5 MITOS KESIHATAN DAN PEMAKANAN YANG TERBUKTI TIDAK BENAR


Berikut adalah mitos yang terbukti tidak benar berdasarkan sains kesihatan dan pemakanan.

1) ‘MINUM AIR SEJUK/AIS TAK ELOK UNTUK KESIHATAN’

Ada juga yang kata tak boleh minum sebab boleh bekukan lemak. Tidak betul, malah tahukah anda bahawa ais/air sejuk sangat bagus ketika bersukan?

Mengikut kajian, air sejuk telah terbukti meningkatkan prestasi sukan apabila diminum sebelum bersukan jika dibandingkan dengan air suam.

Hanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti asthma sahaja yang perlu elakkan pengambilan air sejuk.

2) ‘MAKAN BANYAK-BANYAK, NANTI BERSENAM BOLEH KURUS SEMULA’

Tahukah anda, Sel lemak hanya boleh mengecil tetapi kuantiti tak akan berkurang?

Inilah sebabnya mengapa mereka yang pernah obese lebih senang naik berat dari mereka yang tidak pernah, kerana sel lemak tinggal nak diisi sahaja tidak perlu dihasilkan lagi.

Bersenam membakar kalori, tetapi kalori yang dibakar perlu diseimbangkan dengan kalori yang diambil.

Formula badan yang sihat, 80% dari pemakanan yg sihat 20% lagi dari aktiviti fizikal.

Ingat, sel lemak tak pernah tinggalkan kita.

3) 'AKU NI KURUS, TAK PERLU RISAU MASALAH KOLESTROL’

Mengikut statistik, rakyat Malaysia yang mempunyai bmi normal malahan underweight juga mengalami masalah kolestrol tinggi!

Puncanya? pemilihan makanan yang kurang tepat, tinggi lemak, tidak aktif dan merokok.

Oleh itu, lakukanlah pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk ketahui status kesihatan anda lebih-lebih lagi selepas menikmati pelbagai juadah hari raya.

3) 'SEMUA LEMAK MAKANAN MENYEBABKAN PENYAKIT'

Tak semua lemak itu tidak baik atau jahat. Lemak pun ada fungsinya di dalam badan kita.

Tingkatkan pengambilan lemak yang baik seperti omega 3 yang terdapat dalam minyak zaitun, chia seed, ikan, dan kekacang.

Namun, semuanya haruslah diambil dalam kuantiti sederhana bukanlah berlebihan.

Musim raya ni, mesti banyak makanan berlemak bukan? Jadi berwaspadalah jangan terlampau berlebihan kelak menangis tidak berkesudahan.
.
5) ‘PAKAI BENGKUNG BOLEH KURUS’


Pemakaian bengkung tidak boleh membakar lemak! Mungkin hanya menyorok lemak dan ‘spare tyre’ anda tapi bukanlah membakar lemak.

Bengkung yang baik boleh memperbetulkan postur badan tetapi sama sekali tidak boleh membakar lemak.

*Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia. Disunting oleh pakar pemakanan bertauliah Jomsayheart Nutrition Consultancy. 

Nak lagi info-info pemakanan daripada Pakar Pemakanan? LIKE Jomsayheart Nutrition Consultancy.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan