Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Malam Korporat PMH Induk

Assalamualaikum dan Selamat Pagi kepada semua......
Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t dalam menghadapi kehidupan ini. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.
Hari ini nak dikongsikan tentang Malam Koprat PMH UiTM Shah Alam yang telah selamat berlangsung pada hari Rabu, 27 Mac 2013 yang lalu, lebih kurang 4 hari yang lalu. Memang tak sempat nak update on time sebab banyak sangat perkara yang lagi penting yang perlu diselesaikan selain update entri blog.
Mesyuarat Persatuan, Mesyuarat Kelas, Assignment memang kena didahulukan. Walau apa pun halangan, dah menjadi lumrah dalam kehidupan sebagai seorang yang bernama PELAJAR.
Alhamdulillah, majlis yang diadakan memang memberikan kesan yang baik bagi PMH Induk dan juga PMH Puncak Perdana. Kami dapat beramah mesra dengan pimpinan baru PMH Induk yang baru dipilih dalam Annual General Meeting mereka yang telah berlangsung pada 24 Mac 2013 yang lalu. Dalam masa 3 hari sahaja, dapat mengendalikan program yang bermakna buat…

Santai Bersama PMH

Assalamualaikum dan Selamat Malam kepada semua yang masih mengikuti tulisan saya ini. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera....
Alhamdulillah, pada hari Ahad, 24 Mac 2013 yang lalu, Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) Puncak Perdana telah selamat menjalankan satu program Santai Bersama PMH.
Pada sebelah pagi, diadakan Explorace melibatkan 5 kumpulan dari pelajar UiTM Kolej Jasmine.
Pada sebelah malamnya, PMH mengadakan sesi tayangan video montaj PMH, penyampaian hadiah pemenang explorace, pengenalan AJK PMH 2013 dan perkongsian khas daripada Saudari Adibah, Dai' TV3 yang menyampaikan ceramah kepada hadirin.
Alhamdulillah, walaupun kehadiran agak mendukacitakan, namun itu adalah cubaan dalam berdakwah. Yang penting, kita dah cuba yang terbaik
Montaj AJK PMH 2013
(Sila klik untuk lihat)

Permata Islam dipanggil Pulang....

Tokoh pemikir Islam Dr Muhammad Uthman meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Tokoh Maal Hijrah 2005 Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, meninggal dunia di kediamannya di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) malam tadi akibat sakit jantung.

Dr Muhammad meninggal dunia pada kira-kira 7.30 malam.
Beliau meninggalkan seorang balu Mariam Hussain, 65, dan 11 anak iaitu tujuh perempuan dan empat lelaki, berumur antara 20-an dan 40-an serta lebih 40 cucu. Anak lelaki Allahyarham, Ahmad, 35, berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit namun kelihatan letih siang tadi. "Allahyarham ketika itu sedang membaca buku dan mengadu kepada ibu saya yang beliau letih dan ingin tidur, sebelum ibu menyedari bapa saya telah meninggal dunia dalam tidur," katanya kepada pemberita. Ahmad berkata bapanya juga sebelum ini tidak menunjukkan kelakuan pelik namun Allahyarham kelihatan begitu gembira pada Ahad lepas ketika berkumpul bersama anak serta cucunya. B…

Kuliah UAI 2013

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, saya bersama rakan saya, Muhammad Asyraf selesai mengikuti Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus bertempat di Masjid Negeri Shah Alam.
Macam biasalah, kuliah UAI memang dihadiri puluhan ribu peminat dan pencinta ilmu, khususnya anak muda yang ramai hadir dalam masjlis tadi. 
Alhamdulillah, anak muda cintakan ilmu...
Anak Mudo Geng Kito

18 Sebab Jin Merasuk Manusia

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati Allah

2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia

Sunway 16 Mac 2013

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, baru lepas makan tengahari bersama ahli keluarga di Rumah 1B13. Maklumlah, hari minggu. Makan pagi campur sekali dengan makan tengahari. Jadilah BreakLunch...ha3
Semalam, saya berkesempatan ke Sunway Pyramid untuk beli buku di Kedai Buku Popular di sana. Pergi dengan bas bersama Bob, Razali, Azwan, Fazli dan Nur. Habislah dalam RM 100.00 dengan Baucer Buku...

Masa kami pergi semalam, ada kempen pasal Gajah. Tu yang ambil gambar dengan replika gajah kat Sunway ni.





Buku yang saya beli.......









