Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Isu Semasa

Sambut Hari Lahir?

Imej
   Al kisahnya, pagi tadi masa dalam perjalanan ke tempat kerja, saya ada terlihat sekumpulan manusia berkumpul di sebuah kedai makan. Ada lah beberapa orang lelaki dan perempuan. Mungkin sanak saudara kotšŸ˜….  Terlihat seorang perempuan dengan wajah yang ada "benda warna putih ".   Saya syak tepung gandum. Tak mungkin makeup kot jam 6.00 pagi. Dan mungkin mereka sedang meraikan HARI LAHIR perempuan tu kot.  Cuma terdetik dalam hati ini, ada lagi ke yang sambut hari lahir seseorang dengan "sapuan dan mandian" tepung gandum & telur? Bukan kah itu membazir? Semua kita tahu membazir itu amalan Syaitan kan? Tapi kenapa masih ada yang buat?    Pada saya, lebih baik sambut dengan doa dan selawat. Buat makan-makan sikit. Bagi hadiah kalau mampu. Itu lebih baik daripada BAZIRKAN tepung dan telur. Baik buat kek, lagi baik.   "Ingat tau, semakin bertambah umur, semakin dekat dengan kematian".    Menu...

Sukan Sea KL 2017

Imej

Rakyat Kelantan Gaji Rendah?

Imej
Pada 29 Ogos yang lalu, penulis tengok satu keratan akhbar yang dikongsi di laman instagram. Tajuk keratan akhbar tersebut adalah "Rakyat Kelantan berpendapatan paling rendah di Malaysia" seperti yang terdapat dalam gambar diatas. Rasa nak ulas pada entri kali ini. Keratan akhbar ini memaparkan kajian Keadaan Isi Rumah ke-2 yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pada tahun 2016 ini mendapati lebih 30% isi rumah di Kelantan berpendapatan kurang RM 2000 sebulan. Memang semua sedia maklum akan keadaan Kerajaan Negeri Kelantan dan juga rakyatnya. Tidak salah bagi saya untuk mengakui akan data-data kajian yang dijalankan tersebut. Setahu saya, lebih kurang RM 500 juta ringgit sahaja Bajet Kerajaan Negeri Kelantan setiap tahun. Dengan kewangan sejumlah yang tersebut, mana mungkin dapat memenuhi keperluan rakyat kami yang berjumlah kurang lebih 1.5 juta orang. Kilang pun tak banyak di Kelantan ni. Kawasan Perindustrian di Pengkalan Chepa adalah ka...

Penternakan Ayam Kampung

Imej
Up entri satuuuu.... Lama tak menulis dalam blog ini... Alhamdulillah... Ini adalah projek terbaharu saya iaitu Penternakan Ayam Kampung yang insyallah sudah bermula minggu lepas dan akan diteruskan lagi. Dalam proses untuk menyiapkan reban ayam kampung yang lebih besar dan selesa untuk menempatkan puluhan ayam lagi yang akan dibeli nanti. Insyallah...  Alhamdulillah, reban ayam baru yang dibina oleh ayah saya sudah 90% siap. Masih menanti untuk lengkapkan bahagian pintu dan finishing. Sudah siap semua, nanti boleh digunakan. Sekaran ni, saya mencari kursus berkaitan dengan penternakan ayam kampung ini yang dianjurkan oleh pihak - pihak berkaitan. Kalau siapa - siapa ada maklumat, boleh kongsikan bagaimana nak pelihara ayam kampung ini. Terima Kasih...

Isu Pelajar Lapar: Suatu Pandangan Peribadi

Imej
Isu Pelajar Lapar: Suatu Pandangan Peribadi [Pandangan Mahasiswa sebelum GST] Isu Pelajar Lapar menjadi viral dalam laman sosial disebabkan oleh seorang pelajar salah sebuah Universiti Awam (UA) yang diberitakan sakit kerana tidak makan, dek kerana kekurangan duit belanja di universiti dan kenaikan kos hidup ketika belajar. Kebenaran tentang isu ini memang benar – benar terjadi kerana ada suatu kajian yang telah dilakukan oleh pihak tertentu tentang isu ini. Keputusannya amat mengejutkan kerana sebilangan besar responden yang ditemu bual dalam kajian itu mengakui mereka memang “berlapar” di UA yang terlibat dalam kajian tersebut. Antara sebab yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup pasca GST dan juga sikap pelajar itu sendiri. Itu antara sebab utama yang penulis lihat yang menjadi punca kepada permasalahan ini selain isu kemiskinan pelajar yang belajar di UA atau Universiti Swasta di negara ini. Ada beberapa cadangan ya...

Iklim Politik Panas Membahang

Imej
Mutakhir ini, Iklim Politik di Malaysia semakin panas sesuai dengan cuaca semasa di Malaysia yang panas memanjang. Samalah juga dengan "suasana politik" yang semua orang sedia maklum akan kepanasannya.. Kedua - dua kumpulan politik terbesar di Malaysia ini (BN & PR) mempunyai kemelut yang tersendiri yang sudah menjadi rahsia umum kepada semua. Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan hakikat ini. Rasanya tidak perlulah dihuraikan dengan lebih lanjut tentang kemelut ini. Boleh dapatkan maklumat di laman sosial dan elektroni yang lain. Yang penting, kedua - dua pihak yang berkenaan perlu memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi kemelut yang dihadapi parti masing - masing. Kegagalan dalam menguruskan situasi ini pasti akan memberi kesan buruk dalam pilihanraya umum nanti. Rakyat sedang memerhati tindak tanduk kedua - dua belah pihak dalam mengatasi situasi semasa.....

Hudud Kelantan: Pandangan Peribadi II

Imej
Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) bagi negeri Kelantan nampaknya semakin panas dari hari ke hari. Kalau diamati dalam media massa, pelbagai jenis manusia yang memberikan pendapat dalam isu ini. Ada yang bersetuju, ada juga yang masih diam membisu dan tidak kurang juga terdapat mereka yang menentang habis habisan perkara ini. Semua ini boleh dibaca dalam media cetak dan media elektronik. Kadang kala, bila membaca kenyataan atau post orang - orang tertentu sebagaimana yang disiarkan dalam surat khabar ataupun dalam laman sosial facebook masing - masing, banyak persoalan yang timbul yang pastinya memerlukan suatu jawapan yang terbaik bagi meleraikan kekusutan ini. Bila ada orang yang menyatakan bahawa hukum hudud ini tidak sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia kerana masyarakat majmuk. Soalnya, adakah perlu menunggu "masyarakat yang tidak majmuk" baru boleh dilaksanakan? Bila pula masanya? Bila ada orang yang menyatakan bahawa hukum...

Hudud Kelantan: Suatu Pandangan Peribadi

Imej
Isu pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) II Kelantan Tahun 1993 pindaan 2015 memasuki fasa baharu apabila pindaan kepada enakmen yang diluluskan 22 tahun yang lalu (25 November 1993) diluluskan pada 19 Mac 2015 yang lalu. Kesemua ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang hadir menyokong undang - undang ini untuk dilaksanakan nanti.  EKJS II Kelantan mengandungi Hukuman Hudud, Qisas dan Takzir. Tetapi panggilan popularnya ialah Undang - Undang Hudud. Sebagai rakyat negeri Kelantan ini, memang merasa bangga kerana Isu Hudud ini telah lama dibangkitkan dan diulang siar menjelang berlakunya Pilihanraya Umum dahulu. Kononnya, Hudud ini hanya omongan kosong pihak tertentu untuk memenangi pilihanraya semata mata. Namun, setelah diluluskan minggu lepas, kata - kata diatas sudah tidak kedengaran lagi. Komitmen yang diberikan oleh Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan enakmen ini mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Ada yang positif dan ada juga pandangan yang neg...

Cabaran Pekerja Baru BDE Allianz Malaysia

Imej
Semalam, genap 4 hari saya mencuba nasib bekerja sebagai seorang Business Development Executive (BDE) di syarikat Allianz Malaysia Kota Bharu. Jawatan yang memang berbeza dengan apa yang saya harapkan dan bukan dalam bidang pengajian. Walau apa pun, saya nak cuba kerja dalam bidang ini dahulu. Cari pengalaman dalam bidang yang lain... Masa tengok iklan di laman web masa dulu, memang menarik tawaran dia.  Iklan dia kat bawah ni.... Kerja Kosong Clerk Admin/Executive - 28 Feb 2015 Jawatan Kosong Clerk Admin/Executive Peluang bekerja di Syarikat Kewangan Terkukuh di Malaysia Syarat-syarat bagi permohonan jawatan Clerk Admin/Consultant -Kelayakan Spm,Diploma,Degree -Minimum Umur 21-30 tahun -Mempunyai kenderaan sendiri -Tiada Pengalaman/ Berpengalaman dialukan -Training disediakan -Berpewatakan Menarik Berminat sms nama, umur,lokasi & jenis kenderaan ke 0183198023 contoh: zaara, 25 tahun, kuala lumpur, kereta hantar ke 0183198023 ...

Teringat Masa Lalu....

Imej
Tempatku menuntut Ilmu dahulu... Hari ini merupakan Hari pendaftaran pelajar lama bagi UiTM yang berjaya memperoleh Kolej Kediaman masing - masing. Pada 21 - 27 Februari 2015 yang lalu pula merupakan tarikh pendaftaran Pelajar Baru di UiTM. Kalau nak diimbau kembali masa saya belajar di UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam hampir 4 tahun yang lalu, memang banyak kenangan pahit dan manis yang tersimpan kemas dalam diari hidupku. Tanggal 26 Jun 2010 merupakan tarikh keramat permulaan pengajian dan kehidupan di kampus bagi diriku. Maklumlah, hari pertama mendaftar masuk sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian)(Pengurusan Rekod) di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana. Memang rasa keseorangan hari tu. Al maklumlah kita kan orang baru ditempat yang asing. Seminggu mengikuti Minggu Destini Siswa (MDS) di kampus bagi pelajar baru memberi peluang kepadaku untuk kenal mengenali kawan - kawan baru. Minggu pertama dan kedua di kampus mem...

Rotan Anak Kena Hukum???

Imej
SHAH ALAM 24 Jan. - Merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara. Menurutnya, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).     “Walaupun merotan anak me­ru­­pakan sebahagian budaya ma­­syarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut. “Kita juga mengambil iktibar rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,”. Setakat ini, hanya terdapat dua hukuman dalam Akta Kanak-Kanak...

Majikan Tengok FB/Twitter???

Imej
Dah beberapa kali saya terlihat status seperti dalam gambar diatas yang dikongsi dalam laman Facebook oleh beberapa orang kenalan saya. Mungkin ada kebenarannya apa yang ditulis dalam post diatas. Mana mungkin majikan nak ambil pekerja yang suka maki hamun, fitnah, mengumpat dan post "perkara - perkara yang remeh temeh dan tidak masuk akal dalam media sosial" untuk diambil bekerja dengan mereka. Sebabnya, apa yang kita tulis, sedikit sebanyak akan menggambarkan peribadi kita yang sebenar. Jadinya, berhati - hati dalam menulis di Facebook atau Twitter. Mungkin bakal majikan anda sedang memerhatikan anda... # Kalau ada rezeki tak ke mana. # Jaga adab dalam bermedia sosial sesama kita. # Jom ubah bersama... 

Jom Ke Sekolah

Imej
Sebahagian Buku Teks Darjah 5 Semalam,  [Ahad, 11 Januari 2015] merupakan hari persekolahan pertama bagi pelajar - pelajar bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor memulakan persekolahan setelah ditangguhkan dari tarikh awal persekolahan 2015 pada  4 Januari 2015 yang lalu ekoran bencana banjir yang menimpa negeri - negeri yang terjejas banjir. Hari ini [Isnin, 12 Januari 2015[ pula merupakan permulaan persekolahan bagi negeri - negeri lain setelah ditunda dari tarikh persekolahan awal pada 5 Januari 2015 yang lalu. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memaklumkan bahawa sehingga 9 Januari 2015, terdapat sekolah-sekolah di negeri Perak, Pahang dan Kelantan yang masih terlibat dengan banjir. Sekolah-sekolah berkenaan ada yang dinaiki atau ditenggelami air, digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara atau mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid-mur...

Banjir: Musibah dan Ujian Ilahi

Imej
Terminal Bas Pasir Puteh ditenggelami air bah Musim Tengkujuh yang melanda Negeri - Negeri Pantai Timur serta beberapa negeri lain di Malaysia merupakan Musibah dan Ujian dari Allah s.w.t. Khusus di Negeri Kelantan, keadaan banjir tahun ini antara yang terburuk berbanding tahun lepas. Manakan tidak, seingat saya Bandar Pasir Puteh (Stesen Bas dan kawasan sekitarnya) tidak pernah dinaiki air sehebat tahun ini. Tak dapatlah nak ke bandar untuk buat apa - apa urusan buat masa ini disebabkan oleh beberapa jalan dinaiki air. Gambar diatas dikongsikan buat tatapan umum. Ada yang dikongsi oleh rakan maya lain. Selebihnya, gambar sekitar Jalan Machang - Pasir Puteh Lama. Kepada yang membaca blog ini, sama - sama kita doakan mereka yang terlibat banjir agar diberikan ketabahan dalam menghadapi Ujian dan Musibah ini. Dan semoga banjr ini akan beransur surut nanti. Panjatkan doa dan apa bentuk pertolongan agar diringankan beban yang ditanggung ini. Ya Alla...

Rasuah: Sebuah Catatan...

Imej
Rasuah mempunyai pelbagai definisi dan panggilan yang boleh diberikan dan digunakan oleh pelbagai pihak. Ada yang panggil Suapan, Duit Kopi dan sebagainya. Dari segi definisi pula, kalimah Rasuah berbeza maksudnya antara satu pihak dengan pihak yang lain. Namun, itu bukan menjadi masalah utama yang perlu dibahaskan. Apa yang paling utama adalah "apa sebab rasuah berlaku dan apa yang perlu dibuat untuk mengurangkan dan mengatasi masalah itu". Secara umumnya, pada pandangan saya Rasuah bermaksud sesuatu perkara atau pemberian yang dilakukan atau diberikan untuk memperoleh sesuatu keuntungan daripada pemberian/ hadiah/ ganjaran dan sebagainya yang dibuat samada oleh orang perseorangan atau organisasi. Manakala menurut Oxford Advance Learners Dictionary, Corruption mean  dishonest or illegal behaviour, especially of people in authority. Ini adalah tafsiran saya sendiri, mungkin ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Bergantung pada diri masing - masing. Tent...

Kes Buli: Salah Siapa?

Imej
Kes Buli menjadi bualan hangat pelbagai peringkat masyarakat dan juga dalam media massa susulan kes buli yang terbaru berlaku dalam negara kita beberapa minggu yang lalu. Kes Buli yang melibatkan pelajar sekolah rendah (pelajar senior dan junior). Mungkin sudah menjadi trend atau perkara biasa mutakhir ini apabila dilakukan apa – apa perkara, mesti nak upload dalam Youtube atau Facebook atau media sosial yang lain – lain. Seolah – olah ingin menunjukkan kepada dunia bahawa dia lah yang paling hebat sekarang ini. Seperti kes yang berlaku, rakaman kes buli dimuat naik dalam Youtube yang boleh ditonton oleh orang ramai bukan sahaja di negara kita malah  di seluruh dunia!. Persoalannya sekarang, kenapa kes seperti ini berlaku? Apa puncanya? Semua ini menjadi persoalan yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak bagi mengatasi masalah ini dari terus berlaku. Saya bukanlah orang yang sesuai untuk mengulas isu ini. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis. Mungkin...

Kerana Nila Setitik…

Imej
Assalamualaikum W.B. T Semoga semua pembaca blog ini berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya dan dapat berkongsi pandangan dengan saya dalam blog ini. Pernah dengar pepatah “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Pepatah ini amat sesuai dengan apa yang nak dikongsikan pada entri kali ini tentang kebocoran kertas Peperiksaan UPSR tahun 2014. Amat mengejutkan semua pihak khususnya mereka yang berada dalam bidang pendidikan apabila kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan Sains didapati dibocorkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai pihak mendesak agar dikenakan tindakan yang keras terhadap mereka yang didapati membocorkan kertas peperiksaan tersebut.  Disebabkan oleh perbuatan yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab oleh beberapa orang itu, menyebabkan semua guru terkesan. Umpama seekor kerbau membawa lumpur, habis terkena lumpur semuanya… Sama lah jugak dengan mereka yang terlibat dalam badan beruniform. Tak semua yang berperangai...

57 Tahun Malaysia Merdeka

Imej
Assalamualaikum W.B.T Hari ini merupakan Cuti Umum seluruh negara bagi meraikan hari kemerdekaan bagi kita rakyat Malaysia. Saya bagi pihak diri sendiri ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara kali ke 57 kepada semua rakyat Malaysia”. Tahun ini, sambutan agak berlainan dengan sambutan tahun – tahun terdahulu. Tema yang dipilih tahun ini pada saya amat tepat dan kena dengan “keadaan dan situasi negara” sekarang. Tema Hari Merdeka keli 57 adalah Malaysia: Di sini Lahirnya Sebuah Cinta dengan angka 57 sebagai menandakan yang negara kita sudah 57 tahun merdeka sejak 31 Ogos 1957 yang lalu. Semestinya, aspek perpaduan amat dititik beratkan dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa dan agama yang terdapat di Malaysia dalam sambutan kali ini yang dilihat banyak perkara yang berlaku mengundang rasa “tidak selesa” dalam kalangan kaum. Banyak kenyataan negatif yang menghina kaum dan agama tertentu serta Institusi Beraja dalam laman sosial semakin menjadi ...