Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Persaudaraan Islam

10 Kelebihan Menghubungkan Ukhuwwah

Imej
Alhamdulillah. Jutaan kesyukuran dilimpahkan kepada Allah s.w.t yang telah memberi penulis kesihatan untuk terus berkongsi sedikit pengetahuan dengan pembaca sekalian.  Hari ini kita akan membicarakan tentang keutamaan menghubungkan ukhuwwah sesama manusia. Semoga mendapat manfaat daripadanya…… 1. Mendapatkan keredaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah begitu juga penduduk di langit. 2. Menggembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah. 3. Dapat menambahkan pahala amalnya setelah ia meninggal kelak. 4. Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian. 5. Dapat menambah dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki. 6. Allah dapat melanjutkan usianya. 7. Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati. 8. Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya. 9. D...

Memutuskan Hubungan Dengan Saudara Muslim

Imej
Antara langkah Syaitan untuk menggoda dan menjerumuskan manusia adalah dengan memutuskan tali hubungan antara sesama umat islam. Anehnya, banyak yang terpedaya dengan ajakan Syaitan tersebut. Mereka tidak menegur saudara seislam mereka tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara’. Contohnya kerana harta, atau masalah lain yang tidak dibenarkan syara’. Kadang kala, hubungan yang diputuskan itu boleh berjangkau berbulan – bulan, malahan bertahun – tahun. Bahkan ada yang bersumpah tidak akan menegur ajak berbicara dengannya sampai bila – bila. Jika terserempak di jalanan, dia segera memalingkan muka daripada rakan yang dimusuhinya dan tidak menghiraukannya. Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidak halal seorang muslim memutuskan hubungan dengan saudara (sesama muslim) lebih dari 3 hari. Barangsiapa yang memutuskan lebih dari 3 hari, maka ia masuk neraka”. Abu Khirasy Aslami berkata, Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa memutuskan hubungan dengan saudaran...