IJN Part 2

Assalamualaikum dan Selamat malam kepada semua...
Semoga kita berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya selalu....
Hari ini genap 15 hari kami tamat Latihan Praktikal di Institut Jantung Negara (IJN). Tapi, terasa baru semalaman. Walaubagaimanapun, masa tak akan dapat diputarkan kembali. Kita akan terus bergerak ke hadapan, yang telah berlalu akan menjadi kenangan abadi dalam hidup masing - masing.
Baru hari ini dapat sambung entri pasal IJN Part 2. Maklumlah, sibuk dengan daftar kursus, kelas dan kerja lain yang mesti didahulukan. Insyallah saya akan cuba meluangkan sedikit masa untuk update entri ini.
Kira - kira dua minggu lepas kot, saya termimpi pasal kerja kat IJN ni. Mana tak nya, saya bermimpi ditinggalkan bas masa nak pergi IJN.....Masa ni dah habis lama dah IJN....ha3
Memang ramai yang join latihan ni sem ini. Kalau tak silap saya 67 orang semuanya melibatkan UiTM Puncak Perdana dan UiTM Segamat. Pengalaman bekerja bersama - sama dengan orang yang belum dikenali memang menja…

Masalah Biasa Awal Sem....

Assalamualaikum dan Selamat Malam...Alhamdulillah, saay memanjatkan jutaan kesyukuran kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesihatan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Sekarang ini, sudah minggu kedua dalam pengajian saya bagi Semester Akhir iaitu semester 6. Sehingga ke hari ini, masih lagi ada masalah dalam pendaftaran kursus bagi saya dan juga kawan - kawan saya yang lain. Antara masalahnya ialah:Ada kalanya, daftar subjek yang ini bertindih pula dengan kelas subjek yang lain. Ada juga masalah kelas tak ada, tapi subjek untuk didaftarkan bagi semester ini ada dalam sistem. Ini mungkin masalah ketiadaan kelas untuk dibuat kuliah atau pensyarah tak ada nak mengajar subjek berkenaan.


Kadang - kadang, sistem pula yang bermasalah. Dalam sistem ada 1 lagi kosong, tapi bila nak daftar, tak boleh pulak. Katanya, group dah penuh atau tak sah. Tapi, tengok 1 lagi kosong. Macam mana tu???

Ini lah masalah yang memang dihadapi setiap semester. Namun, janganlah dijadikan cabaran atau masalah itu se…

Renungan Bersama

The winner always part of the answer, The loser always part of the problem.
The winner always has a program, The loser always has an excuse.
The winner always say’s “let me do it for you”, The loser always sees “that’s not my job”. The winner always sees an answer for every problem, The loser always sees a problem in every problem.
The winner always says, “It may be difficult but it is possible”, The loser always says, “It may be possible but it’s too difficult”.


Mokhtar Mohd Tohar. (2005) . Panduan protokol dan etiket sosial.Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. penerbit@uum.edu.my chek Mat. (2006) . Kursus pembinaan pasukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Kenangan Masa Lalu: Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua


Dah lama simpan gambar - gambar kenangan di bawah ni. Rasa nak kongsikan bersama rakan - rakan. Gambar ni diambil si Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, 16800 Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 2004. Masa tu, saya dalam tingkatan 2 Amanah. Muka memang skema lah katakan.

Bila tengok gambar - gambar ni, teringat dekat kawan - kawan sekolah dulu. Masing - masing dah bawa diri sendiri. Ada yang dah mendirikan rumah tangga, ada yang dah bekerja dan ada juga yang masih lagi belajar, macam saya.

Namun, insyallah persahabatan kekal selamanya, selagi hayat dikandung badan. Kenangan yang berlalu akan tersimpan sebagai kenangan abadi yang tak mungkin dilupakan sama sekali...


Ni pulak, gambar masa di tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil. Saya berada di kelas PPUA 2. Masa tu, dua kelas sahaja untuk pelajar tingkatan 6 iaitu PPUA 1 dan PPUA 2.

Dalam gambar ni, antara tenaga pengajar yang mengajar kami masa di tingkatan 6 dulu......


Miss you al…

Walimahtul Urus

Assalamualaikum. Nampak kad jemputan kat atas??? Tentulah saya nak update pasal kenduri kahwin abang kepada sahabat baik saya, Muhammad Asyraf bin Ahmad Royali yang selamat berlangsung pada hari ini.
Saya bersama beberapa orang rakan lain menghadiri majlis kenduri tersebut tengahari tadi. Antara yang ikut serta ialah Raihana, Murni, Aidil, Farida, Fariha, Razali, Bob dan Fazli. Acap ajak semua datang, tetapi masing - masing ada urusan. Jadi, kami sahajalah yang dapat datang.
Nak pergi rumah Asyraf memang agak susah. Maklumlah, tak berapa biasa lagi dengan laluan di Kuala Lumpur ni walaupun dah dekat 3 tahun merantau di Selangor ni. Tapi alhamdulillah, selamat juga sampai walaupun sesat seketika. Kami berhubung melalui peta dan arahan dari razali je. Bak kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan...
Sekitar gambar kenduri.......layan....











Koleksi Video
Masa mula - mula sampai........

Masa makan...............sedap
Lepas makan.......Sembanglah..
Tuan Rumah sedang melayan tetamu.....fokus yang…