: Tak merungut dengan kesakitan.
4. Lihat Waktu Miskin/Susah: Boleh bersedekah atau tidak.
Oleh: Ustaz Muhamad Fawwaz Mohamad Jan
# Sekadar Perkongsian Bersama.# Mohon Teguran Jika Ada Kesilapan.# Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari).

Ciri - Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam

Pemilihan seorang wanita bagi mencari bakal suami yang memiliki ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam adalah sukar sebenarnya. Memang benar bahawa jodoh & pertemuan itu takdir dan ketentuan Allah سبحانھ وتعالى . Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar.
Syaidatina Aisyah r.ha. berkata, “Pernikahan hakikatnya adalah penghambaan, maka hendaknya dia melihat dimanakah kehormatannya akan diletakkan.”
Berikut adalah ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam:
1. Berkemampuan
Lelaki yang berkemampuan sebagaimana hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah :
“Wahai permuda-pemuda; sesiapa di antara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu.”
Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk …

Rotan Anak Kena Hukum???

SHAH ALAM 24 Jan. - Merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.
Menurutnya, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC). “Walaupun merotan anak me­ru­­pakan sebahagian budaya ma­­syarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.
“Kita juga mengambil iktibar rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,”.
Setakat ini, hanya terdapat dua hukuman dalam Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Seksyen 31 dan Seksyen 33 yang me…

Majikan Tengok FB/Twitter???

Dah beberapa kali saya terlihat status seperti dalam gambar diatas yang dikongsi dalam laman Facebook oleh beberapa orang kenalan saya. Mungkin ada kebenarannya apa yang ditulis dalam post diatas.
Mana mungkin majikan nak ambil pekerja yang suka maki hamun, fitnah, mengumpat dan post "perkara - perkara yang remeh temeh dan tidak masuk akal dalam media sosial" untuk diambil bekerja dengan mereka. Sebabnya, apa yang kita tulis, sedikit sebanyak akan menggambarkan peribadi kita yang sebenar.
Jadinya, berhati - hati dalam menulis di Facebook atau Twitter. Mungkin bakal majikan anda sedang memerhatikan anda...
# Kalau ada rezeki tak ke mana. # Jaga adab dalam bermedia sosial sesama kita. # Jom ubah bersama... 

Jom Berdakwah...

Dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah s.w.t kepada kita sebagai KHALIFAH, ada beberapa tugasan yang perlu dibuat oleh kita dalam mencari seberapa banyak bekalan pahala untuk dibawa ke akhirat nanti. Antaranya adalah tugas sebagai seorang pendakwah. Seseorang itu tidak memerlukan title Ustaz, Ustazah, Tok Guru, Imam, Cikgu atau sebagainya untuk membolehkan dia menyampaikan sesuatu Ilmu atau perkara yang berguna kepada umum. Asalkan perkara itu bermanfaat kepada umum, silakan...
Kecanggihan teknologi mutahir ini amat membantu dalam menyebarkan dakwah kepada umum. Bak kata seorang ustaz, "kalau teknologi ini digunakan dengan baik, maka dapat kebaikanlah. Kalau digunakan dengan kejahatan, maka tak bergunalah. 
Ada orang yang boleh bertazkirah dan berceramah. Ada orang yang boleh menulis dalam media massa dan media elektronik untuk menyebarkan dakwah. Ada orang yang turun ke kawasan sasaran untuk menyampaikan dakwah. Ada bermacam - macam cara yang boleh dilakukan dalam men…

Fattabiouni TVAH: Sunah Nabi dalam Kelahiran

Antara perkara yang Rasulullah s.a.w letakkan keutamaan yang tinggi adalah pada didikan untuk generasi yang akan datang. Baginda memikirkan didikan awal jauh dari luar batasan pemikiran manusia.
Nabi s.a.w menjadikannya suatu perkara yang penting sejak sebelum perkahwinan lagi semasa pemilihan calon Suami/Isteri, kemudian ketika proses mengandung dan juga semasa kelahiran dengan memastikan anak - anak yang lahir itu dikelilingi oleh adab - adab yang menjadikan kelahiran tersebut sebagai persiapan kepada anak itu untuk terpeliharan menjadi hamba Allah yang solleh, terpelihara dari gangguan syaitan, terhindar dari penyakit dalaman dan luaran yang mungkin menimpa manusia.
Baginda menyebut kepada kita bahawa syaitan mempermainkan anak yang baru dilahirkan dari rahim ibunya. Renungkan bagaimana dengan mengingati Allah ketika hamil boleh memelihara manusia dari syaitan dan kejahatannya.
Sunnah Pertama: Mengalunkan Azan Bayi
Supaya sejak lahir lagi bayi tersebut didengarkan dengan zikrullah dan …

Jom Ke Sekolah

Semalam,  [Ahad, 11 Januari 2015] merupakan hari persekolahan pertama bagi pelajar - pelajar bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor memulakan persekolahan setelah ditangguhkan dari tarikh awal persekolahan 2015 pada 4 Januari 2015 yang lalu ekoran bencana banjir yang menimpa negeri - negeri yang terjejas banjir.
Hari ini [Isnin, 12 Januari 2015[ pula merupakan permulaan persekolahan bagi negeri - negeri lain setelah ditunda dari tarikh persekolahan awal pada 5 Januari 2015 yang lalu. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memaklumkan bahawa sehingga 9 Januari 2015, terdapat sekolah-sekolah di negeri Perak, Pahang dan Kelantan yang masih terlibat dengan banjir. Sekolah-sekolah berkenaan ada yang dinaiki atau ditenggelami air, digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara atau mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid-murid. Setelah mendapat persetujuan daripada YAB Timbalan Perdana Mente…

Tentang Anak...

