Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Berkhidmat di Negeri Orang

Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik sempena untuk menyambut kedatangan Tetamu Agung Umat Manusia iaitu Ramadhan Kareem. Semoga kita diberikan kesihatan yang sempurna dan baik untuk menjalani ibadat puasa dalam keadaan yang sihat dan beroleh puasa yang lebih baik dari puasa tahun lepas. Insyallah.
Dah lama tak kongsikan entri terbaru dalam blog ini. Maklumlah, agak sibuk sikit dengan kerja sementara di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor. Ditambah pula dengan tak ada internet connection yang boleh digunakan.
Alhamdulillah, saya bersama dengan rakan baik saya, Mohd Azwan dan Muhammad Asyraf berkesempatan bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Unit Pendaftaran, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor ni dengan bayaran RM 54.00 sehari sepanjang kami bekerja di sini. Walaupun tak banyak sangat gaji, namun, pengalaman kerja tu yang paling utama. Insyallah, kami akan bekerja di sini selama lebih kurang sebulan bermula 16 Jun 2014 – 14 Julai 20…

Kenangan Waktu Belajar

Assalamualaikum W.B.T
Hari ini, saya nak kongsikan dengan semua tentang kenangan waktu belajar yang menjadi memori terindah bagi saya selama ini. Dan saya pasti rakan - rakan yang lain pun sama. Ada kenangan masing - masing sewaktu dibangku persekolahan samada di sekolah atau pusat pengajian tinggi. 
Semua kenangan itu tidak mungkin akan dapat diulang kembali kerana masa lalu adalah sejarah yang tidak boleh diputarkan semula. Dan andai kata masa itu boleh diputar, akan ku putar semula agar kenangan indah itu akan dapat dinikmati semula...
Mana tak seronok masa belajar dulu. Makan sekali, pergi ke kelas sekali, buat program sekali, study group, meeting group assignment dan banyak lagi perkara yang dilakukan bersama - sama. Gambar diatas tu adalah salah satu gambar kami makan tengahari bersama lepas kelas masa semester 2 kalau tak silap. Memang selalu je kami makan sekali lepas kelas atau makan malam waktu belajar dulu. Sebab tinggal serumah dalam kolej. 
Lagi satu, boleh dikatakan setiap m…

World Cup Brazil 2014!

Assalamualaikum W.B.T
Hari ini, jam 4.00 pagi tadi telah berlangsung sepak mula perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2014 antara Pasukan Tuan Rumah, Brazil menentang Croatia dengan berkesudahan dengan keputusan 3 - 1 memihak kepada skuad samba. Adakah Brazil akan muncul sebagai Juara sekali lagi dalam edisi kali ini? Agak awal untuk membuat apa - apa andaian kerana masih banyak perlawanan lagi yang akan diharungi oleh setiap negara/pasukan yang menyertai Piala Dunia kali ini.
Saya pasti, masing - masing dari kita mempunyai pasukan pilihan tersendiri. Ada yang meramalkan pasukan kegemaran masing - masing bakal menjulang Trofi Piala Dunia yang berprestij dalam edisi kali ini. Apa pun, anything can happen in football. Saya pun ada pasukan pilihan walaupun saya bukanlah peminat tegar sukan ini. Kalau rajin nak tengok, saya tengok. Kalau malas, tak tengok. Senang je.
My favourite team is GERMANY! Go Germany Go!!!


Walau apa pun, apa yang penting, ini merupakan sukan yang boleh mengeratkan hubungan…

Throwback: Arkib Negara Malaysia (NAM)

Assalamualaikum W.B.T
Disebabkan tidak ada apa - apa yang nak diupdate di blog ini, maka kenangan lama menjadi pilihan untuk dikongsikan dengan pembaca (yang nak membaca blog ini lah). Dalam koleksi gambar di komputer riba saya ini, masih tersimpan kenangan gambar kami sekelas membuat Penyelidikan di Arkib Negara Malaysia Jalan Duta sekitar tahun 2011 bagi menyiapkan tugasan berkumpulan dalam subjek IMR 455 (Managing Archives). Kumpulan saya terdiri dari 5 orang ahli yang terdiri dari:
Muhammad Syawal bin Mat GhaniMohdFazli bin MahazanMohdFaizol bin Abdul HalimNurIlanibtOsmanLailySyuhaidabtSafiaKami ke sana dengan kereta sewa yang disewa dari Apai, memang pemilik kereta yang disewa oleh pelajar di UiTM Puncak Perdana untuk menjalankan tugasan luar masing - masing. Dipendekkan cerita, kami bersama - sama rakan yang lain kesana untuk menyelesaikan tugasan berkumpulan yang memerlukan kami melakukan penyelidikan di Arkib. Ada yang sewa kereta, ada yang pergi dengan kereta sendiri dan ada ju…

Buat mengikut Keutamaan

Assalamualaikum W.B.T
Bila bosan melanda diri, blog menjadi penemannya. Hari ini saya ingin berkongsi tentang Keutamaan yang perlu dibuat oleh kita menurut pandangan peribadi saya.
Ada perkara yang perlu didahulukan daripada perkara lain dan ada perkara yang perlu dikemudiankan. Segalanya bergantung pada diri sendiri. Orang putih kata "It's depend on yourself!". Sebagai contoh, baru dapat gaji untuk bulan 5 ni. Apa yang nak dibuat? Nak belanjakan semua atau simpan sedikit sebagai tabungan atau apa?? Apa yang anda ingin lakukan perlulah dirancang agar tidak menjadi masalah dikemudian hari.
Saya selalu bezakan antara KEPERLUAN dan KEHENDAK. Rasanya dalam entri yang lepas ada disentuh berkenaan dengan dua perkara ini. Antara smartphone dengan bayar pinjaman PTPTN, yang mana menjadi keutamaan kita. Kalau dah ada telefon yang canggih, rasanya tak perlulah untuk tukar telefon lain. Kalau nak diikut zaman sekarang, zaman teknologi yang pantas berubah, memang tak terkejar. Hari ni …

Bos vs Pemimpin

Assalamualaikum W.B.T
Macam biasa lah, bila tak ada isu atau benda yang nak dikongsikan sebagai entri di blog ini, memang terasa kosong. Ha3. Justeru, saya mencari - cari dalam laman Facebook dan terjumpalah gambar diatas. "Difference between Boss vs Leader".
Sebelum kita ulas lebih jauh, mari tengok apa beza antara Bos dan Pemimpin.
Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat:
Bos: Orang yang berkuasa, mengawal, mengarahkan atau memberi perintah kepada orang bawahan (pekerja dsbg), ketua, majikan [m/s 204].
Menurut Oxford Advanced Learner's Dictionary:
Leader: a person who leads a group of people, especially the head of a country, an organization etc.
Kalau dilihat dalam maksud perkataan tersebut, memang ada persamaan dari segi makna. Tetapi ianya berbeza dari segi sifatnya. Dua orang yang berbeza. Berdasarkan sedikit pengalaman yang ada, boleh dibezakan antara PEMIMPIN dan BOS.
Dalam pemerhatian saya selama lebih kurang 3 tahun di UiTM Kampus Puncak Perdana ni, saya boleh kenal antara …