Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Sekitar Bab Pernikahan

Ustaz Halizal AliasSumber video: Banyu Suam
"Pernikahan yang paling besar barakahnya adalah perkahwinan yang belanjanya paling sedikit." Hadis Nabi s.a.w.
Kata Imam Hassan Al Basri: Ujian yang berat itu ada 4 perkara:
1. Banyak (ramai) anggota keluarga.2. Hartanya yang sedikit.3. Jiran yang jahat.4. Isteri yang mengkhianati suami.
"3 golongan yang berhak mendapat pertolongan oleh Allah s.w.t":
1. Orang yang berjuang dijalan Allah s.w.t.2. Orang yang berkahwin yang ingin menjaga kehormatan dirinya daripada perkara yang dimurkai Allah s.w.t.3. Hamba yang berkeinginan untuk membebaskan dirinya.
*Carilah pasangan yang BERTAQWA
Perempuan ada 3 jenis:
1. Perempuan satu untuk kamu: wanita yang perawan kerana hati dan cintanya untuk kamu.
2. Perempuan yang membebankan kamu: Perempuan yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Menangis kerana suami lamanya.
3. Perempuan untuk kamu dan membebani kamu: Perempuan yang pernah berkahwin yang tidak ada anak. Jika suami lebih baik, tida…

Kesalahan Dalam Kenduri Kahwin

Kuliah MaghribUstaz Shahul HamidTajuk: Kesalahan Dalam Kenduri KahwinSumber: Abu Khadijah Studio
Hukum Kenduri Kahwin: Sunnah Nabi yang sunat, bukan adat. Kalau adat tidak dapat pahala.
PERKARA HARAM DALAM KENDURI
1. Menilik hari - hari tertentu bila nak buat kenduri [tilik pasangan serasi atau tidak, nama yang serasi]. Tiada hari atau tempat yang sial dalam Islam.
2. Berlebihan dalam mengadakan kenduri.
- Makanan yang berlebihan, terlalu banyak jenis.- Perhiasan/Pelamin yang keterlaluan.
3. Memakai pakaian yang salah [Lelaki: pakai rantai, kain sutera, inai 3 jari. Perempuan: pakaian ketat, jarang, berkilau - kilau].
4. Bersanding menyerupai bukan islam, mempamerkan kecantikan isteri kepada orang ramai.
5. Perlu diasingkan antara Lelaki dan Perempuan.
6. Pengantin bersalaman tak kira jantina.
7. Penyediaan unsur - unsur negatif [Muzik/Lagu yang melalaikan, Rokok, Berkaraoke].
8. Bahan masakan yang tidak bersih atau tidak halal.
9. Jangan dihinakan makanan.

Novel Sampaikan Salamku...

Lama sungguh rasanya tak menulis dalam blog ini. Al maklumlah sibuk dengan "pelbagai urusan dunia" yang tidak akan pernah habis selagi kita belum "menutup mata". Alhamdulillah masih lagi diberikan kesihatan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan hari - hari mendatang dan semoga sempat bertemu dengan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi. Insyallah...
Hari ini saya nak promosikan sebuah novel nukilan sahabat saya di UiTM Puncak Perdana. Novel "Sampaikan Salamku" ini ditulis oleh MOHAMMAD FAKHRULRAZI B. MOHD FADIL atau nama panggilannya Reza Al Razi. Khabarnya novel terbitan JemariSeni ini sudah berada dipasaran. Dapatkan segera novel Sulung karangan Reza Al Razi ini.
Beliau merupakan seorang sahabat saya di Fakulti Pengurusan Maklumat dulu. Kami bersama - sama dalam Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) selama beberapa semester. Orangnya yang nampak agak pendiam tetapi bila berbicara, pelbagai butir mutiara yang dikongsikan bersama sahabat yang lain.
Soal menuli…