Aku Seorang Blogger

Alhamdulillah, kalau nak dikira ini tahun ke 2 saya menulis dalam Blog Serai Kayu 123 ini selepas dibuka pada tahun 2012 yang lalu, kalau tak silap dalam bulan Februari 2012. Tujuan blog ini dibuka hanya untuk suka suka saja. Orang kata sebagai "diari bergerak". Kalau dulu, segala aktiviti yang dibuat dan akan dibuat ditulis dalam buku diari untuk peringatan. Sekarang, smartphone pun boleh jadi diari kita. Siap boleh set remainder lagi untuk setiap perkara.

Kalau disoroti dalam internet, pelbagai jenis blog yang terdapat sekarang ini. Ada blog Peribadi, blog Kembara, Fesyen blog, blog Masakan, blog Informasi, blog Politik dan macam - macam lagi. Ada juga yang menjadikan blog sebagai kerjaya, boleh buat duit hanya dengan menulis. Saya punya blog namanya "Blog Ikut Suka".

Bab nak tulis entri terbaru kadang kala menjadi masalah jugak. Ada masa malas nak update entri terbaru walaupun banyak idea mencurah - curah untuk menulis. Kadang kala sebab tak ada mood nak update blog. Kadang kala tak ada benda apa pun nak update entri dalam blog ni. Tak ada sambungan Internet jugak antara faktor tak update blog lama. Sebab tu kadang kala berapa entri je dalam seminggu, boleh dikira dengan jari.

Tak ada masalah sebab blog ini ana yang punya. Ikut sukalah nak update atau tak nak. Ada masa kita update lah apa - apa yang nak diupdate. Bagi saya, menulis ini hanya untuk kepuasan semata - mata. Ada perkara yang baik dikongsikan mungkin berguna kepada orang yang membaca entri itu.

Sekarang ni saya kongsikan kuliah - kuliah yang saya dengar dalam Youtube ditulis isi kuliahnya dan diupdate dalam blog ini. Nak tulis sendiri tak mampu. Dengar apa yang disampaikan dalam kuliah dan update kat sini. Insyallah semoga memberi manfaat dan dikira sebagai dakwah bil hal kepada semua melalui media maya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan