Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

4 Tips Urus Wang

Imej
Pengurusan Kewangan yang berkesan merupakan antara faktor terpenting bagi memastikan kedudukan kewangan individu atau sesebuah keluarga berada dalam keadaan kukuh dan selamat. Hal ini penting dalam menjamin kehidupan di masa hadapan. Ibarat kata pepatah Melayu, " beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis " mesti diamalkan dalam pengurusan kewangan masyarakat masa kini. Sikap berwaspada dan berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian amat penting dalam kehidupan supaya tidak berlaku masalah dikemudian hari. Dalam konteks pengurusan kewangan, pelbagai cara boleh diambil dalam menguruskan perbelanjaan seharian individu atau keluarga. Disini saya akan kongsikan 4 tips yang boleh diamalkan untuk menguruskan kewangan. 1.  Beli Ikut Keperluan, Bukan Kehendak. Dalam berbelanja membeli barangan keperluan seharian, seharusnya perlu dibezakan antara perkara yang menjadi keperluan dan kehendak peribadi. Hal ini kerana terdapat barang yang sangat diperlukan untuk kehi