4 Tips Urus Wang
Dalam berbelanja membeli barangan keperluan seharian,
seharusnya perlu dibezakan antara perkara yang menjadi keperluan dan kehendak
peribadi. Hal ini kerana terdapat barang yang sangat diperlukan untuk kehidupan
kita dan ada juga barang yang diperlukan sekadar untuk memenuhi kehendak kita
yang tidak terbatas. Sebagai contohnya, antara membeli keperluan asas dapur
seperti minyak, gula dan sebagainya berbanding dengan menukar smartphone baru,
yang mana perlu didahulukan dalam perbelanjaan seharian?. Semestinya keperluan
asas mesti diutamakan berbanding membeli smartphone baharu. Perancangan
perbelanjaan yang baik dengan membezakan antara keperluan dan kehendak amat
penting dalam menjamin kewangan yang stabil dalam kehidupan.
Berbelanja mengikut keperluan amat dituntut dalam kehidupan
seharian. Ibarat kata pepatah “Ukur baju dibadan sendiri” sewajarnya dijadikan
panduan dalam berbelanja. Jangan terlalu mengikut emosi, kawan, trend atau
fesyen terkini sehinggakan menjejaskan kewangan diri sendiri.
2. Bandingkan Harga Barangan.
Dalam membuat perancangan perbelanjaan seharian, perbandingan
harga dan kualiti produk perlu dilakukan tanpa membeli barangan tersebut secara
terburu – buru. Pelbagai cara yang boleh dilakukan dalam membandingkan harga
dan kualiti produk sebelum membeli. Antaranya boleh dibandingkan antara sebuah
kedai dengan kedai yang lain yang menjual barangan yang sama. Sebagai
contohnya, Kedai A menjual tepung gandum berharga RM 3.00 manakala Kedai B
menjual tepung gandum dengan harga RM 2.90. Pengguna yang bijak akan memilih
barangan yang berharga murah bagi menjimatkan perbelanjaan.
Pembelian barangan buatan tempatan juga boleh dibuat dalam
perbelanjaan seharian bagi meminimumkan perbelanjaan. Secara umumnya, produk
tempatan juga setanding dengan barangan luar negara malah lebih bermutu dari
barangan luar. Langkah membeli barangan tempatan juga akan memberi galakan
kepada perkembangan ekonomi negara.
3. Menabung Untuk Masa Hadapan
Menabung adalah antara satu cara yang boleh dilakukan dalam mengurus kewangan dalam kehidupan. Kalau dikaji secara mendalam, keperluan menabung amat diperlukan untuk masa hadapan atau untuk menghadapi situasi kecemasan. Bagi menjamin kedudukan kewangan yang stabil, seseorang itu perlulah membuat simpanan sebahagian daripada pendapatan yang diterima secara bulanan. Menurut kajian, seseorang itu perlulah menyimpan sepuluh peratus daripada pendapatannya. Sikap suka menabung ini mampu memberi keyakinan kepada seseorang tentang jaminan kewangan masa depannya.
4. Kawal Penggunaan Kad Kredit
Seterusnya, penggunaan kad kredit harus dikawal
atau dipantau dengan lebih teliti dan cermat dalam merancang kewangan. Penggunaan kad kredit yang tidak diawasi memberi galakan kepada
kita untuk berbelanja berlebihan kerana penggunaannya tidak melibatkan wang
kertas. Sikap negatif sesetengah pemilik ked kredit yang tidak mengawasi baki pembayaran kad kredit menyebabkan seseorang
itu terpaksa membayar kadar bunga yang tinggi sehingga menyebabkan kadar hutang
terus meningkat. Penggunaan kad kredit memang menudahkan perbelanjaan seharian tetapi jika tidak digunakan dengan baik, ia akan memberi kesan negatif kepada manusia.
Kesimpulannya, perancangan kewangan amat penting dalam menuruskan sumber kewangan seharian. Perancangan yang baik akan menjamin kedudukan kewangan yang stabil untuk kegunaan dimasa hadapan. Suasana ekonomi yang semakin mencengkan memerlukan setiap dari kita merancang perbelanjaan seharia agar tidak menjadi masalah dikemudia hari. BRIM
Kesimpulannya, perancangan kewangan amat penting dalam menuruskan sumber kewangan seharian. Perancangan yang baik akan menjamin kedudukan kewangan yang stabil untuk kegunaan dimasa hadapan. Suasana ekonomi yang semakin mencengkan memerlukan setiap dari kita merancang perbelanjaan seharia agar tidak menjadi masalah dikemudia hari. BRIM
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS