Saturday, 30 June 2012

Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan….



Tarikh 27 Jun 2012 (Rabu), saya bersama kawan yang lain (Muhammad Asyraf bin Ahmad Royali, Muhammed Fawwaz Abdul Rasid dan lain – lain) telah berkunjung ke Kompleks PKNS untuk menguruskan Pasport Ke Thailand…




Nak tahu tak??? Dalam perjalanan ke PKNS bersama Acap dan Fawwaz, kami diuji dengan hujan yang lebat ketikan pemanduan ke PKNS…hujan yang maha lebat sehingga habis basah baju saya dan Fawwaz. Acap tak basah sangat sebab dia pakai perlindungan…


Sampai di PKNS, habis orang pandang kami…macam pandang orang pelik…hahaha…kasut saya penuh dengan air..kui kui kui…dah selesai buat passport, kami makan KFC di PKNS…makan Snek Plate, tapi tak dan nasi…huhuhu…


Jam 6.30 petang baru sampai kerumah..
Jam 9.50 malam, saya bersama Sharifuddin Sulaman dan Fawwaz serta Faizal ke Up Town D’Kota, Damansara…
Saya nak pergi sebab tak pernah pergi lagi. That was my first time…nak usher apa yang ada kat uptown damansara.  



Sampai di Tapak up Town lebih kurang jam 10.15 malam. Jalan – jalan kat tapak…banyak seluar jeans je…ada jugak barang – barang lain yang dijual disana.. agak mahal lah jugak barang yang dijual disana. Barang – barang agak antik…


Dah selesai jalan – jalan, kami makan di sebuah gerai disana. Saya makan Nasi Lemak Ayam..dah seharian tak makan nasi..hahaha


Jam 11.45 malam, kami bertolak pulang ke Puncak Perdana...sampai disini lebih kurang jam 12.05 malam. Jam 1.00 pagi baru buat tulisan nak update dalam blog ni…hahaha


“Banyak berjalan habis wang, Tidak berjalan tiada pengalaman”…Renung – renungkanlah.

 

Siapa Lagi Hebat???




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua kawan yang mengenali diri ini dan semua rakan blog saya yang disayangi sekalian...

Hari ini rasa nak update pasal Siapa Lagi Hebat???. Tajuk yang nak dikongsikan ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman yang dilalui dan pengamatan yang dialami sendiri dalam kehidupan seharian. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..

Mungkin kamu tertanya – tanya apa yang dia nak tulis ni? Apa yang ingin dikongsikan ini???


Saya nak kongsikan dengan semua tentang persepsi rakan – rakan tentang orang “power” dalam sesuatu bidang contohnya dalam subjek – subjek tertentu. Ayat yang sering kali didengari ialah “dia tu power tau dalam subjek ni…..”, “si polan tu hebat kot dalam benda ni” dan macam – macam lagi ayat yang keluar tentang “kehebatan” seseorang dalam sesuatu bidang.

Memang tidak dinafikan bahawa setiap daripada kita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing – masing dalam sesuatu bidang dan ilmu. Ada yang cekap dalam Matematik, ada yang petah berbicara, ada yang hebat dalam penulisan, ada yang hebat dalam pelbagai lapangan dan sebagainya. Ini yang perlu diakui oleh setiap daripada kita tentang kekurangan dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita semua…

Persoalan yang ingin ditimbulkan disini ialah kenapa kita anggap seseorang itu lebih hebat dari kita. Tak salah untuk beranggapan sedemikian. Mungkin disebabkan oleh dia lebih pakar dalam sesuatu bidang berbanding dengan kita. Tapi ingatlah, kita sendiri sebenarnya hebat sebenarnya. Mungkin kita tak sedar yang kita juga manusia yang hebat sebenarnya. Dalam diri kita ada unsur kehebatan yang kita perlu gali sendiri. Cari dalam diri anda kehebatan itu. Tapi jangan anggap diri kita hebat lebih – lebih takut jadi bangga diri. Berdosa….

