Alkisah Budak Kecil
Assalamualaikum W.B.T
cerita ini diceritakan
oleh Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor (PTKS)
usai Majlis Bacaan Yaasin di Bilik Gerakan PTKS pada 12 September 2014 yang
lalu. (Cerita berbeza dengan versi asal)
Ada seorang budak
lelaki membawa wang RM 1.00 ke sebuah kedai runcit dikampungnya untuk mmebeli
gula – gula. Sesampai di kedai tersebut,
didapati wangnya sudah hilang dan budak tersebut menangis kerana wangnya hilang
dan tidak dapat membeli gula – gula.
Secara tidak sengaja,
datang Pak Man yang kebetulan lalu di kedai tersebut. Dia memulakan bicara.
Pak Man: Kenapa kamu
menangis nak?, tanyanya kepada budak itu.
Budak: Duit saya
hilang….RM 1.00, katanya sambil mengesat air mata.
Tanpa berlengah, Pak
Man tersebut mengeluarkan wang RM 1.00 dan memberinya kepada budak tersebut.
Namun, amat menghairankan kerana lagi kuat budak itu menangis. Pelik bin ajaib.
Berkerut dahinya melihatkan perangai bidak tersebut.
Pak Man: Kenapa kamu
masih menangis nak?, soalnya penuh tanda tanya.
Budak: Kalau lah duit
saya tak hilang tadi, tentu dah jadi banyak duit saya…., jawabnya dengan nada
tersekat – sekat.
Pak Man pun beredar
dari kedai itu dengan penuh kehairanan….
Pengajaran di sebalik
cerita
Kadang kala, kita tidak
tahu akan hikmah yang tersurat dan tersirat yang telah ditetapkan oleh Allah
s.w.t atas segala apa yang berlaku. Dan ada kala kita tidak bersyukur dengan
apa yang dikurniakan walaupun itu yang diajar dalam Islam.
Semua kita sedia maklum
bahawa atas segala yang berlaku, ada hikmahnya. Sama ada kita sedar atau tidak,
memang ada hikmahnya. Sebagai contoh, kes kebocoran kertas soalan UPSR yang
lalu mesti ada hikmah di sebaliknya mengapa ia berlaku. Allah s.w.t tidak
jadikan sesuatu kejadian itu tanpa ada pengajaran dan peringatan untuk kita.
Sama seperti bersyukur.
Kita dituntut supaya bersyukur walaupun rezeki yang diperoleh itu sedikit.
Jangan tamak haloba. Insyallah, Allah itu Maha Adil dan Maha Pemberi Kurnia.
Dia beri apa yang kita perlu dan bukannya apa yang kita mahu. Sungguh, Dia Maha
Mengetahui akan segala sesuatu.
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS