Sunday, 4 September 2016

Rakyat Kelantan Gaji Rendah?


Pada 29 Ogos yang lalu, penulis tengok satu keratan akhbar yang dikongsi di laman instagram. Tajuk keratan akhbar tersebut adalah "Rakyat Kelantan berpendapatan paling rendah di Malaysia" seperti yang terdapat dalam gambar diatas. Rasa nak ulas pada entri kali ini.

Keratan akhbar ini memaparkan kajian Keadaan Isi Rumah ke-2 yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pada tahun 2016 ini mendapati lebih 30% isi rumah di Kelantan berpendapatan kurang RM 2000 sebulan. Memang semua sedia maklum akan keadaan Kerajaan Negeri Kelantan dan juga rakyatnya. Tidak salah bagi saya untuk mengakui akan data-data kajian yang dijalankan tersebut.

Setahu saya, lebih kurang RM 500 juta ringgit sahaja Bajet Kerajaan Negeri Kelantan setiap tahun. Dengan kewangan sejumlah yang tersebut, mana mungkin dapat memenuhi keperluan rakyat kami yang berjumlah kurang lebih 1.5 juta orang. Kilang pun tak banyak di Kelantan ni. Kawasan Perindustrian di Pengkalan Chepa adalah kawasan perindustrian yang menempatkan kilang – kilang di sini. Pelabuhan pun kami masih tiada yang sangat penting untuk aktiviti ekonomi. Jaringan lebuh raya yang sempurna juga masih belum dikecapi sehingga kini. Alhamdulillah, sekarang ini sudah dijalankan pembinaan Lebuh raya di Kelantan.

Cumanya, bagi saya, kebanyakan kajian yang dilakukan adalah berdasarkan berapa banyak gaji atau wang yang diperoleh oleh seseorang bagi mengukur pendapatannya. Mungkin kaedah ini boleh diperhalusi lagi. Sebab, kalau gaji RM 5000.00 di luar Kelantan pun tak cukup berbanding RM 2000.00 di Kelantan. Tak ada guna kalau gaji banyak tapi tidak dapat bertahan untuk tempoh yang lama. Dengan kos sara hidup dibandar yang tinggi, gaji yang banyak pun tak dapat menampung kehidupan seharian penduduk bandar.

Aspek keberkatan juga perlu diambil kira dalam menguruskan pendapatan masyarakat. Tak ada guna dapat pendapatan yang banyak tapi tidak berkat. Kalau dapat banyak dan berkat, Alhamdulillah. Biar sikit, tapi berkat dan dapat menyara kehidupan masing – masing.

Aspek kesejahteraan dalam kehidupan juga perlu diambil kira juga dalam menilai keadaan isi rumah. Kalau dapat duit banyak, tapi hidup tidak sejahtera, rasanya tidak membawa apa – apa makna juga. Biarlah kesejahteraan hidup selari dengan gaji yang diperoleh.

Apa pun, kajian yang dilakukan ini perlulah diambil langkah – langkah yang perlu oleh pihak – pihak yang berkaitan bagi mengatasi masalah ini. Jika tidak, kajian ini hanya akan jadi sebuah kajian yang sia – sia sahaja.

Thursday, 1 September 2016

Minggu Mesra Mahasiswa @ Orientasi


Bila dah lama tak menulis ni, rasa kekok pula nak menulis. Biasa lah kot. Bila ada mood, baru boleh menulis di blog ni.

Untuk entry kali ini, penulis ingin mencoretkan tentang Minggu Suai Kenal di IPTA/IPTS seluruh negara yang kebanyakannya masih dalam proses menerima kehadiran penuntut baru. Apa pun namanya, program itu adalah untuk meraikan kedatangan pelajar baru ke kampus pengajian dan juga bagi memberi taklimat tentang perjalanan pengajian, peraturan di tempat pengajian dan tempat tinggal pelajar serta pelbagai maklumat lagi.

Teringat penulis akan kenangan ketika mula mendaftar masuk sebagai pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana pada 2010 yang lalu. Saya tak ada kawan yang masuk sekali masa tu. Memang lone ranger lah katakan. Seingat saya, masa masuk ke Kolej Kediaman Puncak Perdana tu, saya berkenalan dengan kawan dari Kedah dan negeri lain. Biasalah, sebab baru mula belajar.

Macam biasalah, bila masuk ke IPTA/IPTS, bila hari pendaftaran, ibu bapa antara yang sibuk nak hantar anak – anak masuk ke tempat pengajian. Dengan beg besar, bantal, fail – fail, baldi, teddy bear dan pelbagai keperluan lain memang antara perkara yang biasa dilihat bila nak masuk IPTA/IPTS. Sekarang ni rasanya tak ada dah yang bawa baldi bila nak masuk. Sebab semuanya ada dijual di kolej kediaman masing – masing. Seingat saya, dulu saya memang bawa baldi ke kolej bila nak daftar masuk. Beli kat kampung sebab harganya tak mahal sangat katanya.

Semua kenangan itu akan tersimpan kukuh dalam memori penulis.

Buat adik –adik yang baru nak masuk ke tempat pengajian masing – masing, nak pesan supaya aktifkan diri dalam kegiatan kokurikulum di kolej/ universiti. Selain tumpukan perhatian kepada pengajian masing – masing. Tak payah nak cinta monyet sangatlah. Takut tak ke mana jadinya nanti.

Jangan pula lupa untuk ke masjid atau surau nanti. Jangan hanya tahu belajar sahaja. Akhirat pun kena cari juga.

Sekian.

Selamat Datang Mahasiswa/i Baharu!

Tuesday, 12 July 2016

Salam Aidilfitri 1437H

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H kepada semua pembaca blog ini. Semoga kita semua mendapat rahmat dari Allah s.w.t.

Taqabbalallah Minna Waminkum

Thursday, 23 June 2016

Salam Ramadhan Kareem 1437H


Dah lama rasanya tak update blog ni. Bukan apa, sebab kemalasan melanda diri dan tiada isu sangat nak post. Tu yang agak lama menyepi...

Gambar diatas adalah dari Facebook Bahagian Dakwah JAKIM tentang situasi tarawih di seluruh negara yang berlaku kini. 

Tidak dinafikan, bila dah masuk pertengahan ramadhan, maka saf untuk solat tarawih pun semakin berkurangan. 

Jadinya, rebutlah peluang untuk solat tarawih sampai ke hujung ramadhan nanti. Semoga ramadhan kali ini adalah yang terbaik bagi kita semua...

Renung - renungkan....

Sunday, 22 May 2016

Madrasah Kampung Chengal Pulas

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t yang masih lagi memberikan kesihatan dan kelapangan kepada kita semua dalam meneruskan hidup dimuka bumi ini. Semoga hari - hari yang dilalui akan bertambah amalan kita seiring dengan bertambahnya usia kita. Insyallah...

Kali ini, penulis ingin berkongsi tentang peluang untuk menderma kepada mereka yang ingin mendermakan hartanya untuk digunakan di madrasah (surau) kami di Kampung Chengal Pulas dalam daerah Pasir Puteh, Kelantan.

Alhamdulillah, bulan 4 yang lalu, kami (pihak AJK Madrasah Kampung Chengal Pulas) telah membuka akaun rasmi bagi madrasah ini yang bertujuan untuk memudahkan pengurusan kewangan madrasah dan memudahkan orang ramai untuk menderma.

Kami memerlukan sumbangan untuk menaiktaraf beberapa infrastruktur yang terdapat di madarsah (surau) tersebut. Antaranya adalah: 
  • Membaiki Siling Madrasah
  • Membina Tangki Air dan Tempat Wudhuk Lelaki
  • Menaiktaraf Sistem Pembesar Suara dan Membina Menara Azan
  • Memohon Papan Kenyataan
  • Memohon Jam Waktu Solat
Kami telah memohon bantuan dari Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) untuk menaiktaraf kemudahan di madrasah (surau) dan masih menunngu lawatan tapak dari pihak MAIK.

Setiap malam ahad, diadakan pengajian Kuliah Maghrib Berkitab yang sudah masuk tahun kedua pada tahun ini. Dan diadakan juga jamuan makan malam selepas kuliah.

Jika ada yang ingin menyumbang, bolehlah dimasukkan wang anda ke akaun diatas. Semoga sumbangan anda mendapat ganjaran pahala oleh Allah s.w.t.

#Viralkan
#SemogaBerolehManfaat

Monday, 9 May 2016

Warisan Keluarga



Ini adalah salah satu dari warisan keluarga saya yang masih ada sampai sekarang dan masih lagi boleh digunakan...

Namanya adalah Pengukur Kepala atau"KKoghe"


Monday, 4 April 2016

Kuatnyo Ngepeng....

Alhamdulillah....semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini...

Hari ini, saja nak menulis tentang pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan secara dalam talian yang melibatkan pelbagai jenis antaranya simkad telefon, insurans, jual baju, jual makanan seperti kek adalah antara perniagaan yang sering diiklankan (dingepengkan) dalam media sosial...

Terkadang rasa serabut tengok iklan - iklan seumpama itu dalam media sosial terutamanya whatsapp. Tapi, tidak boleh nak disalahkan mereka yang terlibat dalam bisness. Sebabnya, media sosial adalah salah satu cara pengiklanan yang terpantas dan paling menjimatkan berbanding dengan kaedah pengiklanan yang lain.

Lebih - lebih lagi sekarang ini, golongan muda memiliki peralatan elektronik yang canggih - canggih belaka. Maklumat di hujung jari sahaja.

Dalam perniagaan, PENGULANGAN ADALAH KUNCI KEPADA KEJAYAAN. Bila sesuatu barangan atau perniagaan itu diulang - ulang berkali - kali dalam media, akan ada yang tertarik untuk mencuba dan membeli. Tidak kurang akan ada yang membenci.

Yang penting, usaha dilakukan untuk melariskan perniagaan. Rezeki biar Allah s.w.t yang tentukan...

#Saya Usahawan
#Rezeki

Monday, 28 March 2016

Nak Kahwin Kerrr???

Musim cuti sekolah yang lalu, ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan. Tidak terkecuali juga rakan - rakan penulis yang sudah melangsungkan perkahwinan masing - masing diserata pelusuk negara ini. Malangnya, saya tidak sempat untuk memenuhi undangan mereka disebabkan oleh kekangan kewangan dan jarak perjalanan yang jauh. Apa pun, saya doakan semuanya berbahagia selalu.

Ingin dikongsikan hari ini adalah suatu tips yang boleh dibuat oleh pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga bersama pasangan masing - masing. Print doa pengantin besar besar. Letakkan banner yang ditulis doa pengantin seperti yang saya kongsikan diatas didepan pintu rumah atau sebelum sampai ke rumah pengantin.

Tujuannya adalah supaya tetamu yang datang mendoakan pasangan dengan doa tersebut. Saya rasa ini yang paling baik dibandingkan dengan diletakkan gambar - gambar yang tidak berfaedah.

Selain dapat pahala, dapat doa lagi dari hadirin yang datang....

Kepada yang akan mendirikan rumah tangga nanti, saya ucapkan Semoga Berbahagia Selamanya...

Monday, 21 March 2016

Kursus Usahawan Muda 2016

Alhamdulillah, pada 9 - 10 Mac 2016 yang lalu, penulis berkesempatan menghadiri Kursus Usahawan Muda yang dianjurkan oleh Bahagian Usahawan PKINK dengan kerjasama Akademi Usahawan Muda Dewan Pemuda PAS Kelantan. Program selama 2 hari 1 malam itu diadakan di Min House Camp, Kg Pulau, Kubang Kerian. 

Turut serta adalah selebriti Undangan yang juga merupakan Penceramah kami pada 2 hari tersebut adalah Fadzli Aziz UNIC yang merupakan consultant di Soul Power Consultant..

Alhamdulillah, pengisian program yang amat bermanfaat buat usahawan dan bakal usahawan yang telah menceburi bidang perniagaan. Insyallah nanti saya akan kongsikan tips dan petua yang dikongsikan.

Selain itu, turut dikongsikan tentang bagaimana untuk menubuhkan syarikat, taklimat pembiayaan dari MARA dan SME Bank serta perkongsian pengalaman dari pemenang Rural Business Challenge (RBC) dari kelantan dulu.

Insyallah saya akan kongsikan nanti...

Perkongsian dari wakil MARA
Menerima Sijil Penyertaan dari YB EXCO
Bergambar kenangan bersama Fadzli Aziz UNIC

Monday, 22 February 2016

Penternakan Ayam Kampung









Up entri satuuuu....
Lama tak menulis dalam blog ini...

Alhamdulillah...

Ini adalah projek terbaharu saya iaitu Penternakan Ayam Kampung yang insyallah sudah bermula minggu lepas dan akan diteruskan lagi. Dalam proses untuk menyiapkan reban ayam kampung yang lebih besar dan selesa untuk menempatkan puluhan ayam lagi yang akan dibeli nanti. Insyallah... 

Alhamdulillah, reban ayam baru yang dibina oleh ayah saya sudah 90% siap.

Masih menanti untuk lengkapkan bahagian pintu dan finishing. Sudah siap semua, nanti boleh digunakan.

Sekaran ni, saya mencari kursus berkaitan dengan penternakan ayam kampung ini yang dianjurkan oleh pihak - pihak berkaitan. Kalau siapa - siapa ada maklumat, boleh kongsikan bagaimana nak pelihara ayam kampung ini.

Terima Kasih...


Monday, 1 February 2016

Mesyuarat: Jadikan IQ Rendah???

Penulis "ditag" oleh seorang kawan di facebook tentang Mesyuarat boleh Merendahkan Kadar IQ. Di sertakan juga satu keratan akhbar tentang kajian yang dibuat oleh Virginia Tech Crilion Research yang mengatakan bahawan mesyuarat boleh melemahkan IQ. Saya tidak menolak yang perkara ini boleh berlaku dan juga sebaliknya.

Boleh dipertikaikan cara kajian yang dilakukan oleh institut ini yang mungkin tidak mengambil kira beberapa aspek yang menjadi keutamaan dalam pengendalian sesuatu mesyuarat. Kekerapan mesyuarat, masa dan cara mengendalikan mesyuarat antara aspek yang perlu diambil berat.

Dalam Al Quran sendiri, dianjurkan untuk bermesyuarat sesama kita agar keputusan yang diambil itu lebih baik dan kolektif. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al Syura, ayat 38 yang bermaksud:

"Dan juga orang - orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan solat dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara mesyuarat bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada mereka".

Secara ringkasnya, keputusan secara berjamaah atau keoutusan secara kolektif lebih baik daripada keputusan peribadi.

Wednesday, 27 January 2016

Isu Pelajar Lapar: Suatu Pandangan Peribadi

Isu Pelajar Lapar: Suatu Pandangan Peribadi
[Pandangan Mahasiswa sebelum GST]

Isu Pelajar Lapar menjadi viral dalam laman sosial disebabkan oleh seorang pelajar salah sebuah Universiti Awam (UA) yang diberitakan sakit kerana tidak makan, dek kerana kekurangan duit belanja di universiti dan kenaikan kos hidup ketika belajar.

Kebenaran tentang isu ini memang benar – benar terjadi kerana ada suatu kajian yang telah dilakukan oleh pihak tertentu tentang isu ini. Keputusannya amat mengejutkan kerana sebilangan besar responden yang ditemu bual dalam kajian itu mengakui mereka memang “berlapar” di UA yang terlibat dalam kajian tersebut.

Antara sebab yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup pasca GST dan juga sikap pelajar itu sendiri. Itu antara sebab utama yang penulis lihat yang menjadi punca kepada permasalahan ini selain isu kemiskinan pelajar yang belajar di UA atau Universiti Swasta di negara ini.

Ada beberapa cadangan yang penulis rasa boleh diaplikasikan oleh pihak – pihak terlibat. Mungkin ada yang setuju dan ada yang tidak bersetuju. Anda bebas untuk tidak bersetuju dalam perkara ini. 

Yang paling utama dalam masalah ini adalah inisiatif yang dilakukan oleh pelajar sendiri untuk mengatasi masalah ini. Antara yang boleh dilakukan adalah:

1. Aktifkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak persatuan atau universiti.

Sepanjang penulis berada di UiTM Puncak Perdana selama 3 tahun yang lalu, memang banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Kolej, Persatuan dan pihak Universiti. Ada juga program yang dianjurkan oleh pihak luar seperti surau di kawasan perumahan tempat saya belajar dahulu. Kebiasaannya, banyak aktiviti yang dijalankan ada disediakan makanan sebagai daya tarikan utama untuk pelajar menyertai program selain diberikan juga kupon aktiviti pelajar untuk permohonan kolej semester seterusnya.

Yang menjadi masalah adalah ramai pelajar yang tidak berminat untuk join program. Paling ketara adalah pelajar lelaki yang sangat kurang menyertai program yang dianjurkan berbanding dengan pelajar perempuan. Kebanyakan mahasiswa hanya berulang alik dari ASRAMgA ke TEMPAT PENGAJIAN dan ke TEMPAT MAKAN. Jadi kepada mahasiswa yang menghadapi masalah kurang duit belanja, boleh aktifkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.

Cemerlang akademik tidak menjamin kebolehpasaran bekerja.

2. Mohon Zakat atau bantuan yang disediakan oleh pihak universiti.

Ramai mahasiswa yang tidak mengetahui adanya pelbagai bantuan yang disediakan oleh pihak universiti. Sudah tiba masanya para pelajar yang mengambil inisiatif sendiri untuk mencari maklumat tentang bantuan yang disediakan dan memohon bantuan tersebut sekiranya menepati syarat - syarat yang ditetapkan.

Jangan hanya mengharapkan pihak - pihak tertentu dalam universiti yang "menyuap" maklumat tersebuat kepada kita.

3. Puasa Sunat

Ini juga antara langkah yang boleh diambil dalam mengatasi kekurangan perbelanjaan di universiti. Selain beroleh pahala, aktiviti ini juga nyata boleh memberikan kesihatan yang baik buat mereka yang mengamalkannya.

4. Amalkan Perbelanjaan Berhemat

Perlu dibezakan antara Barangan KEPERLUAN dan Barangan yang menjadi KEHENDAK. Kenalpasti yang mana keutamaan kita di universiti. Utamakan keperluan yang mesti dahulu sebelum difikirkan tentang barangan yang menjadi kehendak diri sendiri. 

Insyallah, dengan mengamalkan beberapa cadangan ini boleh mengurangkan perbelanjaan di universiti bagi mereka yang tidak berkemampuan.

# Cemerlang Akademik, Cemerlang Akhirat
# Mahasiswa Tonggak Negara 

Monday, 18 January 2016

[Throwback]: Balai Seni Lukis Kelantan

[Throwback]: Balai Seni Lukis Kelantan

Lawatan ke Balai Seni Lukis Kelantan telah berlangsung sama tarikh dengan Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Kelantan pada 10 Disember 2015 yang lalu. Cuma saya buat entri yang berasingan bagi mengulas tentang lawatan di Balai Seni lukis ini dengan lebih mendalam sikit.

Jom kita baca dulu tentang Balai Seni Lukis Kelantan ni sebagaimana yang terdapat dalam risalah Muzium Kelantan yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Bangunan asal Balai Seni Lukis Kelantan ialah di Bangunan Muzium Perang (Bank Kerapu) yang terletak di Jalan Post Office Lama, Kota Baharu. Balai Seni Lukis Kelantan telah disempurnakan perasmiannya oleh KDYMM Raja Perempuan Kelantan pada 10 Syaaban 1408 Hijrah bersamaan dengan 28 Mac 1988.
Pada tahun 1992, Balai Seni Lukis Kelantan telah dipindahkan ke Muzium Negeri Kelantan kerana kerja – kerja pengubahsuaian Bank Kerapu telah mula dilakukan untuk dijadikan Memorial Peperangan Dunia ke Dua di Kelantan.

Kini, Balai Seni Lukis Kelantan dibangunkan kembali di Bangunan lama TAKDIR bersebelahan Pejabat Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan (TIC) di Jalan Sultan  Ibrahim.

Semasa lawatan kami ke sana, dipamerkan lukisan tentang masjid – masjid yang ada di Kelantan. Sebahagiannya ada yang kami tahu, dan sebahagian lagi ada yang tidak. Di pamerkan juga harga bagi sesebuah lukisan yang dipamerkan bersekali dengan lukisan tersebut.


Saya ada ambil gambar beberapa lukisan itu. Kalau nak tengok lagi, kunjungilah Balai Seni Lukis Kelantan sendiri. Tiket masuk bagi Dewasa ialah RM 2.00, manakala bagi Kanak – Kanak ialah RM 1.00.




Lukisan Masjid Gunung Reng
Lukisan Masjid Beijing

CEPAT - CEPAT KE SANA UNTUK MENYAKSIKAN SENDIRI PAMERAN YANG DISEDIAKAN...


Monday, 11 January 2016

[Throwback]: Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Negeri Kelantan

[Throwback]: Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Negeri Kelantan

Pada 10 Disember 2015 yang lalu, saya bersama - sama dengan kakak saya serta 3 orang anak sedara saya telah melawat Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Negeri Kelantan. Program dengan tajaan penuh kakak saya ini memaparkan pameran Misteri Firaun: Musuh Para Nabi, Tok Janggut: Pahlawan Melayu Kelantan dan Pameran Sultan Muhammad Al Fateh: Penakluk Konstantinopel. Pameran ini telah berlangsung pada 20 Oktober 2015 sehingga 31 Januari 2016 nanti.

Kepada yang belum pergi dan berminat untuk ke pameran berkenaan, saya alu - alukan kedatangan anda ke Muzium Negeri Kelantan.

Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Muzium Negeri Kelantan ini. Sedikit maklumat tentang muzium ini sebagaimana yang terdapat dalam risalah Muzium Kelantan yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Bangunan ini pada asalnya adalah merupakan Pejabat Majlis Bandar Kota Bharu. Pada tahun 1990, pengubahsuaian besar telah dibuat untuk dijadikan Muzium Negeri. Ia juga merupakan pejabat utama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Tingkat bawah bangunan ini merupakan galeri pameran Sejarah Negeri Kelantan seperti Asal Usul Nama Kelantan, Tokok - Tokoh di Kelantan, Sejarah Kesultanan Kelantan serta Kelantan dulu dan Kini. Manakala di tingkat atas pula menempatkan Galeri Seni Persembahan dan Permainan Tradisional Kelantan seperti Wayang Kulit, Gasing, Rebana, Kertuk dan lain - lain lagi. 

Berkenaan dengan Pameran Pendidikan Perdana yang sedang berlangsung kini, saya melihat ianya merupakan suatu pameran yang banyak memberi manfaat dan ilmu kepada mereka yang mengunjungi pameran tersebut. Disana terdapat sejarah tentang Perjuangan Tok Janggut yang merupakan Pahlawan Negeri Kelantan yang boleh dipelajari tentang sejarahnya. Dipamerkan tentang Sejarah Perjuangan Beliau, Pengikutnya serta Kronologi Perjuangan Tok Janggut menentang penjajah.

Selain itu, di pamerkan juga tentang Firaun yang mengaku sebagai Tuhan. Di tayangkan kisah bagaimana Nabi Musa a.s membelah laut untuk menyelamatkan umatnya dari Firaun yang kejam. Juga dibawa bersama Keranda Emas Firaun Tutkhamun untuk tontonan pengunjung yang hadir.

Pameran Sultan Muhammad Al Fateh juga tidak kurang dengan maklumat yang sangat berguna kepada semua. Sejarah tentang Baginda, Tembok Kota Konstantinopel juga turut dipamerkan disana. Selain dari itu, turut dipamerkan adalah Replika Pedang Nabi s.a.w, Tongkat Nabi Musa serta Pedang Para Sahabat yang lain. Pendek kata, kalau nak tulis dalam blog ni, memang tak akan habis. Anda wajib ke sana untuk melihat sendiri...

Tarikan lain di Muzium Kelantan adalah dapat berselfie dengan unta. Unta betul tau.... Rugi kalau tak datang.

Tiket masuk untuk Dewasa ialah RM 5.00 dan Kanak - Kanak ialah RM 3.00

Koleksi Gambar Kenangan...

Cepat - cepat pergi sebelum terlambat...










Monday, 4 January 2016

[Throwback]: Pengembaraan Naik Kereta Api di Tanah Merah


[Throwback]: Pengembaraan Naik Kereta Api di Tanah Merah

Pada 17 Disember 2015 yang lalu, saya dengan beberapa orang peserta rombongan dari KG Chengal Pulas seramai 14 orang naik Kereta Api bersama - sama anak sedara telah menempuhi pengalaman yang menyeronokkan dalam perjalanan Kereta Api dari Tanah Merah ke Tumpat dan berpatah balik dari Tumpat ke Tanah Merah. Sekadar untuk pengalaman anak - anak sedara lah yang tak pernah naik pengangkutan awam ini.

Secara jujurnya, penulis pun pertama kali menaiki Kereta Api selama hidup 25 tahun ini. Selalu naik bas lah yang menjadi pengangkutan awam semasa belajar dulu. Sebenarnya, dah lama rancang nak naik Kereta Api ni. Dah beberapa bulan lalu lagi nak naik. Sebab dah ada orang kampung saya yang dah naik Kereta Api ni. Bila dengar pengalaman yang dikongsikan, rasa nak naik jugak lah.

Alhamdulillah, cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga dan beberapa orang lain (waris terdekat) berkesempatan naik Kereta Api. Saja lah nak ambil pengalaman untuk budak - budak.

Ada satu lagi yang belum saya buat untuk anak sedara saya iaitu naik bas henti - henti di Pasir Puteh. Saja nak bagi pengalaman naik pengalaman sebab mereka tidak pernah naik bas selama ni. Hanya untuk beri pengalaman...

Insyallah, doakan ianya berlaku nanti....

Gambar Kenangan di Stesen KTMB Tanah Merah





Kutipan Derma