Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

1MET 2015: Unleash Your Potential (Throwback)

Pada 13 – 14 November 2015 yang lalu, saya telah menyertai program 1 Malaysia Entrepreneur (1MET) 3.0 yang telah diadakan di Villa Danialla Beach Resort, Jalan Tok Bali, Bachok Kelantan. Program selama 2 hari itu adalah suatu program keusahawanan yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk berkongsi tentang ilmu keusahawanan kepada peserta yang terlibat.
Dianggarkan sekitar 200 orang peserta yang telah menyertai bootcamp ini. Ada kalangan peserta yang sudah mempunyai perniagaan dan ada jugak yang sekadar untuk menimba ilmu tentang keusahawanan semata – mata.
Dalam program yang berlangsung selama 2 hari tersebut, kami didedahkan tentang pelbagai ilmu untuk menjadi seorang USAHAWAN yang berjaya.
Cuma ada beberapa saranan yang boleh dilakukan oleh pihak penganjur dalam memastikan program ini mendapat manfaat kepada golongan sasaran.
1. Saya perhatikan peserta yang menyertai program berkenaan terdiri dari 2 kelompok yang berbeza. Satu kumpulan yang SUDAH MEMPUNYAI PERNIAGAAN dan satu kumpulan …

Isu Rokok Elektonik

Mutakhir ini, Isu Rokok Elektronik atau Vaping menjadi bahan bualan dan bahan perbincangan oleh pelbagai pihak dalam pelbagai media dalam negara kita. Saya bukanlah seorang perokok atau seorang vaper untuk mengulas isu ini. Cuma, pendapat ini dicoretkan sebagai pandangan peribadi penulis sahaja. Mungkin ada yang bersetuju, dan mungkin sebaliknya.
Saya pernah mengulas tentang isu e-cigarettes dalam entri blog ini beberapa tahun yang lampau. Saya ada pengalaman bersama dengan seorang rakan semasa belajar di UiTM dulu. Suatu malam, kami bersama beberapa rakan yang lain ke Uptown Shah Alam, Selangor. Saja jalan – jalan hilangkan stress belajar.
Entahlah, tanpa dirancang, kawan saya ni nak beli rokok elektronik yang secara kebetulan memang berlambak dijual di Uptown tersebut. Seingat saya, rokok itu dijual satu set ada 2 batang. Kawan saya beli sebatang dengan harga lebih kurang RM 80.00, berkongsi dengan seorang pembeli yang kebetulan nak beli jugak. Memang rokok tu ada perisa yang sedap da…

Kacau Bubur Asyura 2015 (Throwback)

Pada 31 Oktober 2015 yang lalu, Madrasah (Balaisah) Kampung Chengal Pulas telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura secara bergotong royong yang diadakan di sekitar madrasah. Seingat saya, ini kali pertama kami buat Bubur Asyura di surau. Dan program ini adalah antar program yang terbesar pernah dijalankan di madrasah kami.
Perancangan awal nak buat 2 kawah sahaja. Tetapi, bila fikir – fikir balik takut tak cukup, tambah lagi 1 kawah, menjadikan keseluruhan 3 kawah Bubur Asyura yang dimasak hari berkenaan. 2 kawah asyura daging dan satu kawah asyura kosong (tanpa daging).
Memang kalau nak diikutkan, kacau asyura ni memakan masa yang lama. Masa kami buat dulu, mula kacau asyura (hidupkan api) jam 8 pagi dan selesai sekitar jam 6 petang. Sekitar 10 jam nak siapkan 3 kawah Bubur Asyura.
Yang paling gembira bila buat gotong-royong ni adalah kerjasama dari semua pihak yang menjayakan program. Ada yang bagi sumbangan duit, ada yang bagi sumbangan bahan mentah dan juga tenaga untuk mengaca…

Koleksi Simple Sunnah Nabi s.a.w

Koleksi Simple Sunnah 1-16
Simple Sunnah#1 1.Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan. 2.Tutup Kepala bila masuk tandas.

Simple Sunnah#2 1.Kibaskan Tempat tidur 2.Permulaan tidur mengiring sebelah kanan. 3.Kepala menghadap kiblat. 4.Baca doa tidur.

Simple Sunnah#3 1.Minum dengan tangan kanan. 2.Minum dalam keadaan duduk. 3.Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

Simple Sunnah#4 1. Datang awal ke masjid 2. Berjalan kaki ke masjid jika dekat dan berkemampuan. 3. Berwuduk dari Rumah. 4. Baca doa masuk dan keluar masjid.

Simple Sunnah#5 1. Masuk tandas pakai alas kaki. 2. Buang air dalam keadaan duduk. 3. Masuk tandas tidak boleh lama - lama. 4. Jangan makan dan minum dalam Tandas.

Simple Sunnah#6 1.Bagun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur. 2.Kemas tempat tidur. 3.Bersihkan diri.

Simple Sunnah#7 1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri. 2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak. 3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg d…