Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Iklim Politik Panas Membahang

Mutakhir ini, Iklim Politik di Malaysia semakin panas sesuai dengan cuaca semasa di Malaysia yang panas memanjang. Samalah juga dengan "suasana politik" yang semua orang sedia maklum akan kepanasannya..
Kedua - dua kumpulan politik terbesar di Malaysia ini (BN & PR) mempunyai kemelut yang tersendiri yang sudah menjadi rahsia umum kepada semua. Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan hakikat ini. Rasanya tidak perlulah dihuraikan dengan lebih lanjut tentang kemelut ini. Boleh dapatkan maklumat di laman sosial dan elektroni yang lain.
Yang penting, kedua - dua pihak yang berkenaan perlu memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi kemelut yang dihadapi parti masing - masing. Kegagalan dalam menguruskan situasi ini pasti akan memberi kesan buruk dalam pilihanraya umum nanti.
Rakyat sedang memerhati tindak tanduk kedua - dua belah pihak dalam mengatasi situasi semasa.....

Adab – adab Menyambut Hari Raya

Antara adab yang perlu di amalkan di Hari Raya nanti...
#Menghidupkan malam Hari Raya dengan ketaatan kepada Allah s.w.t.
#Banyakkan berdoa pada malam Hari Raya kerana ia merupakan malam mustajab doa.
#Mandi Sunat Hari Raya.
#Mengemaskan diri (potong kuku, andam misai dan janggut).
#Memakai wangian, Bersugi dan Memakai Pakaian Baru.
#Memperbanyakkan Takbir.

#Bersalam dengan orang boleh disalam sahaja.
#Disunatkan makan sebelum keluar Solat. Sunah makan kurma dalam bilangan yang ganjil.
#Datang awal ke tempat Solat Hari Raya.
#Ucapkan Taqabbalallah huminna waminkum.
#Bermaaf maafan sesama muslimin/muslimat dengan bersalaman lihat ke muka.
Tambahan:
#Kurangkan bermain smartphone!!!
Kalau boleh hari raya ni, simpan handphone yang canggih – canggih tu dalam poket atau dalam handbag. Tutup mobile data tu. Kalau asyik main telefon, tak ada gunanya nak ziarah di hari raya. Baik duk rumah jer. Gunakan ketika perlu sahaja.
#Makanlah apa yang ada!
Kalau ziarah ke rumah kawan ke siapa ke, jangan minta yang buka…

Catatan Ramadhan: Kenangan Berpuasa & Beraya di Kuala Selangor

Alhamdulillah, kita masih lagi diberikan kesihatan oleh Allah s.w.t untuk menjalani Ibadah Ramdhan yang mulia ini. Semoga kita semua diberikan kesempatan untuk meneruskan ibadah sepanjang Ramadhan kali ini dan dapat bertemu dengan Ramadhan di tahun - tahun seterusnya. Dan semoga segala ibadah yang dilakukan dalam bulan ini berkekalan hendaknya...
Entri kali ini pasal Kenangan Berpuasa dan Beraya di Kuala Selangor. Kenapa di Kuala Selangor? Saya pernah bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor selama 3 bulan tahun 2014 yang lalu. Nak tahu sejarahnya, carilah entri yang berkaitan Kuala Selangor dalam blog ni yer... 
Kenangan Berpuasa
Kami memulakan tugas di PDTKS bermula Jun 2014 - September 2014 yang lalu. Berkebetulan pula Ramadhan jatuh pada Bulan Jun jugak (29 Jun 2014). Jadi sempatlah kami merasa pengalaman berpuasa di perantauan.
Kami bertiga menetap di Kuaters Majlis Daerah Kuala Selangor. Jadi mudah lah nak makan sahur. Boleh masak kat kuat…

Catatan Ramadhan: Puasa di Puncak Perdana

Alhamdulillah, hari ini sudah 21 Ramadhan 1436H sudah. Cepatnya masa berlalu tanpa disedari. Ramadhan sudah difasa yang terakhirnya. Moga dipertemukan lagi dengan Ramadhan Al Mubarak di tahun - tahun mendatang. Insyallah...
Hari ni teringat pengalaman terindah berpuasa di UiTM Puncak Perdana beberapa tahun yang lalu. Kalau tak silap ingatan, 3 ke 4 sem jugalah berpuasa di sana. Memanglah tak sama dengan berpuasa di kampung...tapi bestnya ada..
Teringat masa nak bersahur. Awal - awal masuk dulu boleh jugak beli di Kafe Puncak untuk makan sahur. Bungkus nasi dan lauk, untuk sahur. Kuah pun tak ada. Makan nasi kosong dengan lauk je. Kadang-kadang makan roti dan air jer untuk sahur. Telan jer asal dapat sahur.
Waktu nak berbuka, ramai - ramai berkunjung ke Bazar Ramadhan depan KANDANG PUNCAK. Beli juadah. Nasi Tomato Uncle jadi pilihan sebab murah + sedap + banyak. Best. Dulu dapat kupon untuk berbuka dari CiTU Puncak Perdana. Makan di Dewan Serbaguna Kolej. Makan ramai - ramai dalam talam b…

Tazkirah Ringkas: 3 Benda Tak Boleh Lari

3 Benda Tak boleh lari
1. Mati: Sediakan bekalan2. Manusia tidak boleh lari dari mulut manusia: solusinya buat tak tahu3. Susah waktu hidup: Dari kecil sampai besar
Oleh: Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan
# Sekadar Perkongsian Bersama.# Mohon Teguran Jika Ada Kesilapan.# Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari).