Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2016

Minggu Mesra Mahasiswa @ Orientasi

Imej
Bila dah lama tak menulis ni, rasa kekok pula nak menulis. Biasa lah kot. Bila ada mood, baru boleh menulis di blog ni. Untuk entry kali ini, penulis ingin mencoretkan tentang Minggu Suai Kenal di IPTA/IPTS seluruh negara yang kebanyakannya masih dalam proses menerima kehadiran penuntut baru. Apa pun namanya, program itu adalah untuk meraikan kedatangan pelajar baru ke kampus pengajian dan juga bagi memberi taklimat tentang perjalanan pengajian, peraturan di tempat pengajian dan tempat tinggal pelajar serta pelbagai maklumat lagi. Teringat penulis akan kenangan ketika mula mendaftar masuk sebagai pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana pada 2010 yang lalu. Saya tak ada kawan yang masuk sekali masa tu. Memang lone ranger lah katakan. Seingat saya, masa masuk ke Kolej Kediaman Puncak Perdana tu, saya berkenalan dengan kawan dari Kedah dan negeri lain. Biasalah, sebab baru mula belajar. Macam biasalah, bila masuk ke IPTA/IPTS, bila hari penda...