Friday, 23 March 2012

Perjumpaan Bersama Ketua Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, malam ni selesai sudah satu program yang dinamakan sebagai Perjumpaan Bersama Ketua Rumah 2012. Program yang julung - julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada semua ketua rumah tentang situasi  di Kolej Jasmine ini.

 Saya memberikan maklumat tentang perancangan JPK JASMINE untuk semester ini dan juga nasihat yang berguna buat semua.

Pada program ini juga, Pengetua Kolej Jasmine juga sempat mengumumkan satu pertandingan Blok dan Rumah Tercantik...

Semuanya sudah selesai... 

Ni tengoklah gambar yang sempat di ambil semasa program berlangsung tadi... Guna Black Berry tau... Tapi tak berapa cantiklah ye... Maklumlah tak tahu guna BB ni sebenarnya hahahah












Tuesday, 20 March 2012

Buat Gempak Sikit

Assalamualaikum


Hari ni rasa nak DEACTIVATE FB lah... Tapi bukan hari ni lah... esok atau lusa kot


Sebab:


Saja2 je. Biar orang mencari kita nanti....

Monday, 19 March 2012

TUGAS DAN AKHLAK PENUNTUT ILMU




Rasanya agak janggal jika kita membincangkan masalah ilmu tanpa di ketengahkan apakah tugas yang perlu kita tunaikan di dalam misi menuntut ilmu, dan apakah akhlak yang perlu ada dan tanggungjawab yang perlu kita pikul terhadap ilmu yang kita pelajari.

Tugas Penuntut Ilmu

Secara Umumnya, dapat digariskan empat tugas seorang penuntut ilmu:

1) Memperbetulkan niat
Perkara pertama yang perlu diambil perhatian oleh penuntut ilmu atau seorang pelajar, ialah mempunyai keikhlasan niat demi untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. Bukan untuk berbangga apabila digelarkan sebagai orang alim, atau tujuan mengumpulkan harta, pangkat atau yang seumpamanya.

Sabda Rasulullah SAW
Sesiapa yang mempelajari ilmu kerana Allah, tidak mempelajari ilmu kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali Syurga hari akhirat kelak..-Riwayat oleh Abd. Razak-

Cuma perlu di ingat bahawa, jika harta, pangkat dan yang seumpamanya datang kepada seorang alim, maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menerima dan memanfaatkannya.

2) Berterusan dalam menuntut ilmu

Ilmu adalah lautan yang tidak mempunyai pantai dan tepian. Maka usaha menuntut dan menambahkan ilmu hendaklah berlaku secara berterusan, tidak didalangi oleh peringkat-peringkat ijazah tertentu. Ilmu hendakalh sewajarnya dituntut dan dipelajari sampai kenegeri china.

Firman Allah SWT.
"Katakanlah (wahai muhammad) tambahkan aku ilmu"surah Toha ayat 114

3) Sabar

Penuntut ilmu hendaklah sentiasa sabar dalam menempuh segala dugaan dan cabaran yang merintangi perjalanannya di dalam menuntut ilmu sama ada yang bersifat fizikal mahupun spritual. Hal ini kerana sabar itu separuh daripada iman.

4) Memuliakan Guru

Sabda Rasulullah SAW:
Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim-Riwayat Abu Daud-


Akhlak Penuntut Ilmu

1) Merasakan Tanggungjawab ilmu

Diriwayatkan Daripada Muaz bin Jabal die berkata Rasulullah SAW bersabda:
 Tidak akan mara seseorang hamba di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan Umurnya ke mana yang telah dia habiskan. Berkenaan dengan Waktu mudanya apa yang telah dia lakukan. Berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan. Dan berkenaan dengan ilmu apa yang telah perbuat dengannya.-Riwayat oleh Attabarani dengan isnad yang sohih-

2) Menjaga amanah ilmiah

Sabda Rasulullah SAW:

Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya, Dan sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat - Riwayat Attabarani-

Di antara yang termasuk dalam daerah amanah ilmu adalah beberapa perkara berikut.
- Menasabkan atau menyandarkan pendapat dan fikrah (buah fikiran) kepada Tuannya.
- Menyampaikan ilmu yang diketahui, dan tidak malu untuk mengatakan"tidak tahu" jika dia tidak mengetahuinya.

3)Tawadduk

Para Ilmuan yang menyedari bahawa ilmu adalah lautan yang tidak bertepi tidak akan merasa sombong dan bangga dengan apa yang ada pada mereka. Bahkan selagi bertambah ilmu di dada, semakin bertambah sifat tawadduk.

4)Mulia diri (Al-Izzah)

Para ilmuan hendaklah merasa mulia diri tidak merendahkan diri apabila berhadapan dengan pemerintah, golongan bangsawan, golongan kaya-raya dan yang seumpamanya,

Firman Allah SWT: "kekuatan itu hanyalah kepada Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui"
surah al-Munafikun ayat 8

"Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan itu semuanya"
surah Fathiir ayat 10

5) Beramal dengan apa yang dipelajari

Firman Allah taala ; "Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu sendiri melupakan diri (kewajiban)mu sendiri padahal kamu mambaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?"
surah al-Baqarah ayat 44

6) Sentiasa berusaha untuk menyampaikan ilmu

Firman Allah taala: "Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu):"Hendalah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya", lalu mereka melemparkan janji itu) ke belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit, Amatlah buruk tukaran mereka terima"
surah Ali Imran ayat 187 



Oleh: Azmi Hashim
Di ubahsuai oleh Serai Kayu

Tuesday, 13 March 2012

Gambar Kenduri En Ambri (11 Mac 2012)






Kenduri En Am...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari  ni nak kongsikan pasal p kenduri En Am pada 11 Mac 2012 yang lalu (semalam). Banyak pengalaman yang nak saya ceritakan pada semua.

Firstly, kami bersama 5 buah kereta berkonvoi ke Rumah En Ambri start jam lebih kurang pada 10.00 pagi...

Kami sewa kereta Viva kat abang kat Taman sebelah kolej kami.. RM 50.00 je kot untuk separuh hari.... Murah kan??? Duit tong - tonglah sebab pergi ramai - ramai kan. 

Lepas tu bertolaklah rombongan dari Kolej Jasmine...

Kami singgah lama gak lah kat Hospital Pusrawi, dekat dengan IJN tempat kami praktikal dulu, nak tunggu rombongan kereta yang lain oleh akak - akak senior kami... Lama gak tunggu tau, naik kematu gak lah.

Dah semuanya sampai, kami bergeraklah ke destinasi yang dituju iaitu NO 51, Jalan Indah 2/4, Taman Ampang Indah, 68000 Ampang, Selangor.

Jenuh jugak pusing - pusing cari taman en am ni... Banyak kalilah kami silap masuk cabang, letih jugak saya yang drive first time kat Bandaraya ni... Tapi tak pe lah sebab perjalanan yang pertama...
Dah puas "ronda - ronda", sampailah kat Rumah Pengantin... Apa lagi, kami pun seranglah elesai pengantin duduk, kami pun blah...makanan yang disediakan... Alhamdulillah... Syukur dah makan.

Lepas tu, tunggu pengantin pulak... Lebih kurang 45 minit kami tunggu pasangan. Hujan pun mencurah - curah turun.... Dah s

Solat sekejap kat masjid....
keluarlah ke jalan utama...

Lepas solat, kel
Rupa - rupanya kami sesat... hahahahahaha

Nak gelak je rasanya... Sesat sampai masuk taman perumahan lain, masuk hutan rekreasi dan macam - macam lagi...ish3

Tak pe lah, boleh ronda - ronda kann...

Dah selesai "ronda - ronda", kami ke Giant 13 pulak... Borong sikit, solat dan makan malam.

Siap disana, saya drive pulang ke Kolej Jasmine... Sampai kat Kolej lebih kurang jam 7.40 malam... Solat jap, pastu p hantar kereta...

Itulah perjalanan separuh hari kami...


Thursday, 8 March 2012

Syarat Jadi Khalifah...

Assalamualaikum.....

SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI KHALIFAH


1. Berpengetahuan tinggi dengan erti yang sebenarnya,bukan berdiploma tinggi, kerana ia akan memimpin dan mentanfizkan segala hukum Allah dan peraturan-peraturan-Nya, baik terhadap rakyat yang beragama, atau orang-orang yang tidak beragama, mahupun terhadap negara. Orang yang tidak mengetahui hukum Allah tentunya tidak dapat menjalankannya dengan sempurna.

 

2. Adil dengan erti yang luas, bererti menjalankan segala kewajipan dan menjauhi segala larangan serta dapat menjaga kehormatan dirinya. Khalifah selain dia sendiri wajib mentanfizkan hukum, juga berkewajipan mengawasi segala hukum yang dijalankan oleh wali-wali negeri yang diserahinya.

 

3. Kifayah, ertinya bertanggungjawab, teguh, kuat dan cekap untuk menjalankan pemerintahan, memajukan negara dan agama, sanggup membela keduanya dari segala ancaman musuh.

 

4. Sejahtera pancaindera dan anggotanya, dari segala yang mengurangkan kekuatan (berfikir atau kekuatan jasmani atau tenaga bekerja).

 

(Petikan dari kitab FIQH ISLAM oleh H. Sulaiman Rasjid)


Monday, 5 March 2012

Video at IJN (2)

 

 

Technical process.........

Meeting First JPK

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua...

Alhamdulillah, pada 3 Mac 2012 yang lalu telah selesai mempengerusikan Mesyuarat Khas JPK Jasmine yang pertama bagi sesi 2012...

Banyak perkara yang dibincangkan... Berjalan dengan baik 

Antara agenda mesyuarat yang di bincangkan ialah:

  1. Takwim Program 2012
  2. Pembentangan Kertas Kerja Tanyalah PNC, Destini Anak Bangsa Ke Thailand dan Kuliah Perdana
  3. Konvensyen JPK 2012: di Johor 
  4. Taklimat Khas Pengetua: 7 Mac 2012
  5. Program Tambahan Semester Depan
  6. Laporan Exco dan Sekretariat 2011
  7. Borang Baru JPK
  8. Hal Berbangkit
                           Program Tambahan Semester Depan
  • KHISS
  • Konvoi Motosikal Ke Melaka
  • Ziarah Yaasin
  •  Pertandingan Rumah Tercantik dan Blok Tercantik
  • Urusetia Kursus Kahwin Semester Depan: 5 orang


Bilik Mesyuarat JPK Jasmine


Friday, 2 March 2012

Lawatan Ke Melaka Sem 2



Assalamualaikum pada semua ......

Hari ni nak kongsikan pasal Lawatan Akademik Ke Melaka yang telah selamat diadakan pada semester lepas... Malas nak tulis... Tengok gambar je lah ye....


































































































































































Daulat Tuanku