Kesian Orang Muda…
Assalamualaikum W.B.T
Apa khabar semua?
Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Hari ini saya ingin
melontarkan pandangan peribadi tentang beberapa isu yang dihadapi oleh golongan
belia atau fresh graduates yang
baru menamatkan pengajian di IPTA/IPTS. Untuk makluman, ini adalah pandangan
peribadi penulis dan mungkin akan ada percanggahan pendapat dengan orang lain.
Dialu alukan untuk mengemukakan pandangan tentang apa yang saya ulas di sini.
Tak ada salah dan betul dalam penulisan ini.
Golongan muda adalah
salah satu dari kelompok yang amat terbeban dengan pelbagai isu yang berlaku
dalam negara kita mutakhir ini. Kalau nak dikira, memang banyak isu yang
melibatkan golongan muda. Isu mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian,
bayaran balik pinjaman pelajaran, nak mendirikan rumah tangga, beli kereta dan
rumah antara isu yang perlu diambil kira oleh kerajaan dan pihak – pihak
berkepentingan dalam meminimumkan kesannya kepada golongan belia.
Saya akan mengemukakan
pandangan peribadi saya dalam beberapa isu yang akan diulas nanti..
Isu mendapatkan
pekerjaan
Bekerja setelah
menamatkan pengajian merupakan impian dan harapan semua graduan dari IPTA dan
IPTS serta para IbuBapa. Kalau boleh, lepas je grad, nak kerja. Tapi, tak ramai
yang dapat rezeki cepat kerja lepas grad. Ada yang lambat dan ada yang dapat
kerja cepat. Dan tak semua dapat kerja dalam bidang yang diidamkan atau dalam
kata lain dapat kerja sesuai dengan kelayakan akademik masing – masing. Yang tu
tak kisahlah asalkan dapat kerja walau dalam bidang lain.
Kerja swasta atau kerja
kerajaan?
Soal kedua dalam
mencari kerja ini adalah sama ada kerja Kerajan atau Swasta. Kata orang “kalau
nak kaya, kerja lah di swasta dan kalau nak senang, kerjalah dengan kerajaan”.
Kalau ditanya secara rambang kepada golongan belia “Kat mana nak kerja?, saya
yakin dan pasti 90% akan menjawab nak kerja dengan kerajaan. Ini disebabkan
oleh pelbagai keistimewaan dan kelebihan yang ditawarkan kepada mereka yang
bekerja dengan kerajaan. Tapi, sekarang ni nak kerja kerajaan pun susah. Kalau
dapat kerja tu dah syukur sangat walaupun sekadar kontrak atau sambilan.
Nak jugak bagi cadangan
untuk mengurangkan umur persaraan pilihan bagi kakitangan awam dan swasta di
Malaysia. Saya dah lama nak cadangkan agar umur persaraan di wajibkan kepada
tempoh tertentu dan tidak diberi pilihan nak pencen umur berapa. Kalau boleh
lah, ditetapkan umur persaraan sekadar 57 tahun sahaja dan bukan pilihan
sehingga 60 tahun.
Memang ada hujah dan
pendapat sendiri bila ada orang nak pencen umur 60 tahun. Dari segi kemahiran,
ilmu dan pengalaman yang ada memang salah satu dari aset penting kepada
sesebuah jabatan untuk terus memberikan khidmat cemerlang kepada jabatan dan
menghasilkan pulangan yang baik kepada negeri dan negara. Tapi, cuba fikir
sejenak. Bila ramai yang pencen umur 60 tahun, apa nasib orang lain? Bila masa
kami nak masuk kerja nak ganti orang pencen?.
Beli kenderaan dan
rumah?
Kalau dulu, dalam 10 –
15 tahun ke belakang, kalau kerja, boleh simpan duit untuk beli kereta dan
rumah untuk masa hadapan. Tapi sekarang, dah tak dapat nak buat macam dulu.
Rumah dan kenderaan (sama ada kereta atau motor) bagi saya merupakan suatu
keperluan kepada mereka yang baru memulakan kerja khususnya kepada Fresh
Graduates. Alhamdulillah sekarang dah ada kereta yang murah untuk dibeli
oleh orang yang baru grad, sesuai dengan pendapatan.
Tapi rumah, macam
mana?. Memang ada pelbagai skim perumahan yang diumumkan oleh kerajaan untuk
mengatasi masalah perumahan dalam negara. PR1MA antaranya. Tapi, untuk belia
macam mana? Tak kan nak menyewa sampai akhir hayat? Kami nak juga merasa rumah
sendiri, tambahan pula untuk persiapan berkeluarga nanti.
Saya cadangkan dalam
Bajet 2015 tahun hadapan, diwujudkan Perumahan untuk Belia dengan dibina
perumahan khusus untuk golongan belia. Sekarang ini, perumahan dibina untuk
semua, ada kemampuan boleh miliki rumah. Kalau lah boleh dibuat perumahan untuk
belia dengan tempoh pembiayaan yang lebih lama dan jumlah bayaran yang tak
terlalu tinggi, insyallah kami boleh memiliki kediaman sendiri suatu hari
nanti.
Bayaran Balik Pinjaman
Bagi yang
melanjutkan pengajian di peringkat IPTA/IPTS, saya kira sudah tentu akan
meminjam dengan agensi pinjaman yang disediakan oleh pihak kerajaan. Sama ada pinjaman
oleh PTPTN, MARA dan sebagainya yang dipilih oleh pelajar, memang menjadi
kewajipan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat.
Bukan hendak
merungut atau apa, ini adalah perkongsian penulis semata – mata. Saya pun ada buat
pinjaman dengan PTPTN. Perlu merancang kewangan yang diperoleh dalam usaha
untuk membayar balik pinjaman.
Seperti yang dicadangkan oleh beberapa pihak agar bayaran balik pinjaman mengikut gaji yang diperoleh oleh graduan yang baru memulakan kerja. Amat baik untuk dikaji dan diteliti oleh pihak yang berkaitan dalam perkara ini.
Seperti yang dicadangkan oleh beberapa pihak agar bayaran balik pinjaman mengikut gaji yang diperoleh oleh graduan yang baru memulakan kerja. Amat baik untuk dikaji dan diteliti oleh pihak yang berkaitan dalam perkara ini.
Kos Perkahwinan Yang
Tinggi?
Satu lagi
isu yang membelenggu orang muda adalah kos perkahwinan yang terlalu tinggi
mutakhir ini. Sehinggakan beberapa bulan yang lalu, ada penulisan tentang harga
mas kahwin mengikut taraf pendidikan seseorang yang dikeluarkan oleh akhbar
tempatan.
Pada saya,
tidak perlulah diletakkan harga mas kahwin yang terlalu mahal sehinggakan
seolah – olah perkahwinan dijadikan sebagai suatu perniagaan yang menyebabkan
orang muda kena fikir dua tiga kali sebelum ingin masuk meminang. Kalau tak ada
10K dalam tangan, jangan mimpilah nak masuk meminang zaman ini.
Ini antara isu yang menjadi cabaran buat golongan muda sekarang ini.
*Ini adalah pandangan peribadi penulis. Sebarang perkongsian dan pendapat lain amat dihargai.*
Ini antara isu yang menjadi cabaran buat golongan muda sekarang ini.
*Ini adalah pandangan peribadi penulis. Sebarang perkongsian dan pendapat lain amat dihargai.*
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS