KETUA MESTI BERANI!!!

  
Entri tak ada benda….

Kalau nak jadi ketua, mesti ada dua sifat keberanian. Tak nak sentuh banyak sebab semua orang dah tahu apa yang perlu ada sebagai seorang ketua.

Ketua perlu BERANI dalam MENEGUR/Memberi Nasihat dan mesti BERANI untuk DITEGUR/Diberi Nasihat. Dua ciri ini saya rasa amat penting kepada seorang yang bergelar Ketua, tidak kira apa panggilan yang dipanggil dalam apa organisasi pun.

Berani Menegur/Memberi Nasihat

Sebagai Ketua atau selalu juga dipanggil sebagai Nakhoda, perlu bertanggungjawab kepada kumpulan yang dipimpinnya, sama ada dalam sebuah kumpulan, pemimpin masyarakat, pemimpin kerajaan dan sebagainya.

Perlu berani untuk memberi teguran kepada ahlinya jika melakukan kesilapan dan kesalahan dengan penuh hikmah dan penuh beradab. Tapi, jangan cari kesalahan orang. Takut nanti terbuka aib orang lain yang boleh menyebabkan malu dan beroleh dosa.

Berani untuk Ditegur/Dinasihat/Dikritik/Dikomen

Kalau dah berani menegur ahli yang melakukan kesilapan, Ketua juga mesti berani dan berlapang dada untuk menerima nasihat, kritikan atau komen dari ahlinya untuk kebaikan diri sendiri dan kumpulannya.

Sebagai manusia, kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Perlu ada orang di sekeliling kita untuk menegur ke arah kebaikan.

Adab dalam Menegur/Menasihat

1. Tegurlah secara bijaksana dan beradab sesuai dengan kita sebagai orang Islam dan Orang Melayu yang berbudaya Timur.

2. Jangan membuka aib seseorang. Tutup aib orang lain agar Allah s.w.t tidak membuka aib kita di akhirat nanti.

3. Seeloknya, tegur secara face to face. Panggil orang yang ingin ditegur, dan tegurlah dengan baik secara berdua.

4. Teguran boleh dibuat dengan cara Berkias atau secara Berterus Terang. Bergantung pada siapa yang ingin ditegur dan keadaan sekeliling. Pilihlah kaedah yang paling terbaik.

5. Gunakan bahasa yang sopan dan nada suara yang sederhana dalam menegur. Sebagaimana kita tidak mahu orang lain meninggikan suaranya kepada kita dalam memberi teguran, macam itu lah juga orang lain. Bahasa yang sopan dan beradab boleh memberi kesan yang mendalam kepada orang yang ditegur.

Kritikan dan teguran itu boleh, tetapi janganlah sampai membenci seseorang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan