Wednesday, 27 January 2016

Isu Pelajar Lapar: Suatu Pandangan Peribadi

Isu Pelajar Lapar: Suatu Pandangan Peribadi
[Pandangan Mahasiswa sebelum GST]

Isu Pelajar Lapar menjadi viral dalam laman sosial disebabkan oleh seorang pelajar salah sebuah Universiti Awam (UA) yang diberitakan sakit kerana tidak makan, dek kerana kekurangan duit belanja di universiti dan kenaikan kos hidup ketika belajar.

Kebenaran tentang isu ini memang benar – benar terjadi kerana ada suatu kajian yang telah dilakukan oleh pihak tertentu tentang isu ini. Keputusannya amat mengejutkan kerana sebilangan besar responden yang ditemu bual dalam kajian itu mengakui mereka memang “berlapar” di UA yang terlibat dalam kajian tersebut.

Antara sebab yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup pasca GST dan juga sikap pelajar itu sendiri. Itu antara sebab utama yang penulis lihat yang menjadi punca kepada permasalahan ini selain isu kemiskinan pelajar yang belajar di UA atau Universiti Swasta di negara ini.

Ada beberapa cadangan yang penulis rasa boleh diaplikasikan oleh pihak – pihak terlibat. Mungkin ada yang setuju dan ada yang tidak bersetuju. Anda bebas untuk tidak bersetuju dalam perkara ini. 

Yang paling utama dalam masalah ini adalah inisiatif yang dilakukan oleh pelajar sendiri untuk mengatasi masalah ini. Antara yang boleh dilakukan adalah:

1. Aktifkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak persatuan atau universiti.

Sepanjang penulis berada di UiTM Puncak Perdana selama 3 tahun yang lalu, memang banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Kolej, Persatuan dan pihak Universiti. Ada juga program yang dianjurkan oleh pihak luar seperti surau di kawasan perumahan tempat saya belajar dahulu. Kebiasaannya, banyak aktiviti yang dijalankan ada disediakan makanan sebagai daya tarikan utama untuk pelajar menyertai program selain diberikan juga kupon aktiviti pelajar untuk permohonan kolej semester seterusnya.

Yang menjadi masalah adalah ramai pelajar yang tidak berminat untuk join program. Paling ketara adalah pelajar lelaki yang sangat kurang menyertai program yang dianjurkan berbanding dengan pelajar perempuan. Kebanyakan mahasiswa hanya berulang alik dari ASRAMgA ke TEMPAT PENGAJIAN dan ke TEMPAT MAKAN. Jadi kepada mahasiswa yang menghadapi masalah kurang duit belanja, boleh aktifkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.

Cemerlang akademik tidak menjamin kebolehpasaran bekerja.

2. Mohon Zakat atau bantuan yang disediakan oleh pihak universiti.

Ramai mahasiswa yang tidak mengetahui adanya pelbagai bantuan yang disediakan oleh pihak universiti. Sudah tiba masanya para pelajar yang mengambil inisiatif sendiri untuk mencari maklumat tentang bantuan yang disediakan dan memohon bantuan tersebut sekiranya menepati syarat - syarat yang ditetapkan.

Jangan hanya mengharapkan pihak - pihak tertentu dalam universiti yang "menyuap" maklumat tersebuat kepada kita.

3. Puasa Sunat

Ini juga antara langkah yang boleh diambil dalam mengatasi kekurangan perbelanjaan di universiti. Selain beroleh pahala, aktiviti ini juga nyata boleh memberikan kesihatan yang baik buat mereka yang mengamalkannya.

4. Amalkan Perbelanjaan Berhemat

Perlu dibezakan antara Barangan KEPERLUAN dan Barangan yang menjadi KEHENDAK. Kenalpasti yang mana keutamaan kita di universiti. Utamakan keperluan yang mesti dahulu sebelum difikirkan tentang barangan yang menjadi kehendak diri sendiri. 

Insyallah, dengan mengamalkan beberapa cadangan ini boleh mengurangkan perbelanjaan di universiti bagi mereka yang tidak berkemampuan.

# Cemerlang Akademik, Cemerlang Akhirat
# Mahasiswa Tonggak Negara 

Monday, 18 January 2016

[Throwback]: Balai Seni Lukis Kelantan

[Throwback]: Balai Seni Lukis Kelantan

Lawatan ke Balai Seni Lukis Kelantan telah berlangsung sama tarikh dengan Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Kelantan pada 10 Disember 2015 yang lalu. Cuma saya buat entri yang berasingan bagi mengulas tentang lawatan di Balai Seni lukis ini dengan lebih mendalam sikit.

Jom kita baca dulu tentang Balai Seni Lukis Kelantan ni sebagaimana yang terdapat dalam risalah Muzium Kelantan yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Bangunan asal Balai Seni Lukis Kelantan ialah di Bangunan Muzium Perang (Bank Kerapu) yang terletak di Jalan Post Office Lama, Kota Baharu. Balai Seni Lukis Kelantan telah disempurnakan perasmiannya oleh KDYMM Raja Perempuan Kelantan pada 10 Syaaban 1408 Hijrah bersamaan dengan 28 Mac 1988.
Pada tahun 1992, Balai Seni Lukis Kelantan telah dipindahkan ke Muzium Negeri Kelantan kerana kerja – kerja pengubahsuaian Bank Kerapu telah mula dilakukan untuk dijadikan Memorial Peperangan Dunia ke Dua di Kelantan.

Kini, Balai Seni Lukis Kelantan dibangunkan kembali di Bangunan lama TAKDIR bersebelahan Pejabat Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan (TIC) di Jalan Sultan  Ibrahim.

Semasa lawatan kami ke sana, dipamerkan lukisan tentang masjid – masjid yang ada di Kelantan. Sebahagiannya ada yang kami tahu, dan sebahagian lagi ada yang tidak. Di pamerkan juga harga bagi sesebuah lukisan yang dipamerkan bersekali dengan lukisan tersebut.


Saya ada ambil gambar beberapa lukisan itu. Kalau nak tengok lagi, kunjungilah Balai Seni Lukis Kelantan sendiri. Tiket masuk bagi Dewasa ialah RM 2.00, manakala bagi Kanak – Kanak ialah RM 1.00.




Lukisan Masjid Gunung Reng
Lukisan Masjid Beijing

CEPAT - CEPAT KE SANA UNTUK MENYAKSIKAN SENDIRI PAMERAN YANG DISEDIAKAN...


Monday, 11 January 2016

[Throwback]: Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Negeri Kelantan

[Throwback]: Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Negeri Kelantan

Pada 10 Disember 2015 yang lalu, saya bersama - sama dengan kakak saya serta 3 orang anak sedara saya telah melawat Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Negeri Kelantan. Program dengan tajaan penuh kakak saya ini memaparkan pameran Misteri Firaun: Musuh Para Nabi, Tok Janggut: Pahlawan Melayu Kelantan dan Pameran Sultan Muhammad Al Fateh: Penakluk Konstantinopel. Pameran ini telah berlangsung pada 20 Oktober 2015 sehingga 31 Januari 2016 nanti.

Kepada yang belum pergi dan berminat untuk ke pameran berkenaan, saya alu - alukan kedatangan anda ke Muzium Negeri Kelantan.

Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Muzium Negeri Kelantan ini. Sedikit maklumat tentang muzium ini sebagaimana yang terdapat dalam risalah Muzium Kelantan yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Bangunan ini pada asalnya adalah merupakan Pejabat Majlis Bandar Kota Bharu. Pada tahun 1990, pengubahsuaian besar telah dibuat untuk dijadikan Muzium Negeri. Ia juga merupakan pejabat utama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Tingkat bawah bangunan ini merupakan galeri pameran Sejarah Negeri Kelantan seperti Asal Usul Nama Kelantan, Tokok - Tokoh di Kelantan, Sejarah Kesultanan Kelantan serta Kelantan dulu dan Kini. Manakala di tingkat atas pula menempatkan Galeri Seni Persembahan dan Permainan Tradisional Kelantan seperti Wayang Kulit, Gasing, Rebana, Kertuk dan lain - lain lagi. 

Berkenaan dengan Pameran Pendidikan Perdana yang sedang berlangsung kini, saya melihat ianya merupakan suatu pameran yang banyak memberi manfaat dan ilmu kepada mereka yang mengunjungi pameran tersebut. Disana terdapat sejarah tentang Perjuangan Tok Janggut yang merupakan Pahlawan Negeri Kelantan yang boleh dipelajari tentang sejarahnya. Dipamerkan tentang Sejarah Perjuangan Beliau, Pengikutnya serta Kronologi Perjuangan Tok Janggut menentang penjajah.

Selain itu, di pamerkan juga tentang Firaun yang mengaku sebagai Tuhan. Di tayangkan kisah bagaimana Nabi Musa a.s membelah laut untuk menyelamatkan umatnya dari Firaun yang kejam. Juga dibawa bersama Keranda Emas Firaun Tutkhamun untuk tontonan pengunjung yang hadir.

Pameran Sultan Muhammad Al Fateh juga tidak kurang dengan maklumat yang sangat berguna kepada semua. Sejarah tentang Baginda, Tembok Kota Konstantinopel juga turut dipamerkan disana. Selain dari itu, turut dipamerkan adalah Replika Pedang Nabi s.a.w, Tongkat Nabi Musa serta Pedang Para Sahabat yang lain. Pendek kata, kalau nak tulis dalam blog ni, memang tak akan habis. Anda wajib ke sana untuk melihat sendiri...

Tarikan lain di Muzium Kelantan adalah dapat berselfie dengan unta. Unta betul tau.... Rugi kalau tak datang.

Tiket masuk untuk Dewasa ialah RM 5.00 dan Kanak - Kanak ialah RM 3.00

Koleksi Gambar Kenangan...

Cepat - cepat pergi sebelum terlambat...










Monday, 4 January 2016

[Throwback]: Pengembaraan Naik Kereta Api di Tanah Merah


[Throwback]: Pengembaraan Naik Kereta Api di Tanah Merah

Pada 17 Disember 2015 yang lalu, saya dengan beberapa orang peserta rombongan dari KG Chengal Pulas seramai 14 orang naik Kereta Api bersama - sama anak sedara telah menempuhi pengalaman yang menyeronokkan dalam perjalanan Kereta Api dari Tanah Merah ke Tumpat dan berpatah balik dari Tumpat ke Tanah Merah. Sekadar untuk pengalaman anak - anak sedara lah yang tak pernah naik pengangkutan awam ini.

Secara jujurnya, penulis pun pertama kali menaiki Kereta Api selama hidup 25 tahun ini. Selalu naik bas lah yang menjadi pengangkutan awam semasa belajar dulu. Sebenarnya, dah lama rancang nak naik Kereta Api ni. Dah beberapa bulan lalu lagi nak naik. Sebab dah ada orang kampung saya yang dah naik Kereta Api ni. Bila dengar pengalaman yang dikongsikan, rasa nak naik jugak lah.

Alhamdulillah, cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga dan beberapa orang lain (waris terdekat) berkesempatan naik Kereta Api. Saja lah nak ambil pengalaman untuk budak - budak.

Ada satu lagi yang belum saya buat untuk anak sedara saya iaitu naik bas henti - henti di Pasir Puteh. Saja nak bagi pengalaman naik pengalaman sebab mereka tidak pernah naik bas selama ni. Hanya untuk beri pengalaman...

Insyallah, doakan ianya berlaku nanti....

Gambar Kenangan di Stesen KTMB Tanah Merah





Daulat Tuanku