Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Islam

Halaqah TV9: 5 Fasa Masa

Imej
Oleh: Ustaz Harryanto Rizal Rokman Hadis Nabi pasal 5 Fasa masa ini membincangkan peristiwa yang akan datang. Perkataan Nabi adalah petunjuk kepada kita. Hadis 5 Fasa Masa ini merupakan berita gembira kepada Umat Nabi Muhammad s.a.w. Fasa Pertama: Fasa Kenabian Nabi bersama umat ketika itu. Fasa Kedua: Fasa Khilafah, di atas jalan Nabi s.a.w (Fasa Khalifah Al Rasyidun) Fasa ini disebutkan selama 30 tahun. Fasa Ketiga: Fasa Pemerintahan yang Mengigit. Bermula dari Bani Umaiyyah dan berakhir pada Zaman Uthmaniyyah. Fasa Keempat: Pemerintahan Diktator/Pemerintahan dengan Paksaan/Penindasan. Dipanggil juga sebagai Zaman Sekularisme (Pemisahan aktiviti dari agama). Zaman kita sedang lalui sekarang. Fasa kemuncak Fasa Kelima: Fasa Khilafah, seperti mana zaman Rasulullah s.a.w.

5 Perkara yang perlu disegerakan

Imej
Hidangkan makanan/minuman bila tetamu datang ke rumah. Uruskan jenazah dengan segera. Kahwinkan anak perempuan bila sampai masanya. Bayar hutang dengan segera. Istighfar minta ampun dengan segera Oleh: Ustaz Fawwaz Md Jan Sumber gambar:  palletrohani

Hari Ibu: Boleh ke Tidak Sambut?

Imej
Sambut Hari Ibu 'harus' bagi umat Islam: Mufti Kelantan KUALA LUMPUR: Meraikan sambutan Hari Ibu pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun bagi umat Islam adalah harus, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak meraikan Hari Ibu bagi menghargai jasa insan istimewa itu yang banyak berkorban jiwa dan raga dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.  "Mengucapkan Selamat Hari Ibu dan meraikan ibu yang melahirkan kita dan bersusah-payah membesarkan kita, mandikan kita dan membersihkan najis kita semasa kecil, adakah ia satu kesalahan?  "Perkara yang dilarang dalam Islam adalah menderhaka kepada ibu. "Kalau kita lakukan sesuatu yang 'harus' dan dapat memberi kegembiraan kepada orang lain termasuk ibu sendiri ia merupakan sedekah dan dikira mendapat pahala," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan haram untuk umat Islam menyambut ...

Al Kisah: Hisab Harta

Imej
Kisah yang diambil dari FB. Moga bermanfaat buat semua. Alkisah seorang Konglomerat telah menulis satu surat wasiat : "Barang siapa yang dapat menjagaku di dalam kubur setelah aku mati nanti akan ku warisi   separuh dari harta peninggalanku". Lalu ditanyakanlah hal itu pada anak- anaknya apakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Namun anak-anaknya menjawab, "Mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah karena pada masa itu ayah pun sudah menjadi mayat".  Selang keesokan harinya dipanggillah semua adik-adiknya dan beliau berkata, “Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga aku setelah aku mati nanti selama 40 hari bersamaku di dalam kubur? Nanti aku akan memberi setengah daripada hartaku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku. Dan adik-adiknya pun menjawab, “Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin ada manusia yang sanggup bersama mayat selama itu di dalam tanah.”  Lalu dengan sedih Konglomerat tersebut memanggil pe...

Golongan Manusia di PADANG MAHSYAR

Imej
Hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muaz bin Jabal menjelaskan: ………. Apabila berlakunya hari kiamat/ hari penyesalan / hari kerugian, maka umatku dibangkitkan dari kubur dan dihalau menjadi 12 golongan GOLONGAN PERTAMA Dibangkitkan dengan tiada kaki dan tangan. Mereka terdiri daripada orang yang menyakiti jiran dan mati sebelum bertaubat GOLONGAN KEDUA Dibangkitkan dengan berupa binatang atau babi. Mereka orang yang meremehkan perintah solat GOLONGAN KETIGA Dibangkitkan dengan perut yang besar, berisi ular dan kala. Mereka ini ialah orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat  GOLONGAN KEEMPAT Dibangkitkan dengan darah yang mengalir di mulut, peut terburai. Mereka ialah orang –orang yang berdusta dan menipu dalam perniagaan dan mati sebelum bertaubat  GOLONGAN KELIMA Dibangkitkan dengan bau busuk. Mereka ialah orang yang merahsiakan maksiat dan kejahatan yang dilakukan di dunia  GOLONGAN KEENAM Dibangkitkan dengan leher yang terpu...

Peristiwa yang berlaku dalam Hari - Hari Islam

Imej
Dalam Kalender Islam (Hijriah), nama hari - hari yang tujuh itu ialah: Ahad ertinya satu, Isnin ertinya dua, Selasa ertinya tiga, Rabu ertinya empat, Khamis ertinya lima, Jumaat ertinya berhimpun dan Sabtu ertinya memotong. Adapun peristiwa yang berlaku dalam hari yang tujuh ini mengikut sejarah Islam adalah seperti berikut: Ahad Allah menjadikan Alam ini. Allah menjadikan bintang - bintang dilangit. Allah menjadikan neraka. Allah menjadikan bumi sebanyak tujuh langit. Allah menjadikan tujuh jenis lautan. Allah menjadikan tujuh anggota manusia. Isnin Nabi Idris dinaikkan Allah ke langit. Nabi Musa mengunjungi Bukit Thur Sina. Bukti keesaan Allah diturunkan. Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w wafat. Selasa Nabi Yahya telah dibunuh. Nabi Zakaria telah dibunuh. Tukang - tukang sihir firaun ditewaskan. Asiah, isteri firaun mati telah dibunuh. Lembu Kaum Bani Israi...

Mereka yang mendapat Perlindungan Allah di Padang Masyar

Imej
Sabda Nabi s.a.w: " Tujuh golongan manusia dilindungi Allah di hari yang tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganNya, mereka ialah: 1. Pemimpin (Imam) yang adil. 2. Pemuda yang hidup dalam mentaati Allah. 3. Lelaki yang sentiasa mengingati masjid untuk beribadat. 4. Lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 5. Lelaki yang menolak pujukan seorang perempuan cantik dan mempunyai kedudukan yang tinggi (berpangkat). Disamping itu, dia berkata "sesungguhnya aku takutkan Allah". 6. Lelaki yang bersedekah dengan ikhlas dan tidak menghebohkan sedekahnya itu, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya. 7. Lelaki yang sentiasa menyebut (berzikir) nama Allah secara bersembunyi, maka ketika itu mengalirlah air matanya. Marilah kita sama - sama memposisikan diri kita dalam kelompok ini. Semoga beroleh rahmat dari Ilahi.. Insyallah..

Apa yang remaja kena tahu???

Imej
Antara pesanan Ustaz Abdullah Khairi kepada Remaja. Semoga bermanfaat... 1. Remaja perlu belajar  dan tahu untuk jadi IMAM solat 2. Pandai Baca Doa selepas solat 3. Pandai Solat Jenazah 4. Pandai mengetuai Tahlil Jenazah 5. Pandai Baca Doa Tahlil Semoga kita sama - sama belajar untuk menjadi seperti yang dipesan oleh Ustaz Abdullah Khairi. Insyallah dimana sahaja kita berada, masyarakat akan beroleh manfaatnya bila kita mempunyai ILMU. Tiada istilah pencen dalam menuntut ILMU AGAMA...

Bagaimana menjadi Imam?

Imej
Bagaimana untuk menjadi Imam dalam Solat? Apa perkara yang perlu dititikberatkan oleh kita untuk menjadi seorang Imam yang terbaik? Antara yang perlu diambil berat seperti: 1. Wajib menjaga Bacaan Wajib dalam solat. Takbiratul Ihram: Perlu dijaharkan/dinyatakan dengan jelas sebagai Imam. Bacaan Al Fatihah (Perlu dijaga 5 Perkara dalam bacaan Al Fatihah) 1. Jangan tertukar huruf atau tertukar baris dengan sengaja. 2. Bacaan didengar secara betul oleh makmum (kuatkan suara untuk solat malam dan jumaat). 3. Jaga syaddah (sabdu) dalam Al Fatihah: ada 14 tempat dalam Al Fatihah. 4. Tertib. 5. Menambah huruf dengan sengaja dalam Bacaan Al Fatihah boleh membatalkan solat. 2. Bacaan Sunat Solat. Imam perlu bezakan antara Solat Jahar (Solat Baca Kuat) dengan Solat Baca Perlahan 3. Berhenti sebentar selepas bacaan Al Fatihah (Saktah) Terdapat empat tempat yang perlu diambil perhatian oleh Imam selepas bacaan Al Fatihah dengan berhenti sebentar selepa...

10 Amalan Tingkatkan Darjat

Imej
10 Amalan yang boleh dilakukan untuk meninggikan dan meningkatkan darjat kita disisi Allah s.w.t 1. Bersedeqah dengan apa yang paling disayang. 2. Bangun Malam ketika orang lain sedang tidur (Solat Malam). 3. Baca Al Quran (1 hari 200 ayat). 4. Duduk bersama Orang Soleh/Ulama' (Kelas Agama). 5. Menghubungi Kaum Kerabat (Ziarah Menziarahi). 6. Rajin - rajinkan tengok Orang Sakit. Kenang dia sakit dan boleh mengubati sakitnya, Bagi memberi peringatan bahawa kita juga akan sakit suatu hari nanti. 7. Kurangkan bergaul dengan orang kaya yang gilakan dunia. 8. Banyakkan ingat Mati. 70 kali sehari 9. Kurangkan angan - angan. 10. Tawaddhuk (rendah diri). Sumber: Kuliah Dato' Ismail Kamus Masjid Jamek Ar-Rahmaniah, Kelang, Selangor. Jumaat, 16 Disember 2011

10 Perkara atau Perbuatan Yang Sia - Sia

Imej
Kali ini, marilah kita membicarakan tentang apakah perkara yang sia – sia yang ada dalam hidup kita seharian. Semoga dengan perkongsian ini, kita dapat menghindarkan perkara – perkara tersebut dalam hidup kita seharian. Insyallah…. Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:- Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyyatul masjid. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu ta...

Isu Wang Hantaran Mahal

Imej
Beberapa hari yang lalu, atau lebih tepat lagi pada 10 Ogos 2013 yang lalu dalam akhbar Kosmo! Memaparkan tajuk “ Ramai membujang lantaran hantaran mahal” di muka hadapan akhbar tersebut. Kalau tidak silap saya, isu hantaran mahal ini sudah ditimbulkan dalam tahun 2012 tentang rungutan masyarakat mengenai hantaran kahwin yang mahal. Hal ini semacam menjadi trend dalam kalangan masyarakat Melayu pada masa sekarang. Mereka lebih cenderung untuk meletakkan nilai hantaran yang tinggi bagi lelaki yang ingin mengahwini anak gadis mereka. Manakan tidak, nilai wang hantaran diletakkan mengikut taraf pendidikan atau kelulusan dari universiti (lihat gambar). Mungkin ini merupakan salah satu amalan yang menjadi ikutan bagi masyarakat di Malaysia. Mungkin juga perkara ini untuk menunjuk – nunjuk dan duit hantaran itu mungkin digunakan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang bersifat mewah dan eksklusif. Bukankan wang hantaran yang yang tinggi yang dikenakan kepada pihak lel...

Countdown to Ramadhan

Imej
Alhamdulillah, tidak berapa lama lagi, Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan tetamu agung Ramadhan Al Mubarak yang merupakan  suatu bentuk tarbiyah khas yang wajib dilalui oleh seluruh Umat Islam selama sebulan yang telah di rangka khusus oleh Allah s.w.t agar kita menjadi umat yang bertaqwa kepada Nya nanti. Di kesempatan ini, saya ingin kongsikan beberapa perkara yang berkait rapat dengan Ibadat Puasa ini. Semoga memberi manfaat buat semua pembaca. Insyallah. Definisi Puasa Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri manakala puasa dari segi istilah syara’ pula bermaksud menahan diri dari segala sesuatu yang dapat membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai matahari terbenam dengan disertai dengan niat. Jenis – jenis Puasa Puasa Wajib seperti puasa Ramadhan, puasa Nazar Puasa Sunat seperti puasa Isnin Khamis Puasa Haram seperti puasa Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha Rukun Puasa Niat pada malamnya Menahan diri dari s...