Isu Rokok Elektonik
Mutakhir ini, Isu
Rokok Elektronik atau Vaping menjadi bahan bualan dan bahan perbincangan oleh
pelbagai pihak dalam pelbagai media dalam negara kita. Saya bukanlah seorang
perokok atau seorang vaper untuk mengulas isu ini. Cuma, pendapat ini
dicoretkan sebagai pandangan peribadi penulis sahaja. Mungkin ada yang
bersetuju, dan mungkin sebaliknya.
Saya pernah
mengulas tentang isu e-cigarettes dalam entri blog ini beberapa tahun yang
lampau. Saya ada pengalaman bersama dengan seorang rakan semasa belajar di UiTM
dulu. Suatu malam, kami bersama beberapa rakan yang lain ke Uptown Shah Alam,
Selangor. Saja jalan – jalan hilangkan stress belajar.
Entahlah, tanpa
dirancang, kawan saya ni nak beli rokok elektronik yang secara kebetulan memang
berlambak dijual di Uptown tersebut. Seingat saya, rokok itu dijual satu set ada
2 batang. Kawan saya beli sebatang dengan harga lebih kurang RM 80.00,
berkongsi dengan seorang pembeli yang kebetulan nak beli jugak. Memang rokok tu
ada perisa yang sedap dan agak wangi berbanding dengan rokok tradisional
sekarang. Tapi masa dulu, tak ada lagi isu tentang perisa ketum dalam cecair
yang digunakan untuk vaping tu.
Kata kawan saya
“rokok ni tak puas hisap, bukan macam rokok biasa”. Memanglah ada yang kata
rokok ni tak memerlukan kos yang tinggi. Cuma beli set rokok elektronik tu dan
perisanya yang dikatakan boleh bertahan selama sebulan untuk satu perisa. Tapi,
kalau hari – hari dah vape, sama jugak dengan rokok biasa. Kosnya lebih kurang
sahaja.
Ada yang kata
dengan vaping, boleh mengurangkan ketagihan merokok. Pada pengamatan saya,
perkara ini boleh dipersoalkan lagi dengan disertakan dengan pelbagai bukti dan
kajian yang sahih bagi menyokong dakwaan ini. Kalau betullah dakwaan ini,
Klinik Berhenti Merokok yang terdapat di hospital boleh lah ditutup. Dah tak
ada guna lagi lah pusat tersebut jika vaping boleh mengurangkan ketagihan
merokok.
Isu yang paling
penting di sini adalah tentang HUKUM dan PENYALAHGUNAAN alat tersebut. Bagi
saya, kalau nak berhenti merokok, ada cara yang lebih senang dan menjimatkan
berbanding menggunakan e-rokok ini yang belum pasti akan kesahihannya.
Sudah ada fatwa
tentang e-rokok ini yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Tepuk dada,
tanya Iman. Buatlah penilaian sendiri. Kepada yang “ingin cuba - cuba” atau
yang baru nak mula vaping, nasihat saya adalah jangan mulakan. Kalau dah cuba,
payah nak berhenti.
Ini adalah
pandangan peribadi penulis.
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS