Mencari Agama Di Kota...

Kuliah Agama atau apa sahaja nama yang digunakan untuk merujuk kepada Pengajian Agama memang menjadi suatu fenomena anak muda masa sekarang. Mana tak nya, kalau kuliah agama di bandar - bandar besar didominasi oleh golongan anak - anak muda yang dahagakan ilmu agama.

Kalau diingat dahulu, Pengajian Agama dahulu aktif di kawasan luar bandar atau kawasan kampung. Tapi sekarang, rasanya dah terbalik pulak. Di kawasan bandar pula yang lebih meriah dengan pengajian agama berbanding dengan kawasan kampung. Ini pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman sendiri lah tanpa melalui kajian yang teliti.

Kalau diikuti dalam media massa seperti Facebook dan Youtube, memang banyak ceramah atau kuliah agama yang diupload. Kalau dulu, nak cari kelas agama atau pengajian agama, kena pergi ke kampung atau kawasan luar bandar. Tapi kalau sekarang, kawasan bandar lagi meriah dengan pengajian agama. Masjid - masjid dan surau meriah dengan pelbagai jenis pengajian agama yang diadakan secara berkala (harian, mingguan atau bulanan).

Antara faktor yang menyumbang kepada "kekurangan" pengajian agama di kawasan luar bandar adalah faktor migrasi penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar. Penghijrahan penduduk kerana faktor kerja atau keluarga ke kawasan besar menyebabkan kurangnya majlis ilmu di kawasan luar bandar. Ramai anak muda berhijrah ke kawasan bandar menyebabkan yang tinggal di kampung kebanyakannya dari golongan veteran...

Ini pandangan peribadi penulis....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan