Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Isu Perkahwinan: Berpahala tapi Berdosa

Isu Perkahwinan salah satu daripada isu yang evergreen selain daripada isu politik, yang selalu disebut dan dibincangkan oleh pelbagai kalangan masyarakat di Malaysia khususnya. Sebab perkahwinan dijalankan oleh masyarakat di Malaysia mengikut agama dan adat masing - masing. Untuk tulisan kali ini, penulis akan memfokuskan tentang Perkahwinan Orang Melayu sahaja. 
Tulisan ini berdasarkan pembacaan, pengalaman dan sedikit ilmu dari kuliah - kuliah yang penulis hadiri dan juga melalui ustaz - ustaz di youtube yang mengupas isu perkahwinan ini. Semoga tulisan yang tidak seberapa ini bermanfaat buat semua yang membaca dan sebagai salah satu amal jariah penulis kelak. Amin...
Bila sebut pasal kawin, semua orang nak berkahwin. Samada kahwin lagi atau baru pertama kali nak berkahwin. Dan tentunya setiap pasangan yang ingin berkahwin itu mempunyai tema atau konsep perkahwinan yang diingini. Konsep dalam taman, konsep perkahwinan ala tradisional, konsep perkahwinan barat dan pelbagai lagi tema y…

Kisah Pencari Kerja

1. Isu Pencarian Kerja ni memang menjadi suatu perkara yang dibincangkan dalam kalangan mahasiswa/wi yang baru bergraduan atau yang "berstatus penganggur" dari IPTA/IPTS samada dari dalam negara atau luar negara.
2. Ada orang kata "Jangan memilih kerja", "Kerja je apa - apa pun, janji dapat kerja". Ini antara kenyataan dari orang ramai lah bila berjumpa atau berbual - bual dengan mereka yang belum bekerja atau belum dapat kerja. Ada pro dan cont lah dalam kenyataan tu. Nanti kalau berborak dengan mereka yang berkenaan akan tahu lah jawapannya...
3. Perkongsian tulisan pandangan peribadi saya dah banyak ditulis dalam blog ni berkenaan dengan cari kerja ni. Salah satu yang saya bangkitkan adalah tentang umur persaraan penjawat awam. Secara kasarnya, kalau boleh dihadkan untuk umur persaraan wajib sekitar 55 tahun sahaja dan mungkin boleh dilanjutkan sehingga umur 60 tahun untuk jawatan kritikal yang memerlukan kepakaran tertentu sahaja.
4. Kasihanlah kepada ka…

Mencari Agama Di Kota...

Kuliah Agama atau apa sahaja nama yang digunakan untuk merujuk kepada Pengajian Agama memang menjadi suatu fenomena anak muda masa sekarang. Mana tak nya, kalau kuliah agama di bandar - bandar besar didominasi oleh golongan anak - anak muda yang dahagakan ilmu agama.
Kalau diingat dahulu, Pengajian Agama dahulu aktif di kawasan luar bandar atau kawasan kampung. Tapi sekarang, rasanya dah terbalik pulak. Di kawasan bandar pula yang lebih meriah dengan pengajian agama berbanding dengan kawasan kampung. Ini pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman sendiri lah tanpa melalui kajian yang teliti.
Kalau diikuti dalam media massa seperti Facebook dan Youtube, memang banyak ceramah atau kuliah agama yang diupload. Kalau dulu, nak cari kelas agama atau pengajian agama, kena pergi ke kampung atau kawasan luar bandar. Tapi kalau sekarang, kawasan bandar lagi meriah dengan pengajian agama. Masjid - masjid dan surau meriah dengan pelbagai jenis pengajian agama yang diadakan secara berkala (ha…

Kerana Aku Orang Kelantan?

Setiap negeri yang berada dalam Malaysia mempunyai keunikan dan kelebihan masing - masing. Bukan sahaja setiap negeri dengan negeri yang lain, malahan setiap daerah dalam negeri pun ada mempunyai perbezaan dan keunikan masing - masing. Samalah juga dengan Negeri Kelantan yang semua sedia maklum bahawa Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang ini, mempunyai seribu satu keunikan yang tersendiri yang saya pasti semua sudah maklum akan hal ini.
Cuma, untuk entri kali ini, Insyallah saya akan nukilkan beberapa perbezaan atau keunikan yang ada di negeri ini yang berbeza dengan negeri lain. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja. Mungkin pandangan pembaca tidak sama dengan saya. Dan mungkin ada perkara yang tidak disentuh dalam tulisan kali ini.
Laras Bahasa / Loghat Yang Berbeza
Antara keunikan yang paling ketara bagi kami ore kelate adalah berbeza bahasa pertuturan dengan negeri lain. Saya ada ramai kawan dari negeri - negeri luar Kelantan, bukan rakyat temp…