Tapi jangan jadi bodoh sombonglah…kalau tak tahu, tanya. Yang ditanya jawablah dengan baik, ajarlah dengan baik. Ilmu yang diajar tak akan habis. Jangan jadi seperti pepatah Kelantan “Bodo Tak Leh Ajar, Panda Tok Leh Nak Tupe”…

Duduk di laut dilanda badai,
Dilanda badai bersama kedai,
Yang pandai ajarlah yang tak pandai,
Nanti sama – sama jadi pandai…

Wednesday, 27 June 2012

Nak Cuci Blog sikit......

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan blog dan rakan yang mengunjungi blog saya ni...Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya....


Hari ini baru ada kesempatan nak update blog ni..baru 5 hari tak update...kui kui kui....dah lama tak kongsikan sesuatu pengalaman dan tulisan penulis sendiri yang boleh menjadi pengalaman buat semua yang nak membacanya...

Semalam, 25 Jun 2012, selesai sudahlah assignment IMR555, Electronic Records Development dengan En Wan Abdul Malek Wan Abdullah. Setelah bermalaman sampai pukul 4 pagi, akhirnya siap dan dah present dah pun. Presentation tak sampai 5 minit pun..dah selesai...Alhamdulillah.

Ada lagi satu yang perlu disiapkan hari ini iaitu IMS506, Database....kami buat Electronic Meeting Management System....


Apa pun, saya akan kongsikan sesuatu hari ini....nantikan ye...

Thursday, 21 June 2012

Is About LOVE....






Cinta…..APA MAKNA CINTA???

Masing masing antara kita ada pandangan masing – masing pasal cinta. Ada yang sedang bercinta, pernah bercinta dan ada juga sekumpulan manusia yang tidak pernah merasai cinta. Betul ke?

Betullah. Sebab ini merupakan pandangan saya berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap kawan – kawan seangkatan yang tergolong dalam tiga golongan yang disebutkan tadi.  Apa yang dimaksudkan dengan cinta???

Banyak maksud sebenarnya yang boleh ditafsirkan dengan perkataan “Cinta”. Salah satu yang ingin dinukilkan disini ialah perasaan saling menyayangi antara pasangan, seorang lelaki dan perempuan yang merupakan ikatan tidak rasmi yang terjalin antara mereka. Ini adalah pandangan saya. Anda mungkin mempunyai pandangan yang berbeza dengan saya. Terpulanglah pada diri sendiri. Tepuk dada, tanyalah hati.

Memang tidak dinafikan bahawa perasaan kasih sayang adalah kurniaan daripada Allah untuk makhlukNya di muka bumi ini. Manusia saling kasih mengasihi antara makhluk yang ada di muka bumi ini..

Kenapa bercinta??? Ini persoalan yang selalu bermain di minda setiap daripada kita. Yang pastinya kenapa seseorang itu bercinta ialah kerana setiap daripada kita ingin disayangi dan menyayangi, dimiliki dan memiliki dan juga dihormati dan menghormati. Yang paling utama sebab bercinta ialah kita ingin memiliki dan menyayangi pasangan yang kita cintai.
Saya banyak juga melihat “drama” dalam soal cinta ini. Ada yang bercinta sesama rakan sekelas, ada juga yang bercinta jarak jauh, ada juga yang bercinta berlainan negeri. Banyak jenis cara pencintaan yang diamalkan oleh kawan – kawan saya yang dapat diperhatikan. Tapi (bukan mendoakan) kebanyakan yang bercinta sebegitu adalah merupakan cinta monyet, yang tak mungkin kekal selamanya. Ada yang kekal, tapi banyak yang tak kekal. Maaf cakap. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Ada yang bercinta bagai nak rak, tapi hancur ditengah jalan. Ada yang kekal sampai ke akhirnya…

Yang sedang bercinta, bercintalah dengan adat dan syariat Nya. Jaga adat dan tatasusila kita sebagai umat Islam dan juga patuhilah syariat bila bercinta. Yang pernah bercinta, pengalaman yang lalu jadikan tauladan dan sempadan. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Yang belum pernah bercinta, suatu hari nanti ia akan singgah juga di hati kita. Moga – moga cinta yang datang nanti merupakan anugerah daripadaNYA….

Apa pun pilihan yang anda akan pilih, pilihlah yang terbaik. Pastikan pilihan itu direstui oleh kedua ibubapa kita. Tak guna kita kahwin dengan kekasih hati yang dicintai tapi tak mendapat keredhaan ibu bapa. Keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah. 


Tuesday, 19 June 2012

Selesai Sudah....


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semualah ye....

Selamat Petang buat semua yang mengenali diri ini...

Hari ini nak update lah sikit....Dah lama tak update...maklumlah sibuk sangat dengan assignment....huhuhu

Hari ini rasa senang sikit....sebab dah lepas Test BEL 482 dan IMS 457....Alhamdulillah

Letih sikit badan ini rasa sebab berjaga beberapa hari buat multimedia...

Masih berbaki beberapa hari untuk selesaikan tugasan yang lain.....

Monday, 18 June 2012

Road To Bentong





Assalamualaikum dan Salam Perjuangan buat semua yang mengenali diri ini....


Alhamdulillah, masih lagi diberi kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t dan banyakkanlah bersyukur atas kurniaan Allah yang tidak ternilai ini..


Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman Shooting Bahasa Arab di Bentong, Pahang yang telah selamat diadakan pada 3 jun yang lalu...




Pemandu Kereta....Abang Long


Bukti ke Bentong ...hahaha




Ramai orang tanya saya keapa nak shooting di Bentong??? persoalan yang acap kali saya ditanya...maklumlah...


Jawapannya mudah sahaja...sebab saya nak suasana kampung dalam scene Arab tersebut..


Kenapa pergi jauh - jauh??? kat Shah Alam tak ada ke tempat yang sesuai??


Jawapannya ialah kat Bentong tu kitaorang shooting kat rumah Mak Cik Acap...Puan Zakiah Awang, mantan pengetua ko...


Kami (krew produksi dan pelakon) bertolak ke Bentong jam 9.00 pagi...sejam setengah lewat daripada jadual asal...maklumlah...


Sampai kat lokasi pengambaran lebih kurang jam 11.30 pagi...sembang kejap dengan tuan rumah disamping Pengarah mencari lokasi nak shooting dan acap pergi beli buah nak buat props makan kat dalam rumah nanti...


Lebih kurang jam 12 tengahari baru dapat shot..Dengan krew kamera khas yang didatangkan khas dari Sungai Buloh, Asma' Zubir memudahkan kerja kami...


Shooting punya shooting dah jam 1 lebih dah...Kami pun dijamu dengan makan tengahari oleh penaja makanan kami...best weiiii...












Amacam??? Best tak.... mesti kamu tertelan air liur kannn...


Dah siap makan, bergambar kenangan dengan Puan Zakiah Awang, atas tajaan makanan dan rumah... Terima Kasih Mak Cik....







Dah siap di Bentong, kami solat Zohor Jamak di Masjid Tengku Sulaiman, Bentong, Pahang sebelum bertolak balik untuk scene last kat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.. Selangor....




Sekitar pemandangan di Masjid Negeri Shah Alam...















Sekitar jam 6.30 petang, kami bertolak balik ke Puncak Perdana....


Sekarang semuanya sudah settle...Alhamdulillah..

Lambat sikit post...banyak kerja wooooo

Wednesday, 13 June 2012

Sifat Lelaki Vs Sifat Perempuan




(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga

Sunday, 10 June 2012

All about Meetings

MUST READ !



 
MOST PEOPLE DON’T LIKE MEETINGS. Honestly, I’m one of them. They say they are boring, go on too long, and don’t get anything done. And often that’s the truth. So to have a good meeting, you need to make it interesting, keep it on track, and make sure something gets done. Here are eight steps toward making your next meeting a success.

1. Make sure you need to have a meeting. Meetings are needed when a group of people must be involved in an action or a decision. DON’T SCHEDULE A MEETING JUST BECAUSE IT’S TIME TO HAVE ONE.

2. Set a goal for the meeting. Be very clear about why you’re having the meeting, and what needs to get done or be decided. Break that task into steps, or divide the discussion into sections—that’s the agenda for your meeting. At the start of the meeting say, this is our goal, and if we can get this done, the meeting will be a success. At the end of the meeting remind them that you achieved your goal. This lets everyone leave feeling successful, and they’ll be glad to come to your next meeting.

3. Put decisions to the group. The participants own the meeting. Let them set the agenda before the meeting, or at least add to it when you begin. If decisions need to be made about the process (whether to end a discussion that’s going too long, for example) then ask that question to the group.

4. Stay on schedule. Remember that every minute a person spends in your meeting, they could be doing other things. They’re with you because they’ve decided your meeting is important, so treat them like their time is important. Start on time and end on time!

5. Pay attention to what’s important. Set a certain amount of time for each item on the agenda, based on how important it is. If the group starts spending a lot of time on details, ask them “Is this what we want to spend our time talking about?” A lot of details can be worked out by individuals or committees—meetings are for the decisions that need to involve the whole group.

6. Keep the meeting on track. Your agenda is the tool you use to make sure you’re on time and on the right topic. When side issues come up, help the group get back on track. If the issue sounds important, check with the group. “We’re talking about a new issue—is this something important that we should take time to discuss?”

7. Make sure people participate. People think a meeting is useful based on one simple thing: whether or not they talked. So everybody should have a chance to share their ideas. It’s okay to ask specific people what they think! You should also be prepared to gently remind people when they’re talking too much.

8. Have good facilitation. The facilitator is the person who runs the meeting and acts on all the steps listed above. It’s a big job, and it usually doesn’t fit well with participating in the discussion. So if you need to have your views heard, let someone else run the meeting! Good facilitation doesn’t just happen—it’s a skill that comes with training and practice.

Thursday, 7 June 2012

Keep Your Promise!!!


Assalamualaikum dan Selamat Petang kepada semua

Selamat Menunaikan Solat Fardhu Maghrib buat semua yang beragama Islam serta selamat Berbuka Buat yang puasa sunat hari ini..Sunat Bulan Rejab

Selesai menonton Kuliah Ustaz Mohd Daud Iraqi tadi, rasa nak update pulak blog ni...

Hari ini nak kongsikan pasal tepati janji...

Bab berjanji ni memang mudah..Mudah je kalau nak berjanji...janji tu, janji..tapi yang susahnya nak laksanakan janji sebagaimana yang kita janjikan itu. tu yang susah sebenarnya...

Nak serulah kepada diri sendiri dan juga buat rakan - rakan sekalian agar bila kita berjanji, tepatilah. Kalau orang lain boleh tepati, kenapa kita tidak boleh tepati janji yang kita sendiri buat??? Jangan jadi macam cakap tak serupa bikin...

Apa perasaan orang yang kita janjikan itu bila kita tak tepati janji??? Cuba renungkan sejenak...

Antara tanda orang munafik itu ialah memungkiri janji..semoga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut..

Wednesday, 6 June 2012

Survival Mahasiswa UiTM 2012

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua...

Alhamdulillah segala puji hanya pada Allah kerana baru siap Solat Zuhur dan baru pulang dari Program Survival UiTM 2012 di Dewan Agong Tunku Canselor di UiTM Shah Alam...

Program yang bagus....patut diteruskan pada masa hadapan.

Base program adalah menerangkan pasal Intellectual Motivation (IQ), Emotional Motivation (EQ), dan juga Spritual Motivation (SQ).


Namun, ramai jugak yang tak datang....rugiiiiii

Ni bukti arahan tau....

 

PROGRAM SURVIVAL MAHASISWA UiTM 2012 SESI KE 3


PEMAKLUMAN SESI KE 3 PROGRAM
SURVIVAL MAHASISWA UiTM 2012
Kepada Semua Pelajar Ijazah Sarjana Muda  Fakulti di UiTM Shah Alam,
Puncak Perdana dan Puncak Alam sebagaimana Jadual dilampir
Saudara/saudari adalah diwajibkan untuk menghadiri program tersebut mengikut tarikh-tarikh  yang telah ditetapkan untuk fakulti masing-masing di :
Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)UiTM Shah Alam
Pendaftaran Sesi Pagi :7.30 – 8.15 pagi
Pendaftaran Sesi Petang : 1:30 ptg - 2:15 ptg
Surat Pengecualian Kuliah kepada pelajar yang diwajibkan hadir ke program telah dikeluarkan oleh pihak Canseleri UiTM
Sekian. Harap Maklum.
Terima kasih.
Pengarah Hal Ehwal Kurikulum
Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM

MAKLUMAT TARIKH-TARIKH PROGRAM SURVIVAL MAHASISWA UiTM
DI DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR,UiTM (DATC) MENGIKUT FAKULTI
TARIKH
SESI*
FAKULTI
BIL. PELAJAR
23 MEI 2012
PAGI
FAK. SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
1600
JUMLAH
1600
PETANG
FAK. SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
300
FAK.SAINS KESIHATAN
1300
JUMLAH
1600
24 MEI 2012
PAGI
FAK PENGURUSAN PERNIAGAAN
1600
JUMLAH
1600
PETANG
FAK PENGURUSAN PERNIAGAAN
1600
JUMLAH
1600
25 MEI 2012
PAGI
FAK SENIBENA PERANCANGAN DAN UKUR
1600
JUMLAH
1600
PETANG
FAK SENIBENA PERANCANGAN DAN UKUR
1600
JUMLAH
1600
4  JUN 2012
PAGI
FAK. SENI LUKIS & SENI REKA
1600
JUMLAH
1600
PETANG
FAK. SENI LUKIS & SENI REKA
200
FAK. UNDANG-UNDANG
1400
JUMLAH
1600
5 JUN 2012
PAGI
FAK. PENGURUSAN MAKLUMAT
1300
FAK. PENDIDIKAN
280
JUMLAH
1580
FAK. KEJURUTERAAN MEKANIKAL
1600
PETANG
JUMLAH
1600
6 JUN 2012
PAGI
FAK KEJURUTERAAN ELEKTRIK
1600
JUMLAH
1600
PETANG
FAK KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA
1545
JUMLAH
1545

Pihak fakulti di minta untuk mengenal pasti pelajar dan memaklumkan kepada mereka mengenai kehadiran ke program ini.
Pelajar – pelajar yang hadir program akan diberi pengecualian kuliah (surat dari pejabat Dato’ Naib Canselor)
MASA:
PAGI : 8.00 – 11.30 PAGI
PETANG : 2.00 – 5.00 PETANG


Tuesday, 5 June 2012

Manusia oh Manusia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan saya yang sudi menjengok blog ni...maklumlah...assignment banyak sangat, nak update pun rasa malas. Ni pun update dalam Lab 2, masa kelas Miss Lin...kui2


Hari ini nak cerita sikit berkenaan pengalaman ngeri selepas makan malam bersama rakan - rakan tersayang di Gerai Shafika...

Lepas makan sekitar jam 9.45 malam tadi, rasa perut tak selesa..saya pun bergegas mencari "tempat pelaburan" di fakulti...

Masuk sana..masyallah..Tahu apa yang saya nampak????

Tak da sivik punya mahasiswa... Melabur pun tak flash, kucing pun tahu nak kambus hasil buangan dia..apa laaa

Lagi satu, ada jugak manusia yang suka cangkung atas jamban duduk..habis kotor jamban tu..oi bang, kalau dah jamban duduk, duduklah..

Hah..tisu pun habis berselerak diatas lantai..apa salahnya masukkanlah dalam tong sampah yang disediakan dalam bilik tu...kesianlah sikit kat mak cik cleaner yang nak cuci bilik tu...

Ok lah, dah siap update..nak sambung buat assignment kejap..tata



Send Me A Comment Graphic
Pictures88.com | Comment Back | Forward this Picture

Sunday, 3 June 2012

Coretan Pagi Ahad

Pernah tak rasa diri macam diperbodohkan orang lain???

Saya dah rasa...

thank you...

Saturday, 2 June 2012

Road Tour to Langkawi 2012



 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan blogger, dan kawan - kawan saya..

Apa khabar hari ini?? Sihat ke???

Hari ini teman nak cerite pasai Lawatan Akademik Ke Langkawi yang diadakan beberapa hari yang lalu..jom baca

Introduction [macam laporan pulak...hahaha]

Pendahuluan
Cadangan untuk mengadakan Program Lawatan Akademik Ke Langkawi ini adalah bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar IM 222 (ISS 224) semester 4 sebagai sebahagian daripada ahli Integration of Record Community (I – Rec) UiTM Kampus Puncak Perdana untuk mengenali dengan lebih dekat tempat-tempat bersejarah di Langkawi khususnya Galleria Perdana dan Perpustakaan Desa Langkawi. Selain itu ia juga bertujuan untuk mempromosikan pengurusan rekod dan program-program yang ditawarkan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat khasnya dan UiTM umumnya. Selain itu lawatan ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar semester 4, Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian) (Pengurusan Rekod) untuk mempromosikan dan mendedahkan para pelajar tentang segala urusan berkaitan penganjuran, komunikasi dan pengurusan sesebuah program yang mencakupi pelbagai aspek kemahiran akademik dan insaniah.


Maklumat Program

2.1 Objektif program
a) Memberi peluang kepada pihak penganjur untuk menyumbangkan ilmu dan sumbangan lain kepada anak bangsa sendiri melalui penganjuran aktiviti seperti Motivasi Belajar, LDK, Gotong royong dan lain – lain di rumah anak yatim di Langkawi nanti.

b) Mendedahkan kepada para pelajar tentang segala urusan berkaitan penganjuran, komunikasi dan pengurusan sesebuah program yang mencakupi pelbagai aspek kemahiran akademik dan insaniah.

c) Memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk merasai pembelajaran di luar bilik kuliah agar pelajar-pelajar dapat merasai kelainan serta perbezaan cara pembelajaran didalam bilik kuliah yang lebih formal berbanding  di luar bilik kuliah yang memerlukan cara pembelajaran yang kurang formal serta lebih kepada bercorak pemerhatian.

d) Memupuk minat para pelajar khususnya pelajar ISS 224 untuk mencintai dan mengenali sejarah atau khazanah tinggalan di negara kita khususnya di Langkawi.

Isnin, 28 Mei 2012

Bertolak dari Kolej Jasmine jam 8.00 pagi.


Masukkan beg dalam bas...

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 10 Jam menggunakan bas UiTM ke Jeti Kuala Perlis...Languh tuuuu.

Dalam perjalanan tu, kami berhenti di beberapa tempat R&R seperti di Rawang, dan di Sungai Perak serta di Gurun..


Dalam Feri....


Dalam feri bersama Ina dan Mat disebelah

Pokok dalam Feri??? Heran...



Kami tiba di Jeti Kuala Perlis sekitar jam 5.00 petang. Menaiki feri ke Pulau Langkawi jam 6.30 petang. Perjalanan yang mengambil masa selama sejam ke Pulau Langkawi menyeronokkan. Masa tu hujan..Berombak laut... ada yang pening, mabuk ombak..huekkk

Bergambar bersama En Jeff di Jeti Kuala Perlis

Bergambar bersama Pn Nordiana, Penasihat Projek

Di Jeti Kuala Perlis


Azwan dan Acap

Hensem along  ni...hahaha

Jali dan Lili

Bob....

Bergambar bersama anak dara...huhuhu...pewiit'


Kawan - kawan di Jeti



Tiba di Motel Warisan Tok Wan...

Model Motel Warisan Tok Wan


Selasa, 29 Mei 2012 

Bersarapan [Menyorok] di Hadapan Motel Tok Wan

ke Rumah Anak Nur Kaseh, Ulu Melaka, Langkawi...

Hadapan Rumah Nur Kasih, Ulu Melaka, Langkawi

Bergambar kenangan...


Hidup pali...


Di Rumah Anak Perempuan, Menyaksikan Persembahan






Pembahagian cenderahati oleh En Jeff kepada Anak di Rumah Nur Kasih

Pembahagian cenderahati oleh Pn Diana kepada Anak di Rumah Nur Kasih


Bos tanam pokok rambutan bersama Pengurus Rumah Anak Nur Kasih



Masak apa tu mama???
 

Persembahan Anak Perempuan


Pn Diana menanam pokok sebagai simbolik perasmian dan kenangan



Di Perpustakaan Awam Langkawi..

Hendsome guys...hahaha
geng kita...
Adik...buat elok2 ek

Cikgu ajar anak murid nya...hahaha

Penyampaian cenderahati kepada Staff Perpustakaan oleh Pn Nordiana

Tengok budak buat Math



Di Makam Mahsuri, Langkawi



Rabu, 30 Mei 2012

Di Dataran Helang, Langkawi sebelum berangkat pulang ke Puncak....huhuhu






Amoi mana tu???







Nadzra....
Geng Kelate...



My Friend Pejo





Selamat Tinggal Langkawi..hukhukhuk


Video Persembahan Anak - Anak di Rumah Nur Kasih, Ulu Melaka, Langkawi (lelaki)




Daulat Tuanku