Thursday, 28 February 2013

Kenangan IJN 2013

 
 
 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Semoga berada dalam keceriaan dan kebahagiaan selalu...
 
Alhamdulillah, hari ini telah tamat Latihan Praktikal bersama IJN selama lebih kurang sebulan. Seramai 67 orang pelajar menyertai latihan tersebut yang melibatkan UiTM Kampus Puncak Perdana dan UiTM Kampus Segamat.
 
Berbagai - bagai kenangan dan rintangan yang dilalui semasa kami berpraktikal. Ada kenangan manis, kenangan pahit dan segala macam pengalaman yang berharga yang dapat kami timba sepanjang latihan praktikal tersebut.
 
Yang paling tak boleh dilupakan ialah driver bas tak tahu jalan ke IJN. Memang kelakar tahap dewa. Ada ke driver tak tahu jalan. Sepatutnya, mereka kena tahu jalan sebelum pergi.
 
Ada juga beberapa kali datang kerja lewat. Kalau kerja betul, memang kena sound dengan bos dah. Nasib baik bos kami baik dan memahami.
 
Sepanjang pengalaman juga ramai kawan baru yang kami dapat. Dari segamat dan juga dari puncak...
 
Ni sebahagian gambar yang saya ada. Maklumlah tak ada kamera mahupun smartphone nak ambil gambar. Ni pun kutip dalam facebook orang lain. Insyallah kalau ada orang upload, saya masuk dalam blog ni. Insyallah....
 
Dari hujung kanan: Razali, Asyraf, Aidil, Fazli, Aku, Bob, Mat, Fariha

Bersama Ab Shahmadhafsham
 
Cuba teka dengan siapa..Lelaki ke Perempuan
 
 
 Kad Pekerja@Attachment
 

 
Sijil Penghargaan yang baru dapat petang tadi...
 
 
 Nantikan cerita seterusnya....
 
 
 

Wednesday, 27 February 2013

Yang Bertutup itu Indah



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan yang masih mengikuti entri blog ini. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dalam meneruskan kerja seharian. Amin…..

Hari ini ingin dikongsikan berkenaan dengan “yang bertutup itu indah”. Tajuknya memang sengaja difokuskan kepada wanita. Perkara ini merupakan perkara asas sebagai seorang wanita islam dalam kehidupan seharian. Menutup aurat dengan sempurna memang menjadi kewajipan bagi setiap wanita muslim sama ada suka atau tidak.

Menutup Aurat berbeza dengan Membungkus Aurat. Kebanyakan yang saya lihat sekarang, ramai wanita membungkus aurat mereka, bukan menutup aurat dengan sempurna. Kadang – kadang mereka menyangka sudah menutup aurat dengan sempurna, tetapi rupanya tidak sebenarnya.

Amat sukar nak mencari yang menutup aurat dengan sempurna. Ada yang pakai tudung, tapi baju pula sendat dan ketat. Dah pakai baju cantik, tudung pulak tak pakai. Ada yang tiru gaya artis - artis berfesyen. Apa nak jadi budak - budak zaman sekarang….. 

Yang paling senang, pakailah pakaian yang menutup aurat, yang tidak ketat dan tidak menjolok mata. Insyallah yang dilihat tidak dikata, yang melihat tidak mengata.


Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. An Nur, 31

 


Sunday, 24 February 2013

Wednesday, 20 February 2013

7 Tips Menjadi Pekerja Cemerlang Muhasabah Niat Bekerja




  Amalkan
 Bermuhasabah dalam diri sendiri. Kajilah apa sebab yang menjadi penyebab anda bekerja  seharian. Adakah kerana dibayar gaji, hanya mahukan gaji atau apa. Ada orang yang bekerja hanya kerana mahukan gaji tetapi malas dan ada juga orang yang menjadikan tangga gaji sebagai pemangkin kejayaan. Secara tidak langsung ia di sertakan dengan komitmen, fokus, produktiviti dan seumpamanya.


         Lakukan lebih daripada apa yang perlu
       Ini lebih bergantung kepada diri sendiri. Lakukan lebih daripada apa yang perlu. Timbulkan rasa seronok dalam kerjaya dan tempat anda bekerja sehingga tidak sedar masa berlalu.

     Komitmen

 Jangan hiraukan orang lain jika mereka berkata anda tunjuk rajin dan sebagainya.  Itu adalah kerjaya dan komited anda dalam bekerja.  Jadilah seorang pekerja yang proaktif yang membantu kawan tetapi perlulah ada batasannya.

    Kemhiran Komunikasi

 Merupakan salah satu elemen yang penting untuk menjadi seorang pekerja yang cemerlang. Ini secara langsung dapat menunjukkan anda sebagai seorang yang berkaliber dan berkarisma ketika bercakap atau berucap.

    Tambah Ilmu

 Pekerja yang cemerlang sentiasa ingin memajukan diri dan prestasi kerjanya. Maka untuk menjadi pekerja yang cemerlang, hendaklah sentiasa memiliki ilmu dan menambah ilmu sama ada dari segi teori mahupun praktikal agar dapat menjadi seorang pekerja yang cemerlang di tempat kerja.

      Hormat Menghormati

 Tidak kira siapa, hormat menghormati merupakan perkara yang wajib untuk menjadikan diri seseorang itu tampak cemerlang dan baik hati. Walaupun kita memegang jawatan yang besar. hormatilah orang bawahan kita. Jadikan mereka sebagai kawan kita.

      Penampilan Kemas dan Teratur

 Adalah penting kerana ia akan mewujudkan persepsi dari orang lain. Jika kemas maka persepsi yang wujud adalah positif dan sebaliknya. Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan bukan saja pada diri bahkan pada setiap aspek. 
  •   Dipetik dan diubahsuai daripada karangan Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, I LUV Islam, 21 – 27 Januari 2011, 08


                                     Jangan beri dalih, tapi kata boleh.


Monday, 18 February 2013

Hacker


Ada ilmu, jangan diguna untuk buat perkara yang boleh manyakitkan hati orang lain. Jaga hati orang lain sama macam kita jaga hati mak kita. Jangan kacau privacy seseorang. Apa guna belajar ilmu tinggi - tinggi semata mata nak tengok result peperiksaan orang lain.
 
Ingat benda tu orang suka ke??? Cuba bayangkan orang lain yang hack awak punya privacy. Macam mana rasa???? Hormati privacy orang lain kalau nak dihormati.

Perkara yang sulit, biarlah yang punya badan sahaja tahu. Tak payah nak jadi bagus sangat sebar dekat orang lain sedangkan tuan punya badan sendiri pun tak tahu. Kalau rasa ilmu tu hebat, hack Kerajaan Israel Laknatullah. Hack kewangan dan pentadbiran Kerajaan Yahudi. Baru betul hackers...

"Kadang kala lebih baik berterus terang dalam sesuatu hal daripada berkias"
 
Ni yang saya post dekat Facebook beberapa hari lalu sebab keputusan peperiksaan kami kena "hack" oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
 
Macam mana tuan punya badan tak tahu, orang lain dah tahu keputusan peperiksaan kita? Cuba jawab......
 
Please, if you are that great hacking and invade people's email to know their exam result just keep your findings to yourself... Don't tell other people dimwit!... Its personal, or maybe you want me to nail that into your head someday!! Please, please and please stop that act! You just messed up other people's sanity and i believe if someday you have outrun their limit, you'll sure know your place... Never say we don't warn you...
 
(Muhammad Uzzair)
 
Kepada yang berkenaan, jangan buat lagi.

Saturday, 16 February 2013

Meteor Terhempas di Rusia




MOSCOW - Rusia mengerah pasukan seramai 20,000 anggota ke pergunungan Ural untuk operasi menyelamat dan membersih susulan insiden meteor seberat 10 tan terhempas di wilayah timur negara itu, semalam.

Presiden Vladimir Putin mengarahkan operasi itu bagi membantu 1,200 orang  yang cedera termasuk 200 kanak-kanak, kebanyakannya cedera akibat terkena serpihan kaca.

Pancaran cahaya yang cukup terang dapat dilihat dan menggegarkan bangunan ketika meteor terhempas pagi semalam.

Putin turut menzahirkan rasa syukurnya kerana tiada serpihan meteor seberat 10 tan itu terhempas ke kawasan yang padat berpenduduk.

Ia bagaimanapun memasuki atmosfera bumi dan pecah kira-kira 30 hingga 50 kilometer dari atas tanah.

Menurut Akademi Sains Rusia, meteor itu melepaskan tenaga yang boleh menyamai senjata atom kecil.

“Letupan itu begitu kuat dan mampu memecahkan beberapa buah tingkap di bangunan kami dan bangunan sekitar,” kata Polina Zolotarevskaya, penduduk Chelyabinsk kepada BBC.

Rantau itu terletak kira-kira 1,500 kilometer ke timur Moscow dan merupakan pusat kepada banyak kilang, loji kuasa nuklear dan tempat penyimpanan sisa atom.

Kanak-kanak antara mangsa yang ramai cedera akibat hentaman meteor yang jatuh kira-kira jam 9.20 pagi waktu tempatan itu.
Video yang boleh ditonton menerusi laman web menunjukkan keadaan yang cukup cemas dan ramai kanak-kanak menjerit ketika meteor itu terhempas menyebabkan serpihan kaca berserakan di bangunan sekitar.

Sergei Serskov yang juga penduduk Chelyabinsk memberitahu BBC, bandar itu seolah-olah berada dalam zon perang selama kira-kira 20 hingga 30 minit ketika kejadian meteor itu terhempas.

“Ketika itu saya berada di dalam pejabat dan kemudian dapat melihat cahaya yang cukup terang melalui tingkap di hadapan saya,” katanya menceritakan detik-detik cemas semalam.

“Tidak lama kemudian, saya terhidu bau asap dan dapat melihat kepulan asap tebal dari tingkap,” katanya.
“Beberapa minit kemudian, tingkap tiba-tiba terbuka dan berlaku letupan yang besar diikuti beberapa kali letupan kecil,” katanya.
Gabenor Yurevich melaporkan yang meteor itu jatuh di sebuah tasik kira-kira satu kilometer dari Cherbarkul yang mempunyai penduduk seramai 46,000 orang.

Sumber: Sinar Harian

Saturday, 2 February 2013

Selamat Pengantin Baru...



 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca blog sekalian. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...

Dah lama tak update log ni...Last update entry bulan Januari yang lalu. Banyak kerja tak sempat nak update entry baru dalam blog ni.

Ni ada sedikit masa luang nak update blog ni tentang kenduri perkahwinan sepupu saya, Fazlee bin Shukri dengan pasangan Azie (nama penuh tak tahu) yang telah selamat dijalankan pada hari ini di Jalan Tanjung Damai 22, Poskod 31150, Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan...

Kalau nak kira memang ramai juga yang ikut ke kenduri ini dari pihak lelaki. Ada lah dalam 15 buah kereta kot. Saya tumpang kakak nak ke majlis tersebut..

Insyallah minggu depan, cuti raya cina akan diadakan kenduri di sebelah pihak lelaki pulak. Memang kena baliklah walaupun tiket bas dah habis sebab ini sepupu last saya. Tumpang kakak saya yang nak balik jugak. Ramai lagi yang tak kahwin. Kalau nak buat list, memang panjang yang belum kahwin termasuk saya. Ni last dalam keluarga Shukri Abdullah dan Maimunah Deraman, Ibu dan Bapa saudara saya.

 



Ni Mirza Ayuni bt Mahapiz, Anak Saudara saya yang sulung..



Majlis Persandingan pengantin dirumah pengantin perempuan
 


Masa Makan...
 





Amar Zharif, anak saudara yang bongsu (setakat ini)


















Makan Beradab Pasangan Pengantin



 

Semoga kekal sehingga akhir hayat dan bahagia selalu....








Kutipan Derma