Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kenangan Kuala Selangor

Catatan Ramadhan: Kenangan Berpuasa & Beraya di Kuala Selangor

Imej
Alhamdulillah, kita masih lagi diberikan kesihatan oleh Allah s.w.t untuk menjalani Ibadah Ramdhan yang mulia ini. Semoga kita semua diberikan kesempatan untuk meneruskan ibadah sepanjang Ramadhan kali ini dan dapat bertemu dengan Ramadhan di tahun - tahun seterusnya. Dan semoga segala ibadah yang dilakukan dalam bulan ini berkekalan hendaknya... Entri kali ini pasal Kenangan Berpuasa dan Beraya di Kuala Selangor. Kenapa di Kuala Selangor? Saya pernah bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor selama 3 bulan tahun 2014 yang lalu. Nak tahu sejarahnya, carilah entri yang berkaitan Kuala Selangor dalam blog ni yer...  Kenangan Berpuasa Kami memulakan tugas di PDTKS bermula Jun 2014 - September 2014 yang lalu. Berkebetulan pula Ramadhan jatuh pada Bulan Jun jugak (29 Jun 2014). Jadi sempatlah kami merasa pengalaman berpuasa di perantauan. Kami bertiga menetap di Kuaters Majlis Daerah Kuala Selangor. Jadi mudah lah nak maka...

Kampung kunci air buang

Imej
Assalamualaikum W.B.T Hari ini saya ingin kongsikan catatan penulis ke Kampung Kunci Air Buang, Tanjung Karang baru – baru ini. Alhamdulillah, setelah lebih kurang 3 bulan berada di Kuala Selangor, saya berkesempatan berkunjung ke Tanjung Karang atau lebih tepat lagi ke Kampung Kunci Air Buang, Tanjung karang, suatu kawasan pertanian di Tanjung Karang. Mesti ada yang pelik bila pertama kali dengar nama Kampung Kunci Air Buang kan? Kampung ini merupakan tempat tinggal kepada staf di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor iaitu En Sharudin atau lebih dikenali dengan nama Pak Din. Dia yang mengajak kami ke rumahnya di kampung tersebut, nak mancing udang galah katanya. Pada tanggal 7 September 2014 yang lalu, kami ke kampung tersebut. Saja nak jalan – jalan menikmati suasana pemandangan sawah padi yang luas terbentang. Saya memang dah tengok sawah padi sejak kecil sebab saya berasal dari keluarga petani. Saja nak bandingkan padi Tanjung Karang dengan kampung sendiri. Lep...

Kelip - Kelip Kampong Kuantan, Kuala Selangor

Imej
Assalamualaikum W.B.T. Semalam (10 September 2014), saya dan azwan "dijemput dan ditaja" melihat Kelip - Kelip di Kampong Kuantan, Kuala Selangor. Dijemput dan ditaja oleh sepasang suami isteri yang bertanggungjawab menguruskan kerja kami di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor. Kelip - Kelip atau kunang - kunang merupakan antara produk tarikan pelancongan di Kuala Selangor. Terletak di Kampong Kuantan, bayaran nak tengok kelip - kelip dengan menaiki bot adalah RM 50.00 (kalau tak silap). Semalam, lebih kurang dalam 25 minit kami melihat kelip - kelip. Kalau nak tengok kelip - kelip yang banyak, pergi masa bulan gelap. Kalau cerah, tak banyak kelip - kelip la. Alhamdulillah, semalam dapat tengok banyak jugak. Kepada yang berminat, sila berkunjung ke sini untuk menyaksikan sendiri Kelip - kelip Kampong Kuantan. Pokok Berembang: Sumber makanan kelip - kelip Info Kelip - kelip di Jeti