Info Sukan

              
    Permainan Hoki mula diperkenalkan secara demonstrasi pada Sukan Olimpik 1900, tetapi ia mula dipertandingkan pada Sukan Olimpik 1928 hingga sekarang.



               Pasukan India adalah Pasukan Asia Pertama yang menyertai Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH). Pasukan India telah memenangi Pingat Emas Olimpik sejak 1928 hingga 1960 apabila India menewaskan Pakistan. 



                Orang Perancis mula bermain permainan yang mirip tenis pada tahun 1300 selepas M dan memanggilnya sebagai “jeu de Paume”.



                Rod Laver merupakan pemain Profesional pertama yang berjaya memenangi kesemua Kejohanan Grand Slam. Antara kejayaan yang cemerlang ialah Kejohanan Wimbledon 4 kali pada tahun 1961, 1962, 1968 dan 1969. Beliau membantu negaranya menjulang Piala Davis sebanyak 4 kali.



                Setiap tahun terdapat empat kejohanan utama / Grand Slam dalam tenis (Wimbledon, Terbuka Perancis, Terbuka AS dan Terbuka Australia). 


                Acara lari berpagar lelaki mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik sejak 1896 dengan jarak 100 meter. Selepas tahun tersebut, jaraknya ditukar menjadi 110 meter. Acara 400 meter lari berpagar lelaki mula dimasukkan dalam Sukan Olimpik 1900.



              Pelari acara lari berpagar 400 meter dari AS, Edwin Moses berjaya mencipta rekod tanpa kalah sebanyak 107 kali dalam acara 400 meter lari berpagar.



                Acara lompat jauh mula diperkenalkan sejak Sukan Olimpik zaman Greek Purba lagi.

                Jaguh lompat jauh yang paling lama memegang rekod dunia ialah Bob Beaman dari AS. Beliau telah mencipta rekod di Sukan Olimpik 1968 di Mexico dengan lompatan sejauh 8.90 meter. Pada 1991, rekod beliau telah dipecahkan oleh Mike Powell di AS dengan catatan 8.0 – 9.5 meter di Kejohanan Olahraga di Duma, Tokyo.


                   Vaulting Horse adalah satu alatan Gimnastik yang penting. Gimnas Lelaki menggunakan alatan ini pada ketinggian 135 cm manakala Gimnas Wanita menggunakan pada ketinggian 120 cm.


                    Sukan Asia Tenggara / Sukan SEA pada asalnya dikenali sebagai Sukan Semenanjug A – T ialahj cadangan Naib Presiden Jawatankuasa Olimpik Thailand, Laung Suklumnapredit.


                   Jaguh Skuasy Negara, Nicol David telah mencipta sejarah apabila menggondol Gelaran Juara Dunia Skuasy Remaja pada 1998 dan 2001, memenangi Emas di Sukan Asia 1998, 7A PMR dan SPM.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan