Catatan Aidilfitri PDTKS 1435 H/2014 M
Assalamualaikum
W.B.T
Alhamdulillah, kita sudah berada dalam bulan Zulkaedah sekarang setelah selesai merayakan Bulan Syawal 1435H yang dirayakan diseluruh pelosok
dunia, di bandar, dikampung dan di mana – mana sahaja diraikan Aidilfitri
dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Tempat saya bekerja pun
tidak terkecuali dalam menyambut lebaran kali ini dengan diadakan “Open
House” di unit masing – masing di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor ini.
Memang meriah bagi saya sebab ini kali pertama saya menghadiri “rumah terbuka”
di pejabat ni. Rasa seronok sebab pelbagai jenis juadah dissediakan termasuk
buah – buahan untuk rumah terbuka masing – masing. Harap maaf sebab gambar tak
dapat disiarkan disebabkan “masalah teknikal”.
Insyallah, saya akan
berkongsi dengan pembaca semua tentang Jadual Open House saya sepanjang
berada di Kuala Selangor ni.
Tempat: Bahagian Pembangunan
Tarikh: 17 Syawal 1435H/13 Ogos 2014 (Rabu)
PLB memulakan program
Jamuan Hari Raya yang diadakan di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor ini.
Tahun ini, jamuan diadakan secara kecil – kecilan oleh Bahagian/Unit yang
terdapat di sini disebabkan oleh menghormati Tragedi MH 17 yang berlaku kepada
pesawat MAS MH 17 dahulu. Biasanya, dibuat secara besar besaran jamuan raya.
Macam biasa, ada
jemputan kena pergilah kan. Macam – macam juadah Hari Raya yang disediakan.
Sate, Nasi Impit, Kuih Muih dan buah – buahan.
Tarikh: 19 Syawal 1435H/15 Ogos 2014
(Jumaat)
Tempat: Unit Pendaftaran (A & B)
Hari ini diadakan Open
House di unit yang saya bekerja iaitu di Unit Pendaftaran A. Unit ini
terdiri dari 2 bahagian iaitu A dan B yang terletak diaras yang sama. Dibuat
jamuan di Bahagian A sebab kawasan yang lebih luas dari B yang menempatkan
kaunter.
Saya macam biasalah
selepas makan, menjadi penyambut tetamu bagi mengalu alukan tetamu yang datang
makan. Masa jamuan tidaklah panjang sebab hari Jumaat, orang nak solat Jumaat.
Hanya setakat jam 12 lebih atau pukul 1 tengah hari je.
Yang saya suka adalah
sebelum majlis bermula, kami satu unit berkumpul bersama – sama dan mengaminkan
doa, memohon keberkatan. Tuan rumah makan dulu sebelum tetamu datang.
Makanan tak usah
cakaplah. Pelbagai jenis makanan dan buah – buahan yang disediakan. Antaranya
Sate, Lemang, Rendang, Laksa, Bubur Kacang, Bubur Jagung, Nasi Impit. Buah
Pulasan, Tembikai antara menjadi pencuci mulut jamuan. Kuih muih juga
disediakan seperti Pulut Panggang dan pelbagai jenis lagi yang saya pun tak
tahu apa namanya.
Tarikh: 20 Syawal 1435H /16 Ogos 2014
(Sabtu)
Tempat: Kampong Kuantan, Kuala Selangor
Kali ini, jamuan agak
lain sedikit kerana kami bertiga mengahdiri Rumah Terbuka keluarga kepada suami
Pn Yusiha, iaitu En Zakir Hussin di Pekan Kampong Kuantan, kira – kira 6 KM
dari kuaters. Dah orang bagi kereta, memang kena pergilah.
Makanan memang tak usah
kira sebab memang banyak dan menyelerakan. Yang menjadi tarikan utama bagi saya
dan tetamu yang lain adalah KAMBING BAKAR!. Disediakan 3 ekor kambing bakar
dengan set lengkap. (Bayanngkan je lah macam mana). Walaupun terpaksa beratur
dalam cuaca yang agak panas dengan asap masuk ke mata, tidak menghalang niat
saya nak makan kambing. Alhamdulillah, dapat merasa kambing bakar.
Sedang menikmati
jamuan, kami berborak kosong sambil menghabiskan sisa – sisa makanan yang ada
dalam pinggan kami. Sambil berborak, terkeluar satu soalan “sapa kawan kita
yang ada sekitar ni ye?”, kalau ada boleh melawat (begitulah soalannya kot)”.
Memang ada kawan kami sekitar Sekincan. Usai makan, setelah memesej Laily
Syuhaida dan Siti Aishah, kami ke Sekinchan untuk jalan – jalan jumpa kawan.
Dah alang – alang ada kereta, dapat berkunjung ke rumah Laily dan Aishah. Lebih
kurang 2 jam kami menghabiskan masa di kedua – dua rumah.
Tarikh: 23 Syawal 1435H/19 Ogos 2014
(Selasa)
Tempat: Bahagian Pembangunan Tanah
Minggu terakhir Syawal
masih ada jamuan Hari Raya di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor. Kali ini
jamuan bertempat di Bahagian Pembangunan Tanah, ground floor pejabat.
Ada Nasi Beriani, Lemang, Laksa dan buah – buahan disediakan.
Yang dicari tak ada,
makanlah apa yang ada je. Saya mencari Satay sebenarnya. Namun hampa sebab tak
disediakan. Nasi Beriani pun boleh je. Laksa Penang mengambil tempat seusai
makan Nasi Beriani.
Tarikh: 24 Syawal 1435H/20 Ogos 2014
(Rabu)
Tempat: Unit Hasil
Hari ini, jamuan Hari Raya mengambil tempat di Unit Hasil, Ground Floor Pejabat Tanah Kuala Selangor. Juadah agak menarik. Saya makan Mee Kari dan Roti Jala. Makan sikit - sikit je..
Tarikh: 25 Syawal 1435H/21 Ogos 2014 (Khamis)
Tempat: Rumah Kak Ita & Bahagian Pembangunan
Hari ini, ada 2 jemputan Open House. Pertama di rumah Pn Julita, salah seorang Pegawai Tadbir di Unit Pentadbiran A dan lagi satu di Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor.
Kami ke rumah Kak Ita sekitar jam 9.45 pagi
Hari ini, ada 2 jemputan Open House. Pertama di rumah Pn Julita, salah seorang Pegawai Tadbir di Unit Pentadbiran A dan lagi satu di Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor.
Kami ke rumah Kak Ita sekitar jam 9.45 pagi
Tempat: Unit Pelupusan,
Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor
Tarikh: 22 Ogos 2014 (Jumaat)
Masa: 10.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Unit Teknikal
& Penguatkuasaan, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor
Tarikh: 22 Ogos 2014 (Jumaat)
Masa: 3.00 pagi – 4.30 tengah hari
Jamuan Hari Jumaat menyaksikan dua sesi yang
berbeza, sesi pagi dan sesi petang. Jam 8.30 pagi, telah berlangsung Bacaan
Yaasin dan Tahlil kepada Allahyarham Hj Mohd Zin, salah seorang bekas
kakitangan Pejabat Tanah.
Tempat: Medidata Sdn
Bhd
Tarikh: 27 Syawal 1435H/23 Ogos 2014 (Sabtu)
Masa: 3.00 pagi – 4.30 tengah hari
Hari terakhir jamuan adalah hujung minggu lalu, bertempat dekat dengan kuaters yang saya duduki sekarang. Alhamdulillah, banyak hidangan yang disediakan termasuk sate, kambing panggang, nasi beriani dan lain - lain.
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS