Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Cinta Baru Kekasih Lama

Cinta Baru Kekasih Lama?
Cinta Lama Kembali setelah lama menghilang? Rumahtangga jadi tidak keruan? Mahu cegah sebelum parah? Apa nak buat?
Tips nak elak Cinta Lama berputik kembali.
1. Buat tak tahu dengan Kekasih Lama/ Jangan Layan. 2. Khabarkan kepadanya dengan baik bahawa "Saya Sudah Berkahwin". 3. Ingatkan dia tentang berdosa bercinta dengannya sebab sudah ada pasangan. 4. Genggam elok - elok janji yang dibuat dengan pasangan kita. 5. Doa pada Allah semoga dijauhkan dari sebarang anasir yang boleh memporak perandakan rumahtangga. 6. Kawal Emosi, Jangan turutkan Nafsu. 7. Cari sokongan atau pandangan orang lain untuk atasi masalah ini. 8. Masalah peribadi jangan dijadikan alasan untuk berpisah. 9. Jangan cerita masalah peribadi dengan pasangan pada orang lain. Sebaiknya berbincang dan jika perlu, ceritakan pada mereka yang berkaitan sahaja. 10. Tepis dugaan dan cabaran dalam alam perkahwinan dengan Iman dan Taqwa.
# Sekadar Renungan # Semanis Kurma TV9 2012 (Episod 8)

6 Petua Imam Syafie Menuntut Ilmu

Cerdik: Jaga otak.Tamak dalam mencari IlmuBanyakkan Bersabar dalam menuntut IlmuKena ada DuitHormati Pendidik [Doakan guru - guru]Belajar mesti panjang masanya
Ustaz Badli Shah Alauddin

Tazkirah Ringkas: 5 Perkara Kena Guna Duit Suami

5 Benda Kena guna duit Suami
1. Makanan  dan Minuman2. Alatan Mandian3. Ubat Ubatan4. Pakaian baru buat Isteri 2 helai setahun (Sepersalinan)5. Rumah (Tempat tinggal), Bil Air, Elektrik
"Sedekah yang diberi kepada keluarga itu adalah yang afdhal".
Oleh: Ustaz Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan
# Sekadar Perkongsian Bersama.# Mohon Teguran Jika Ada Kesilapan.# Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari).

Aku Seorang Blogger

Alhamdulillah, kalau nak dikira ini tahun ke 2 saya menulis dalam Blog Serai Kayu 123 ini selepas dibuka pada tahun 2012 yang lalu, kalau tak silap dalam bulan Februari 2012. Tujuan blog ini dibuka hanya untuk suka suka saja. Orang kata sebagai "diari bergerak". Kalau dulu, segala aktiviti yang dibuat dan akan dibuat ditulis dalam buku diari untuk peringatan. Sekarang, smartphone pun boleh jadi diari kita. Siap boleh set remainder lagi untuk setiap perkara.
Kalau disoroti dalam internet, pelbagai jenis blog yang terdapat sekarang ini. Ada blog Peribadi, blog Kembara, Fesyen blog, blog Masakan, blog Informasi, blog Politik dan macam - macam lagi. Ada juga yang menjadikan blog sebagai kerjaya, boleh buat duit hanya dengan menulis. Saya punya blog namanya "Blog Ikut Suka".
Bab nak tulis entri terbaru kadang kala menjadi masalah jugak. Ada masa malas nak update entri terbaru walaupun banyak idea mencurah - curah untuk menulis. Kadang kala sebab tak ada mood nak update bl…

Tazkirah Ringkas: 5 Cabaran Orang Mukmin (Hadis)

5 Cabaran Orang Mukmin (Hadis)
1. Mukmin lain yang dengki padanya.2. Orang munafik yang benci pada orang mukmin.3. Orang Kafir yang memerangi kamu.4. Syaitan yang menyesatkan Mukmin.5. Nafsu yang merasuk Orang Mukmin.
Oleh: YB Dato' Ustaz Nassuruddin DaudKuliah Jumaat, 28 November 2014Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan. # Sekadar Perkongsian Bersama. # Mohon Teguran Jika Ada Kesilapan. # Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari).

Makan Malam di Wong Solo

Tadi, saya bersama rakan, Muhammad Asyraf makan malam di Restoran Ayam Bakar Wong Solo Sdn Bhd di Jalan DwiTasik 1, Dataran DwiTasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.
Tak ada plan - plan pun nak makan sekali. Duk main - main Whatsapp, tup - tup dia ajak saya keluar makan sambil borak - borak. Saya pun ok je lah kalau nak datang ambik. Dipendekkan cerita, dia datang dengan kereta dan kami ke Jalan DwiTasik untuk makan malam. (Kalau tak datang ambik, memang tak pergi. Kereta pun tak de). Lagipun dia tinggal dekat jer dengan rumah kakak saya di Kuaters Guru Bandar Sri Permaisuri ni.
Pusing punya pusing di kawasan tersebut, ternampaklah sebuah restoran berwarna hijau yang nampak menarik pada pandangan mata kami.
"Nak try yang ni ke?, tanya Asyraf.
"Ok jer", jawabku dengan penuh selamba.
Keluar dari kereta, tengok - tengok Restoran Ayam Bakar Wong Solo. Kami masuk je lah. Macam menarik dan paling penting Halal.
Alhamdulillah, kawasan dalam restoran bersih, ada surau dan pekerj…