Skip to main content

Jom Berdakwah...

Dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah s.w.t kepada kita sebagai KHALIFAH, ada beberapa tugasan yang perlu dibuat oleh kita dalam mencari seberapa banyak bekalan pahala untuk dibawa ke akhirat nanti. Antaranya adalah tugas sebagai seorang pendakwah. Seseorang itu tidak memerlukan title Ustaz, Ustazah, Tok Guru, Imam, Cikgu atau sebagainya untuk membolehkan dia menyampaikan sesuatu Ilmu atau perkara yang berguna kepada umum. Asalkan perkara itu bermanfaat kepada umum, silakan...

Kecanggihan teknologi mutahir ini amat membantu dalam menyebarkan dakwah kepada umum. Bak kata seorang ustaz, "kalau teknologi ini digunakan dengan baik, maka dapat kebaikanlah. Kalau digunakan dengan kejahatan, maka tak bergunalah. 

Ada orang yang boleh bertazkirah dan berceramah. Ada orang yang boleh menulis dalam media massa dan media elektronik untuk menyebarkan dakwah. Ada orang yang turun ke kawasan sasaran untuk menyampaikan dakwah. Ada bermacam - macam cara yang boleh dilakukan dalam menyampaikan dakwah ini. Cuma, nak atau tidak sahaja.

Dengan kecanggihan dan segala macam aplikasi sosial mutakhir ini lebih memudahkan lagi penyampaian dakwah kepada masyarakat. Facebook, Blog, Twitter, WhatsApp, Instagram dan sebagainya antara medium pengantaraan yang paling berkesan dan paling cepat dalam menyampaikan Islam. Namun, perlu diingatkan juga apa ilmu yang ingin dikongsi atau ditulis itu biarlah dipastikan sumber dan kebenarannya. Elakkan diri dari berkongsi ilmu - ilmu yang tidak pasti akan sumbernya kerana khuatir akan mengelirukan pembaca nanti. Tak pasal - pasal dapat dosa.

Setiap entri yang baik dan bermanfaat di Blog, setiap Tweet yang bermanfaat dan setiap share yang berguna di Facebook pastinya menyebabkan ilmu atau sesuatu perkara yang ingin disampaikan itu dapat dilaksanakan dengan pantas dan cepat. Jangan dianggap remeh. Mungkin bagi kita perkara itu kecil. Tetapi, itulah perkara yang besar disisi Allah s.w.t. Manalah tahu dengan kita post di Facebook "Jom Dengar Kuliah" atau "Jom Baca Al Quran", orang yang melakukan apa yang kita tulis itu, bukankah kita akan beroleh pahala?. Bertolongan dalam bidang kebaikan...

Masing - masing ada cara tersendiri dalam menyampaikan Ilmu Islam kepada masyarakat. Tidak kisahlah anda nak guna cara yang mana, asalkan buat. Semoga amalan kita yang sedikit ini akan diberi pahala oleh Allah s.w.t....

# Sebarkan Dakwah Melalui Media Sosial
# Dakwah Tanggungjawab dan Amanah Bersama
# Mohon teguran jika ada kesilapan
# Sampaikan Dariku Walau Satu Ayat

Comments

Popular posts from this blog

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan

Semalam, 3 Disember 2014, genaplah sebulan saya bekerja di Flextronics (P5, Perai, Pulau Pinang). Ini catatan pertama dan terakhir saya untuk entri kerja kilang ini. Sebab apa.......baca sampai habis entri kali ini.

Alhamdulillah, niat untuk mencari pengalaman bekerja sebagai "mat kilang" sudah tercapai dan terlaksana. Sejarahnya bermula kalau tak silap pada 27 Oktober 2014 di Dewan Majlis Daerah Machang, Kelantan. Temuduga terbuka telah diadakan disana dan saya telah mengunjunginya dan dipendekkan cerita, berjaya dalam "temuduga" sebagai Operator Pengeluaran di kilang Flextronics, Penang (tak da lah temuduga sangat, isi borang dan jawab soalan matematik sikit, dah dapat). Orang kata rezeki lah sebab memang kilang ni nak pakai ramai Operator. Beberapa ratus orang jugak lah nak pakai.

Sebab utama saya tertarik nak bekerja disini selain ingin mencari pengalaman kerja sebagai pekerja kilang adalah disebabkan oleh ada hostel yang disediakan oleh kilang (Flat di Taman Sun…

Cabaran Pekerja Baru BDE Allianz Malaysia

Semalam, genap 4 hari saya mencuba nasib bekerja sebagai seorang Business Development Executive (BDE) di syarikat Allianz Malaysia Kota Bharu. Jawatan yang memang berbeza dengan apa yang saya harapkan dan bukan dalam bidang pengajian. Walau apa pun, saya nak cuba kerja dalam bidang ini dahulu. Cari pengalaman dalam bidang yang lain...
Masa tengok iklan di laman web masa dulu, memang menarik tawaran dia. 
Iklan dia kat bawah ni....
Kerja Kosong Clerk Admin/Executive - 28 Feb 2015 Jawatan Kosong Clerk Admin/Executive
Peluang bekerja di Syarikat Kewangan Terkukuh di Malaysia
Syarat-syarat bagi permohonan jawatan Clerk Admin/Consultant
-Kelayakan Spm,Diploma,Degree -Minimum Umur 21-30 tahun -Mempunyai kenderaan sendiri -Tiada Pengalaman/ Berpengalaman dialukan -Training disediakan -Berpewatakan Menarik
Berminat sms nama, umur,lokasi & jenis kenderaan ke 0183198023 contoh: zaara, 25 tahun, kuala lumpur, kereta hantar ke 0183198023
2 Mac 2015 yang lalu, saya dipanggil untuk sesi temuduga di Pejabat A…

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua yang masih mengikuti saya di Blog SERAIKAYU123 ini. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Hari ini, entri yang ingin dicoretkan di sini adalah berkenaan dengan Interview Sekretariat JPK Jasmine Tahun 2011.
Teringat dengan sesi Interview Sekretariat yang saya pernah jalankan bersama – sama dengan Majlis Tertinggi JPK Jasmine pada sekitar tahun 2011 yang lalu untuk memilih beberapa kekosongan bagi jawatan Sekretariat, iaitu pembantu kepada EXCO JPK. antara jawatan yang kosong bagi sekretariat pada masa itu seingat saya adalah seperti Sekretariat Akademik, Kepimpinan, Disiplin &  Keselamatan, Aduan & Kebajikan, Kreativiti & Inovasi, Publisiti & Multimedia, Perhubungan Dalaman, Perhubungan Luar & Antarabangsa, Agama & Kerohanian, Kesenian & Kebudayaan , Sukan & Rekreasi dan Keusahawanan.
Pengalaman sebagai Panel Penemu duga dalam sesi temu duga yang diadakan memang kalau diingat boleh me…