Sunday, 29 April 2012

Nasihat Imam Ghazali


NASIHAT IMAM GHAZALI...
Pintu-pintu syaitan masuk ke dalam hati:

1.  Pintu marah dan syahwat.
2.  Hasad dengki dan tamakkan keduniaan.
3.  Kekenyangan makanan.
4.  Kegemaran menghias diri dan rumahtangga.
5.  Keinginan mengampu.
6.  Gopoh dan tidak menyelidiki terlebih dahulu.
7.  Harta dan wang ringgit.
8.  Lokek dan takutkan kemiskinan.
9.  Keterlaluan fanatik dan taksub kpd mazhab serta mendendam dan menghina.
10. Perbuatan memikir tentang zat dan sifat - sifat Allah dan perkara – perkara tanpa ilmu pengetahuan dan di luar aqal fikiran.
11. Sangkaan buruk sesama kaum mslmn.

Semoga bermanfaat.

Dinul Mahfuz
Rujukan:
Himpunan nasihat tokoh - tokoh islam sedunia oleh Zabidi Hj. Nawawi.

Wednesday, 18 April 2012

Stress

Hari ni memang stress... nak makan orang rasa.


Suka hati mak bapak dia je nak panggil aku nama ikut suka....


Nama saya MUHAMMAD SYAWAL BIN MAT GHANI...


Boleh panggil Syawal.. bukan Monge!!!!


Sekian.

Monday, 16 April 2012

Sekadar Renungan Bersama



Assalamualaikum
Buat renungan bersama..............

Jangan  sengaja  lewatkan  solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan  masuk  ke  bilik  air  tanpa  memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan  dan  minum  dalam bekas  yang pecah atau sumbing. Makruh
kerana ia membahayakan.

Jangan  biarkan  pinggan  mangkuk  yang  telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan   tidur   selepas   solat   Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan  keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan  pakai  sepatu  atau  selipar yang
berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh  taubat  bila  berbuat dosa  kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan  ego untuk  meminta  maaf pada ibu bapa dan sesama manusia, kalau memang kita bersalah.

Jangan  mengumpat  sesama  rakan taulan.  Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan  bakhil untuk bersedekah.  Sedekah  itu  memanjangkan  umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan  biasakan  berbohong,  kerana  ia  adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada
kita.

Jangan  suka  menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu  susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. 

Jangan mempertikaikan kenapa  ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan  kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam

**Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.**

Friday, 13 April 2012

Mesyuarat Bersama En Mansor


Alhamdulillah.... Semalam bertarikh 11/4/2012, saya bersama beberapa JPK lain iaitu Mazhar bin Mahadi, Siti Aishah Salleh Hudin, Nuruljannah Asila Mohd Ishak, Aminah Rahimah Mohd Yusof dan saya telah bermesyuarat bersama En Mansor di Tingkat 13, Bangunan JKR Malaysia di Menara PJD...



Bilik Mesyuarat Bersama En Mansor





Lepas meeting, kami di belanja makan sarapan kat kedai sebelah pejabat En Mansor... Apa lagi.. Rezeki  jangan di tolak... Saya makan Roti Canai Telur... Best



Menara PJD ke Sunway: Aminah yang drive

Sunway ke Skesyen 17( Hantar Aminah beli tiket), ke Seksyen 7( Hantar Aishah ke rumah kakak dia) ke Tesco Shah Alam ( Hantar Jannah jumpa kakak dia dan solat): saya drive.








Di Seksyen 17


Seronok sangat....

Tengok gelagat Aminah semasa memandu.... hahaha









Thursday, 12 April 2012

Konvensyen JPK UiTM Se Malaysia 2012 (1)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua

Hari ni pulak saya nak kongsikan cerita menarik sempena Konvensyen JPK UiTM Semalaysia yang telah selamat diadakan pada 3 - 5 April 2012 yang lalu bertempat di Hotel Lotus Desaru

Tempat Berlangsungnya Konvensyen
Banner Konvensyen


Hari Pertama: 3 April 2012

Setelah mengharungi perjalan selama lebih kurang 5 jam dari Shah Alam ke Johor Bharu ( Hotel Lotus Desaru), sampailah kami ke tempat yang ingin dituju untuk berkonvensyen bersama – sama JPK Puncak Alam.

Sesampainya kat sana, terus di ambil gambar oleh urusetia.. hah. Lepas ambil gambar, kami mendaftar masuk dan masuk ke Ballroom Lotus untuk Taklimat Penginapan…







Taklimat Penginapan dan Bengkel telah disampaikan oleh En Abd Rahim Abd Majid, Pengurus Asrama Kanan UiTM Cawangan Johor dan seterusnya sesi Ice Breaking oleh En Mohamad Ismail bin Pahmi, Ketua PPP Sektor A, UiTM Cawangan Johor…

Dah selesai Taklimat dan Ice Breaking, kami pun makan malam dan check in hotel. Lega sikit boleh rehat….

Lebih kurang pukul 9 malam, sesi 3 bermula iaitu Ceramah Peranan JPK di UiTM yang disampaikan oleh Yang Berusaha Prof Madya Abdullah bin Abd Latib, Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Johor. Selesai ceramah, kami pun balik hotel untuk berehat. Zzzzzzz
























Sunday, 8 April 2012

Kem BTN Sungai Gabai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua..

Hari ini saya akan kongsikan kepada semua tentang Program Semarak Patriotik, Kursus BTN di Kem Lambaiana Sungai Gabai, Ulu Langat, Selangor. Program tersebut telah selamat berlangsung pada 30 Mac sehingga 1 April 2012 yang lalu. 

Saya bersama 14 orang JPK, seorang Komander dan seorang pelajar biasa telah berkesempaatn menyertai kursus yang di jalankan oleh GPMS dengan kerjasama BTN dan SPR.

Banyak ceramah yang telah diberikan kepada kami. Kami di ceramahkan tentang 1 Malaysia oleh En Wan Rani, Pembantu Bahagian Masyarakat, BTN Putrajaya pada malam pertama jam 9.00 malam.

Selapas ceramah tersebut selesai, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Saya bersama beberapa ahli dari UiTM Kampus Puncak Alam berada dalam satu kumpulan di bawah seliaan Fasilitator Ustaz Omar Sulaiman.

Selepas ceramah dan pembahagian kumpulan tersebut, kami pun dibenarkan tidur di bilik masing - masing. Seingat saya, dalam pukul 2 pagi, kedengaran dua tiga das bunyi mercun, macam komunis nak serang Tanah Melayu.

Kami di kejutkan oleh Ketua Fasilitator untuk aktiviti Night Walk. Dalam sesi taklimat beliau, memang kami kena bahan cukup - cukup oleh Ketua Fasilitator lah. Sapa suruh tak berdisiplin dalam dewan. Hahaha.. Padan Muka.

Aktiviti Night Walk berlangsung sekejap sahaja. Tak sempat sampai ke tempat berlepas... Agak terkilan juga lah..

Selepas itu, kami pun tidurlah selepas beberapa jam kepenatan melalui aktiviti tersebut...

Hari Kedua..

Ceramah kedua oleh Tn Hj Shukor, dan sesi bersama Ketua Fasilitator.. Ngeri tau.. Tak perlulah diceritakan.. Biarlah rahsia...

Selepas itu, kami dibawa ke Air Terjun Sungai Gabai untuk aktiviti Abselling and Repelling.  Ramai juga yang cuba buat aktiviti tersebut walaupun saya jatuh.. Tak pe... kenangan. Tak ada gambar nak kongsi... Diaorang tak ambil gambar saya.. huhuhu

Hari Ketiga..

Ceramah oleh Pak Wan dan Majlis Penutup Kem...

Overall: Best, tapi takut....










Thursday, 5 April 2012

Karnival D'Puncak 2012

Gambar semasa Lawatan saya ke Gerai Jualan... hahaha


Alhamdulillah, Karnival D' Puncak 2012 telah selamat dilangsungkan pada 28 - 30 Mac 2012 yang lalu..

Kami sekelas mengambil kesempatan untuk turut serta meniaga dalam karnival tersebut... Untunglah jugak..

Kami jual Pizza, yang menjadi top lah kat karnival tu.... Chef Jali sebagai pembuat pizza

Well Done Guys!!!

Daulat Tuanku