Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Rokok Elektronik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang masih lagi setia dengan saya. Semoga kita semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Walaupun dalam musim Demam Pilihanraya, kesihatan perlu dijaga.

Dah lama sebenarnya saya nak menulis berkenaan dengan rokok elektronik yang sudah berada dipasaran di Malaysia. Kebetulan, beberapa minggu yang lalu, saya dan beberapa orang rakan yang lain ke Uptown D' Kota, Shah Alam.

Memang ramai peniaga yang sudah menjual rokok elektronik tersebut dengan pelbagai perisa. Kawan saya membeli rokok elektronik tersebut untuk mengurangkan pergantungan kepada rokok biasa. Kalau kebiasaannya, rokok biasa ni sekotak sehari pun boleh habis. Sempat merasa sekali...Test je

Yang menjadi persoalan ialah samada rokok tersebut berbahaya atau tidak kepada penggunanya? Adakah kandungan bahan yang terdapat dalam perisa rokok elektronik tersebut sama dengan bahan dalam rokok biasa? Adakah rokok elektronik itu boleh mengurangkan ketagihan merokok dalam kalangan per…

Lawatan ke RTM

Alhamdulillah, pada 10 Apil 2013 yang lalu, kelas IMR 665 Management of Audiovisual Record and Archives telah selamat mengadakan lawatan ke RTM sebagai salah satu daripada keperluan kami bagi menyelesaikan tugasan akhir yang diberikan oleh Pn Mazlina Pati Khan.
Kami melawat Perpustakaan TV RTM yang menempatkan koleksi - koleksi bahan Audiovisual yang terdapat di RTM. Memang banyak pengalaman dan ilmu yang dapat ditimba sepanjang lawatan walaupun mengambil masa sekitar 4 jam lebih kurang.
Dari segi pengurusan rekod AV di sana, apa yang saya dan rakan - rakan dapati kekurangan yang mereka hadapi ialah tiadanya disaster preparedness plan. Plan ini penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap tempat berkenaan suatu hari nanti. 
Apapun, semua yang kami dapati dalam lawatan ini akan dimasukkan dalam laporan akhir untuk dihantar kepada pensyarah nanti.