Anak - anak merupakan Amanah dan Anugerah dari Allah s.w.t kepada pasangan Suami Isteri. Tetapi, ada juga pasangan Suami Isteri yang tidak dikurniakan anak - anak walaupun telah lama mendirikan rumah tangga. Adalah hikmah dan ujian yang Allah tentukan untuk hambanya di sebalik segala apa yang terjadi itu. Redha dan terima sebaiknya. 
Mereka merupakan permata yang perlu dijaga dan mesti dicorakkan dengan warna yang baik. Ibarat kain putih, jika diwarnakan dengan warna Merah, jadilah mereka berwarna Merah. Jika didikan Ibu Bapa itu baik dan molek, jadilah mereka orang yang baik dan molek. Sebaliknya, jika didikan itu kurang baik, maka sebaliknya akan terjadi.
Bukan kah anak - anak mewarisi beberapa peratus dari akhlak dan personaliti dari Ibu Bapa mereka? Ada Sifat dan Sikap anak - anak yang diwarisi dari kedua - dua orang tua mereka. Jadi, jika anak - anak bersikap tak dengar kata atau degil, mungkin semoleknya, sebagai Ibu Bapa jangan terlalu gopoh menghukum mereka. Sebaliknya, Ibu Bapa…

Terminal Bersepadu Selatan

Entri ini sepatutnya di post tahun lepas. tetapi disebabkan oleh tiada mood untuk menulis, hari ini baru boleh sambung cerita untuk entri kali ini.
31 Disember 2014 yang lalu, saya bersama anak - anak saudara saya telah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk hantar anak saudara balik rumah setelah menghabiskan cuti sekolah di kampung.
Alkisah, naiklah bas ekspress Sani untuk ke sana. Dipendekkan cerita, kami turun di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), terminal baru yang dibina untuk kemudahan penumpang bas ekspress bagi menggantikan Terminal Putra yang ditutup tak lama dahulu.
Pada pandangan saya, terminal ni masih dijaga dengan baik dengan segala kemudahan yang disediakan amat memuaskan hati. Tapi tak sempat nak ronda - ronda kawasan, sebab sampai pun dah malam. Jadi, kalau nak tahu lebih lanjut tentang TBS, boleh pergi sendiri atau layari laman web di bawah.

*Gambar diatas diambil masa berjalan.....


Laman Web TBS: Terminal Bersepadu Selatan
#Bersama - sama kita menjaga Kebersihan dan Keindahan T…

Salam Maulidur Rasul 1436H

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab
Nama-nama lain : Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.
Nama-nama Gelaran : Abu Qasim, Al-Amin.
Bangsa : Arab Quraisy
Agama : Islam
Tarikh Lahir : Hari Isnin 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah (Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal) Bersamaan 20 April 571 Masihi.
Bidan Nabi : Ummu Mas’ud.
Tempat Lahir : Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.
Bilangan Adik-beradik : Anak tunggal [anak yatim].
Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.
Nama Ibu Susuan : Thuwaibah [hamba Abu lahab], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.
Nama-nama Pengasuh : Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.
Nama-nama Isteri : Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, …

Tahun Baru 2015

Hari ini, 1 Januari 2015 merupakan Tahun Baharu bagi Kalender Masihi. Bagi Orang Islam, yang diutamakan untuk sambutan adalah Tahun Baru Hijrah. Tapi rasanya tak menjadi kesalahan kalau nak ucap Selamat Tahun Baru. Cuma jangan keterlaluan sudah...
Menjadi kebiasaan bila datang tahun baru, akan adalah azam baru yang akan dibuat untuk tahun baru. Ada yang nak sambung azam lepas sebab katanya tak sempat tunaikan tahun lepas atau tak sempat habiskan azam tahun lalu. Masing - masing ada keutamaan dan azam sendiri.
Tak kisahlah nak buat azam baru atau nak sambung yang tahun lepas, yang penting kena TUNAIKAN lah. Rugilah sekadar senaraikan azam, tapi satu pun tak tertunai. Buat susahkan diri sahaja.
Dah buat azam, sertakan sekali dengan pelan tindakan dan tempoh pelaksanaan setiap azam yang diimpikan. Komited dengan pelaksanaan azam akan membawa kejayaan nanti. Insyallah.
#Entri saja - saja#Sekadar pandangan umum#Tahun Baru 2015