Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Selamat Datang Ramadhan…

Imej
“Wahai orang – orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan keatas orang – orang yang terdahulu daripada kamu, mudah mudahan kamu bertaqwa”, Surah Al Baqarah, ayat 183 “Bahawasanya Bulan Ramadhan itu ialah bulan dipermulaannya Rahmat, di pertengahannya Pengampunan dan diakhirnya Merdeka bebas dari api neraka”. (Hadis) Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah s.w.t, yang memiliki sekalian alam. Syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana memberikan kita peluang untuk terus beribadat di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Sesungguhnya segala nikmat yang dikurniakan tidaklah dapat kita hitung berapa jumlahnya… Hari ini sudah masuk 4 Ramadhan 1433 Hijrah bersamaan 24 Julai 2012. Rasanya belum terlambat bagi penulis untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua rakan blogger yang setia berblog ini. Semoga kita semua dapat berpuasa dengan sempurnanya pada tahun ini dan semoga Ramadhan