Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Info

Mesyuarat: Jadikan IQ Rendah???

Imej
Penulis "ditag" oleh seorang kawan di facebook tentang Mesyuarat boleh Merendahkan Kadar IQ. Di sertakan juga satu keratan akhbar tentang kajian yang dibuat oleh Virginia Tech Crilion Research yang mengatakan bahawan mesyuarat boleh melemahkan IQ. Saya tidak menolak yang perkara ini boleh berlaku dan juga sebaliknya. Boleh dipertikaikan cara kajian yang dilakukan oleh institut ini yang mungkin tidak mengambil kira beberapa aspek yang menjadi keutamaan dalam pengendalian sesuatu mesyuarat. Kekerapan mesyuarat, masa dan cara mengendalikan mesyuarat antara aspek yang perlu diambil berat. Dalam Al Quran sendiri, dianjurkan untuk bermesyuarat sesama kita agar keputusan yang diambil itu lebih baik dan kolektif. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al Syura, ayat 38 yang bermaksud: "Dan juga orang - orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan solat dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara mesyuarat bermesyuarat sesam...

Cinta Baru Kekasih Lama

Imej
Cinta Baru Kekasih Lama? Cinta Lama Kembali setelah lama menghilang? Rumahtangga jadi tidak keruan? Mahu cegah sebelum parah? Apa nak buat? Tips nak elak Cinta Lama berputik kembali. 1. Buat tak tahu dengan Kekasih Lama/ Jangan Layan. 2. Khabarkan kepadanya dengan baik bahawa "Saya Sudah Berkahwin". 3. Ingatkan dia tentang berdosa bercinta dengannya sebab sudah ada pasangan. 4. Genggam elok - elok janji yang dibuat dengan pasangan kita. 5. Doa pada Allah semoga dijauhkan dari sebarang anasir yang boleh memporak perandakan rumahtangga. 6. Kawal Emosi, Jangan turutkan Nafsu. 7. Cari sokongan atau pandangan orang lain untuk atasi masalah ini. 8. Masalah peribadi jangan dijadikan alasan untuk berpisah. 9. Jangan cerita masalah peribadi dengan pasangan pada orang lain. Sebaiknya berbincang dan jika perlu, ceritakan pada mereka yang berkaitan sahaja. 10. Tepis dugaan dan cabaran dalam alam perkahwinan dengan Iman dan Taqwa. # Sekadar R...

6 Petua Imam Syafie Menuntut Ilmu

Imej
Cerdik: Jaga otak. Tamak dalam mencari Ilmu Banyakkan Bersabar dalam menuntut Ilmu Kena ada Duit Hormati Pendidik [Doakan guru - guru] Belajar mesti panjang masanya Ustaz Badli Shah Alauddin  

Fattabiouni TVAH: Sunah Nabi dalam Kelahiran

Imej
Antara perkara yang Rasulullah s.a.w letakkan keutamaan yang tinggi adalah pada didikan untuk generasi yang akan datang. Baginda memikirkan didikan awal jauh dari luar batasan pemikiran manusia. Nabi s.a.w menjadikannya suatu perkara yang penting sejak sebelum perkahwinan lagi semasa pemilihan calon Suami/Isteri, kemudian ketika proses mengandung dan juga semasa kelahiran dengan memastikan anak - anak yang lahir itu dikelilingi oleh adab - adab yang menjadikan kelahiran tersebut sebagai persiapan kepada anak itu untuk terpeliharan menjadi hamba Allah yang solleh, terpelihara dari gangguan syaitan, terhindar dari penyakit dalaman dan luaran yang mungkin menimpa manusia. Baginda menyebut kepada kita bahawa syaitan mempermainkan anak yang baru dilahirkan dari rahim ibunya. Renungkan bagaimana dengan mengingati Allah ketika hamil boleh memelihara manusia dari syaitan dan kejahatannya. Sunnah Pertama: Mengalunkan Azan Bayi Supaya sejak lahir lagi bayi tersebut didengar...

Tanggungjawab/ Amanah Kita

Imej
Tanggungjawab/ Amanah Kita Oleh: Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan Sumber Video: Abu Khadijah Studio Ada 3 yang utama: Amanah kepada Allah s.w.t Amanah kepada Alam Sekitar Amanah kepada Manusia lain. Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Hak Orang Islam kepada Orang Islam yang lain ada 6 Perkara adalah: Beri Salam kepada orang lain. Dijemput, mesti penuhi jemputan. Beri nasihat bila diminta. Bila bersin, doakan mereka. Bila sakit, pergi melawat. Bila mati, ikut jenazahnya. 1. Bila berjumpa, beri salam. Perkara sunat yang lebih besar pahala dari yang wajib: - Beri Salam hukum sunat (pahala besar) dari Jawab salam  - Ambil air sembahyang awal sebelum waktu solat hukumnya sunat tapi boleh pahala besar berbanding ambil air sembahyang lewat. - Bilal hukumnya Sunat, Imam hukumnya Wajib [Pahala jadi Bilal lebih besar berbanding jadi Imam]. - Beri hutang, berjanji bayar dalam suatu tempoh, wajib beri tangguh jika ada masalah. Pahala halal hutang lebih bes...

Info Surah - Surah Pilihan

Imej
Bacalah: Surah Al Kahfi, ayat 1- 10 banyak - banyak Surah Al Zalzalah sehari 2 kali. (Dibaca sekali bersamaan Separuh Al Quran) Surah Al Kafirun baca 4 kali. (Dibaca sekali bersamaan 1/4 Al Quran) Surah Al Ikhlas 3 kali. (Dibaca sekali bersamaan 1/3 Al Quran) Surah Al Mulk, Al Sajadah, Al Waqiah, Surah Yaasin (Baca selepas Isyak/ sebelum tidur)   Sumber:    Kuliah Maghrib Kitab 40 Hadis Pilihan Ms 59   Oleh: Ustaz Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Abu Khadijah Studio]  

Antara Sunnah dalam Kehidupan Nabi S.A.W

Imej
Nabi s.a.w ajar sikat rambut belah dua, turun ke bawah. Nabi larang potong rambut belah tepi, simpan rambut atas sahaja. Utamakan tangan kanan dalam semua perkara yang baik. Jangan minum/makan dengan berdiri/berjalan. Jangan makan dengan pisau ditangan. Jangan campur makanan darat dengan laut. Makan buah/ sayur dahulu sebelum makan makanan berat. Keburukan makan buah selepas makan berat: mengganggu sistem penghadaman, jadi mengantuk. Nabi tidur sebelah kanan. Nabi suka kurma, labu, timun. Ceramah oleh: Ustaz Shahul Hamid (PU Shahul) Sumber Video Penuh:  Sunnah Dalam Kehidupan Sumber gambar:  https://www.facebook.com/ustazshahulhamid165 Semoga menjadi panduan dan ingatan buat kita semua untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Walau sedikit, moga dapat memberi manfaat yang besar. Jom amal ikut Nabi s.a.w. Insyallah...

Buat mengikut Keutamaan

Imej
Assalamualaikum W.B.T Bila bosan melanda diri, blog menjadi penemannya. Hari ini saya ingin berkongsi tentang Keutamaan yang perlu dibuat oleh kita menurut pandangan peribadi saya. Ada perkara yang perlu didahulukan daripada perkara lain dan ada perkara yang perlu dikemudiankan. Segalanya bergantung pada diri sendiri. Orang putih kata "It's depend on yourself!". Sebagai contoh, baru dapat gaji untuk bulan 5 ni. Apa yang nak dibuat? Nak belanjakan semua atau simpan sedikit sebagai tabungan atau apa?? Apa yang anda ingin lakukan perlulah dirancang agar tidak menjadi masalah dikemudian hari. Saya selalu bezakan antara KEPERLUAN dan KEHENDAK. Rasanya dalam entri yang lepas ada disentuh berkenaan dengan dua perkara ini. Antara smartphone dengan bayar pinjaman PTPTN, yang mana menjadi keutamaan kita. Kalau dah ada telefon yang canggih, rasanya tak perlulah untuk tukar telefon lain. Kalau nak diikut zaman sekarang, zaman teknologi yang pantas berubah, memang tak...

Bos vs Pemimpin

Imej
Assalamualaikum W.B.T Macam biasa lah, bila tak ada isu atau benda yang nak dikongsikan sebagai entri di blog ini, memang terasa kosong. Ha3. Justeru, saya mencari - cari dalam laman Facebook dan terjumpalah gambar diatas. "Difference between Boss vs Leader". Sebelum kita ulas lebih jauh, mari tengok apa beza antara Bos dan Pemimpin. Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat: Bos: Orang yang berkuasa, mengawal, mengarahkan atau memberi perintah kepada orang bawahan (pekerja dsbg), ketua, majikan [m/s 204]. Menurut Oxford Advanced Learner's Dictionary: Leader: a person who leads a group of people, especially the head of a country, an organization etc. Kalau dilihat dalam maksud perkataan tersebut, memang ada persamaan dari segi makna. Tetapi ianya berbeza dari segi sifatnya. Dua orang yang berbeza. Berdasarkan sedikit pengalaman yang ada, boleh dibezakan antara PEMIMPIN dan BOS. Dalam pemerhatian saya selama lebih kurang 3 tahun di UiTM Kampu...

Puncak Perdana Beristighfar 2014

Imej
   Dijemput hadir beramai - ramai memeriahkan program.

Marah dan Pemarah?

Imej
Menangani Marah: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah [Dipetik dari ceramah Dr Fadzillah Kamsah dan Ustaz Kazim Elias] Cuba renungkan seorang diri, bilakah kesabaran anda yang terakhir tercabar? Meletup? Ada sebab dan punca mengapa kita marah. Punca hilang pertimbangan dan marah: Diganggu oleh orang lain Diejek perli, dikutuk, hina Tidak diendah oleh orang lain Orang lain ambil hak kita: parking kereta diambil orang Orang cabar kebolehan kita Orang tak hormat kita Diberi nasihat tanpa diminta oleh kita Bila bertungkus-lumus buat kerja, tak dihargai, malah dikomen Rendah diri keterlaluan Peristiwa lampau yang diingati Sebab masalah kesihatan, hormon tak seimbang Terlampau banyak stress Personaliti yang panas baran: cara dididik oleh orang tua, suasana dibesarkan, mak marah masa mengandung Sifat tak mahu kalah atau mengalah Kesan – kesan marah Kesihatan fizikal dipengaruhi. kalau marah, mudah sakit Orang pemarah cepat tua Mudah kena sakit jantung ...

Fakta Buku

Imej

30 Orang Pertama dalam Islam

Imej
30 Orang Pertama dalam Islam Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua. Hari ini dikongsikan siapakan 30 Orang Pertama dalam Islam. Semoga bermanfaat buat semua :) 1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.   2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS. 4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS. 5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS. 6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS). 7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW. 8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA. 9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA. 10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA. 11. Orang yang pertama menyusuk...